amandaatika Publish time 17-7-2010 11:02 PM

“Ramai pelanggan tak hari ini?” soal Fathi sambil memandang sekeliling butik ibu kandungnya. Sengaja dipancing soalan untuk membuat gadis di hadapannya ini bersuara.

“Ramai juga.” Hanya itu balasan Umairah.

Akhirnya Fathi hanya tersenyum. Memang berat mulut gadis di hadapannya ini.

“Maira sihat?” Hanya nama singkatan Maira yang digunakan.
Umairah hanya mengangguk.

Senyuman kecil sudah tidak mampu disembunyikan. Terpesona dia dengan perwatakan gadis di hadapannya. First time jumpa wanita macam ni. Setakat ini, belum ada wanita yang tidak mengangkat wajah tika bersua dengannya. bukannya handsome sangat pun, tapi ada juga yang istimewa. Good looking kata opahnya dulu.

“Bonda ada beritahu saya pasal permintaannya. Saya tak paksa,” perlahan suara Ahmad Fathi.

“Maira dah ada calonkah?” soal Ahmad Fathi. Risau juga dia kalau dia memetik bunga di jambangan orang.

Umairah hanya menggeleng.

“Maira pakai gigi emaskah?”

“Ha!” terkejut Umairah dengan pertanyaan itu. Dia menggeleng dengan cepat. Takkan dia memakai gigi emas? Tak logik. Giginya masih lengkap 32 batang.

amandaatika Publish time 17-7-2010 11:03 PM

“Habis tu kenapa tak keluarkan suara. Saya nak dengar juga suara Maira. Asyik angguk dan geleng kepala saja. Nanti kepala terteleng-teleng tau,” jelas Ahmad Fathi. Sedari tadi dia pancing agar gadis itu bersuara.

Umairah tersenyum. Lelaki ini penuh dengan sense of humor. Senang untuk berteman dengannya.

“Setahu saya, Maira ni peguam. Pasti petah berbicara.”

“Saya cuma lancar bercakap kalau dalam court dan dengan orang yang saya rapat,” cepat Umairah membalas. Tidak mahu disalah anggap. Memang dia petah bercakap, tapi hanya kepada orang tertentu sahaja.

“Kalau macam tu, saya pun nak jadi orang yang rapat dengan Mairalah.” Cepat Ahmad Fathi membalas.

“InsyaAllah boleh,” balas Umairah sambil tersenyum.

“Umairah jangan ambil hati dengan permintaan Bonda. Jangan rasa terbeban. Saya tak paksa. Kalau Umairah nak terima, teruskan. Tapi janganlah disebabkan Bonda. Biar dari hati Umairah sendiri. Kalau nak tolak pun saya tak kisah...” macam pasrah suaranya.

“Tapi sebaik-baiknya Umairah terimalah. Saya berkenan sangat dengan Umairah.” Sambung Ahmad Fathi sambil tersenyum.

Umairah hanya tersenyum.

amandaatika Publish time 17-7-2010 11:06 PM

ok fren...
slamat membaca

amandaatika Publish time 17-7-2010 11:06 PM

Untuk beberapa hari ini, muka Ahmad fathi sentiasa ada di dalam butik ini. sentiasa mencari peluang untuk berbicara dengan Umairah. Umairah pula macam lalang. Dikejar ke ruangan pakaian wanita, dia akan lari ke bahagian pakaian kanak-kanak. Kalau ada juga yang mengekor di belakangnya, cepat-cepat dia ke bahagian pakaian dalam wanita. Kalau sudah di sini, memang tak sampailah kaki Ahmad Fathi melangkah. Segan!

Bonda pun sudah nampak usaha anak kandungnya itu nak tambat anak angkatnya. Dia sudah memberitahu Ahmad Fathi. Yang mahu hidup dengan Ahmad Fathi adalah Umairah, jadi pandai-pandailah nak ambil hati Umairah sendiri. Tak perlu bantuan orang luar sebab bukan orang luar yang nak kahwin dengan Umairah.

Memang nampak usaha bersungguh Ahmad Fathi nak tingkatkan perhubungan dengan Umairah. Kalau tak kerja, sengaja dia singgah sehari suntuk tolong Bonda menguruskan butik. Selalu ajak makan beramai-ramai. Untunglah pekerja yang lain, selalu makan free. Tapi tak hairan pun sebab Ahmad Fathi kerja di syarikat antarabangsa. Gaji pun berdolar-dolar.

Malam itu usai makan malam, Umairah menurut langkah Bonda menonton televisyen. Milo suam dihulur kepada Bonda. Sama-sama menonton berita yang tidak lari dari pelbagai topik. Banyak lagi sebenarnya masalah manusia ini, tapi memang semuanya tidak dapat diselesaikan dengan pantas. Umairah hanya menggeleng melihat isu politik negara ini yang sedang berkocak.

amandaatika Publish time 17-7-2010 11:26 PM

xde n3 mlm nii?
bb_75 Post at 17-7-2010 22:51 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


aku da letak n3 ciput....;P

amandaatika Publish time 17-7-2010 11:28 PM

“Bonda, Umairah ada benda nak tanya.” Itu pembuka bicara Umairah setelah selesai menonton berita.

