CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 681|Reply: 2

[Sarawak] Pergerakan rentas daerah di Miri diperketatkan

[Copy link]
Post time 19-8-2021 08:42 PM | Show all posts |Read mode
Pergerakan rentas daerah di Miri diperketatkan

MIRI: Lengkap dua dos vaksin, permit polis dan surat majikan antara dokumen diperlukan untuk mendapat kelulusan permit rentas daerah di bahagian ini yang dilaksanakan serta-merta.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM) memberitahu bagi situasi kecemasan, syarat lengkap dua dos vaksin tidak diperlukan. Situasi kecemasan merangkumi kematian keluarga terdekat dan atas sebab perubatan.


"Sehubungan itu, bagi orang ramai yang ingin memohon permit untuk rentas daerah-daerah (Miri, Subis, Marudi, Beluru dan Telang Usan) dalam Bahagian Miri perlu mematuhi syaratsyarat yang telah ditetapkan oleh JPBB Miri," jelas JPBBM menerusi kenyataan selepas mesyuarat dipengerusikan menteri bertanggungjawab, Datuk Lee Kim Shin, hari ini.

Permit diperlukan untuk penduduk mempunyai temujanji di fasiliti kesihatan, penerimaan vaksinasi, melakukan perkhidmatan penting, tugasan rasmi dan menziarahi keluarga.

Penduduk juga dibenarkan balik berkebun atau menjaga ternakan di kampung dengan mendapat kebenaran dari Jabatan Pertanian dengan permit.

Permit juga diperlukan untuk penduduk pedalaman yang mahu mendapatkan bekalan makanan di Miri dan jumlah  penumpang dibenarkan adalah mengikut jumlah kapasiti kenderaan.

Pihak berkuasa tidak akan meluluskan permit rentas daerah untuk urusan peribadi menghadiri majlis sosial dan aktiviti seperti berburu dan berkhemah.

"Keputusan ini diambil bagi meletakkan Bahagian Miri dalam keadaan berjaga-jaga, kekal waspada dan tidak leka dengan situasi sekarang selain mengekang penularan COVID-19," jelas kenyataan itu.

Syarat yang ditetapkan telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan menjadi panduan polis dalam meluluskan permit rentas Daerah dalam Bahagian Miri.

Penduduk diingatkan untuk terus kekal waspada dan sentiasa mematuhi aspek Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 secara ketat.



utusanborneo.com.my/2021/08/19



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 09:37 PM | Show all posts
Lengkap dua dos vaksin, permit polis dan surat majikan antara dokumen diperlukan untuk mendapat kelulusan permit rentas daerah di bahagian ini yang dilaksanakan serta-merta.
semua daerah patut wat camni ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 09:56 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 19-8-2021 01:37 PM
semua daerah patut wat camni ...

Tadi ada supplier dari miri nak masuk btu
Kenak suruh balit sebab perlu swabtest
So maksudnya complete vaksin belum tentu boleh masuk btu
Urusan kecemasan jak boleh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.075615 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list