CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 630|Reply: 4

[Tempatan] Lebuh Raya Utara-Selatan, NKVE sesak akibat kemalangan, pokok tumbang

[Copy link]
Post time 28-1-2022 06:56 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan trafik sesak

Lebuh Raya Utara-Selatan, NKVE sesak akibat kemalangan, pokok tumbang

PETALING JAYA – Trafik di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang dilaporkan sesak ketika ini akibat hujan lebat dan kemalangan.

Menerusi laporan di Twitter @Plustrafik, trafik dilaporkan perlahan di Kilometer (KM) 294 arah Selatan dari Bangi ke Southville City ekoran kemalangan.

“Selain itu, sebuah kemalangan di KM 271.5 arah Utara dari bandar Ainsdale ke Nilai menyebabkan lorong kanan terhalang serta sesak.

“Di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), trafik dilaporkan tidak bergerak kerana pokok tumbang di Persimpangan Damansara arah utara dari Damansa ke Kota Damansara.

“Semua lorong terhalang dan pengguna lebuh raya diminta untuk menggunakan laluan alternatif,” katanya.

Menurutnya, persimpangan masih ditutup ketika ini kepada semua kenderaan bagi kerja pengalihan pokok tumbang.

Dalam pada itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), sebuah kereta terbakar dilaporkan di KM2.0 arah Utara dari Seafield ke Shah Alam menyebabkan trafik perlahan.

“Di Lebuh Raya Besraya, trafik turut dilaporkan perlahan dan terhalang akibat banjir kilat di KM 8.1 arah utara,” ujarnya.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu dan menggunakan laluan alternatif bagi menggelakkan terperangkap. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... ngan-pokok-tumbang/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah lah
Rumah iols.katup tingkap bunyi menyeramkan tadi...
Mcm.uuuuuuuuuuu~~~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasat betul kilat guruh masa nk kluar tol damansara td. Lps tol nmpak arah ke kota dsara mmg jam. Seb baik aku mnghala ke setia alam x la teruk sgt jam
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
jauhnya.....dr bangi(negara melayu) ke southville city(negara omputeh)...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 11:33 AM | Show all posts
Sekarang boleh dikatakan tiap petang hujan lebat berserta ribut jadi hati2 memandu dijalanraya terutama yang nak memandu jauh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.279163 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list