amandaatika Publish time 19-7-2010 11:53 AM

‘salam. Jom tengok wayang’

sms yang terpapar dalam skrin telefon bimbitnya membuat biji mata Umairah terbeliak macam bola ping-pong. Biarpun orang di sebelah sana tidak nampak reaksi itu, namun ia tetap spontan berlaku.

‘xnak’ cepat perkataan itu ditaip dan dihantar.

‘kenapa?’ itu soalan Ahmad Fathi. Hairan sungguh dia. tak pernah lagi orang menolak kalau diajak pergi tengok wayang.

‘tak boleh’

Tambah luntur semangat Ahmad Fathi bila membaca balasan itu. Dia baru bercadang nak bawa Umairah pergi tengok wayang. Nampaknya filem Predator atau Twilight terpaksa dilupakan.

‘jomlah. Nanti saya bagitau Bonda’

‘tak perlu. Saya yang taknak pergi’

Tidak mungkin untuk dia pecahkan rekodkannya sendiri. Tapi rekod dicipta untuk dipecahkn. No, kali ini dia tidak akan pecahkan. Tergeleng-geleng kepala Umairah bertingkah dengan rasa hatinya sendiri.

amandaatika Publish time 19-7-2010 11:54 AM

Dia tidak pernah ke panggung wayang. Tidak sekali-kali dia akan menjejak ke pawagam. Kalau dia kemaruk sangat nak tengok cerita pun, dia sanggup tunggu sehingga filem tersebut dikeluarkan dalam bentuk CD. Biarlah. Dia sanggup untuk menunggu.

‘makan jom’ orang di sebelah sana masih tidak berputus asa. Tetap ingin mencuba nasib. Biarlah, usahanya tidak akan terlihat kalau dia tidak mencuba. Untuk berputus asa, itu belakang kira. Yang penting dia mencuba.

‘beli makanan di restoran depan butik dan makan di butik’

Balasan dari Umairah itu membuat Ahmad Fathi ketawa. Ketawanya lepas. Mengisi ruangan kondo yang sunyi itu.

Aduh, gadis yang bernama Umairah betul-betul membuat dia penasaran. Makin berkobar perasaannya untuk memiliki sekeping hati milik Umairah. Mudah-mudahan Allah membantunya untuk membina sebuah masjid rumahtangga bersama wanita itu. Sungguh dia benar-benar terpikat dengan Umairah. Dia tidak perlukan Bonda untuk menciptakan kasih antara dia dan Umairah. Tapi kasihnya untuk Umairah makin mekar dan kembang.

‘tak nak. Saya nak keluar makan dengan awak. Awak ajaklah kawan sekali’ tidak jemu dia memujuk. Harap-harap dia dapat keluar bersama Umairah. Biarlah walau ada ‘tiang lampu’ sekalipun di antara mereka. Dia rela.

‘ok. Nanti saya bagitau’ jawapan sms Umairah membuat hatinya kembang. Biarlah kalau Umairah membawa teman.

Dia sentiasa ingat pesanan dalam buku yang pernah dibacanya. Tidak sekali-kali dia akan melanggar arahan dari-Nya.

“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanitakecuali bersama mahramnya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi orang ketiganya.

allamanda Publish time 19-7-2010 12:15 PM

amboi...siap quote lagu lagi tu
amandaatika Post at 19-7-2010 11:52 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Bagi semangat sket kat penulis...:)
Sambung lagi...Umairah bwk saper teman...

amandaatika Publish time 19-7-2010 12:21 PM

Reply 163# allamanda


thanks lah...
memang kna...aku tgh monday blues ni..

sapa dia bawa?
dia ajk ko td allamanda...

rezal_khan Publish time 19-7-2010 12:24 PM

tumpang baca..:drool3:

amandaatika Publish time 19-7-2010 12:57 PM

tumpang baca..
rezal_khan Post at 19-7-2010 12:24 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


eh...sila2..
tapi layan diri sendirilah ya;P

allamanda Publish time 19-7-2010 12:57 PM

Replyallamanda


thanks lah...
memang kna...aku tgh monday blues ni..

sapa dia bawa?
dia ...
amandaatika Post at 19-7-2010 12:21 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Takut plak aku yang kuar tanduk....hehehe

amandaatika Publish time 19-7-2010 01:00 PM

Reply 167# allamanda

xpa. ko jd tiang lampu

shahrinas Publish time 19-7-2010 01:20 PM

;P... kelakolah UMAIRAH nie...
kalu free letak n3 lagi erkkk... :)

flora Publish time 19-7-2010 01:26 PM

flora suka lagu FT nih .

merahsilver Publish time 19-7-2010 01:32 PM

nak lagi.....
syok baca, malu tapi mau...
jgn stopkan kat cni..
nak tau camna maira berdepan ngan ahmad fathi..

amandaatika Publish time 19-7-2010 01:37 PM

aku nk g mkn.
kalo leh, nk lelapkn mata sat

c2ni Publish time 19-7-2010 02:04 PM

sambung lagi ye...:D:D

asnita Publish time 19-7-2010 02:19 PM

next2 n3...best le umairah

naza81 Publish time 19-7-2010 03:11 PM

wah..sweet..sambung nti k

mikoodette Publish time 19-7-2010 03:53 PM

lg!!!!!!!!!!!!!!!!!!! x cukup....

bb_75 Publish time 19-7-2010 04:41 PM

ada masa,smbglah lagi ya amanda{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

mijot Publish time 19-7-2010 11:04 PM

maira,aku sanggup jd tiang lampu..
nanti leh tgk ahmad fathi yg ensem tu :$..
ensem ke...

amandaatika Publish time 19-7-2010 11:07 PM

Reply 178# mijot


ko rasa?
korg sendirilah imagine dia cam mna.
kang kalo aku imagine, xsma citarasa pla

bb_75 Publish time 19-7-2010 11:46 PM

mlm ni xde n3 ke amanda
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15
View full version: Kasih Tercipta(faizal tahir)- TAMAT DA


ADVERTISEMENT