CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 886|Reply: 0

[Sarawak] Covid-19 03/08/2021 464 Kes baharu

[Copy link]
Post time 3-8-2021 09:47 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Sarawak catat 494 kes baharu, dua lagi kematian
KUCHING: Sarawak merekodkan 494 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri ini kini sebanyak 78,211 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata Kuching merekodkan kes harian tertinggi dengan 307 kes diikuti Serian (57), Subis (32), Bintulu (18), Samarahan (18) dan Bau (9).

Lain-lain kes dikesan di Miri (8), Sibu (8), Kabong (6), Simunjan (6), Pakan (5), Tatau (5), Lundu (4), Selangau (4), Lawas (3), Asajaya (2), Tebedu (1) dan Sarikei (1).

“Daripada 494 kes baharu yang dilaporkan, 338 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan 78 kes individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 28 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 49 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan satu kes Import B,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut memaklumkan dua kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di Sarawak kini 464 orang.

Kes kematian ini katanya melibatkan dua lelaki tempatan berumur 75 dan 70 tahun yang masing-masing dilaporkan meninggal di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Bintulu.

“Hari ini juga terdapat 220 kes pulih dan dibenar discaj, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan dibenar discaj kini seramai 71,490 orang daripada keseluruhan kes positif.

“Manakala jumlah kes masih aktif dan mendapat rawatan di wad hospital serta pengasingan di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 adalah sebanyak 6,078 orang,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/08/03




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.743409 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list