“Apa dia sayang. Bonda sedia dengar.” Bonda berpaling ke arah Umairah. Mencapai tangan si anak gadis yang dilihatnya sedang gemuruh. Bonda tahu situasi Umairah. Hatinya sedang rusuh. Melihat Umairah masih diam tidak berkutik membuat Bonda mengusap kepala si gadis.

“Kenapa sayang?” Bonda masih setia memujuk. Memberi kekuatan kepada Umairah untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya. Bonda seboleh mungkin tidak mahu mendesak Umairah. Biar Umairah dengan rela hati untuk meluahkan sendiri apa yang ingin dia luahkan. Bonda hanya boleh menjadi pendengar yang baik. Mencadangkan apa yang terbaik. Membantu sedaya yang mungkin Bonda mampu.

“Baiklah. Kalau Umairah rasa belum sesuai untuk beritahu kepada Bonda tidak mengapa. Tapi Umairah jangan lupa, Bonda sentiasa ada di sisi Umairah untuk mendengar segala luahan anak gadis Bonda ni,” ujar Bonda sambil mencuit dagu Umairah. Umairah tersenyum kecil. Bonda tahu hati Umairah ketika itu masih kacau. Seboleh mungkin Bonda cuba menceriakan suasana.

“Masih sudikah Bonda untuk menerima Umairah sebagai menantu.” Akhirnya terluah juga apa yang ingin dikata. Sudah beberapa hari dia mendapat keputusan itu. Istikharahnya menunjuk kepada nama Ahmad Fathi. Baru kini dia mendapat kekuatan untuk memberitahu berita itu kepada Bonda.

Bonda melihat wajah Umairah. Mencari kepastian. Umairah mengangguk. Lantas tubuh Umairah digapai. Dipeluk erat. Terima kasih Tuhan atas segala kurnian ini. Tidak putus syukur Bonda di dalam hati. Betapa besar rahmat-Mu tuhan. Air mata gembira mengalir. Membawa pergi kesengsaraan masa silam.

mijot Publish time 18-7-2010 12:04 AM

jenuh bermaraton :sweat3:
sweet sgt ahmad dgn maira ni..

bb_75 Publish time 18-7-2010 12:13 AM

baru lena tidur mlm ni..tq amanda..goodnite..

amandaatika Publish time 18-7-2010 12:27 AM

jenuh bermaraton
sweet sgt ahmad dgn maira ni..
mijot Post at 18-7-2010 00:04 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


jenuh ke....

amandaatika Publish time 18-7-2010 12:29 AM

baru lena tidur mlm ni..tq amanda..goodnite..
bb_75 Post at 18-7-2010 00:13 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


   
good nite too

amandaatika Publish time 18-7-2010 12:29 AM

apa kata...
citer ni

'cukup sampai d sini'

amandaatika Publish time 18-7-2010 12:35 AM

ok fren...nak out da
kalo x dapat tido..
sudi2 kanlah dengar lagu faizal tahir
'slamat malam'

mijot Publish time 18-7-2010 12:37 AM

Reply 149# amandaatika


jenuh jugaklah...seb bek sket jer yg nak dikejar...

amandaatika Publish time 18-7-2010 08:30 AM

aduh...aku pula yg kna dengar lagu selamat malam
jenuh nak lelapkn mata sebab baru lepas minum espreso

bb_75 Publish time 18-7-2010 03:14 PM

hai!amanda klu dah abis ziarah blk rumahlah.dahlah 2 ziarah,smbg raya nanti pulak..:lol::lol::lol:

amandaatika Publish time 18-7-2010 03:38 PM

hai!amanda klu dah abis ziarah blk rumahlah.dahlah 2 ziarah,smbg raya nanti pulak..
bb_75 Post at 18-7-2010 15:14 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


nak tunggu raya lambat lagi....;P

asnita Publish time 19-7-2010 09:37 AM

tika jgn berhenti takat 2 aje..smbg la sampai umairah kahwin..baru best bila umairah dah xmalu2 lagi..camna blh

allamanda Publish time 19-7-2010 10:29 AM

Pabila bersamamu, debaran
Darah arus mengalir,cinta
Lahir selamaya
Berilah selamanya
Berilah..kucupan sayang
Biar terukir wajah..kasih tercipta..
Berilah..kucupan sayang
Biar terukir wajah..kasih tercipta....
Antara Umairah dan Ahmad Fathi....

NEXT....NEXT...NEXT....amanda...

amandaatika Publish time 19-7-2010 11:50 AM

tika jgn berhenti takat 2 aje..smbg la sampai umairah kahwin..baru best bila umairah dah xmalu2 lagi ...
asnita Post at 19-7-2010 09:37 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


:lol:nasiblah korang... jumpa org cam aku...
ada kemalasan skit dlm menulis   ;P

amandaatika Publish time 19-7-2010 11:52 AM

Pabila bersamamu, debaran
Darah arus mengalir,cinta
Lahir selamaya
Berilah selamanya
Berilah..ku ...
allamanda Post at 19-7-2010 10:29 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


amboi...siap quote lagu lagi tu
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15
View full version: Kasih Tercipta(faizal tahir)- TAMAT DA


ADVERTISEMENT