shahrinas Publish time 16-7-2010 03:27 PM

aku da jenguklah.
tapi keje smpingan x nak tinggal jugak..
buat rondaan kat rumah org len; ...
amandaatika Post at 16-7-2010 15:01 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

yelah tue... :P

amandaatika Publish time 16-7-2010 04:09 PM

Malam ini, keberanian datang dalam dirinya. Memohon petunjuk Ilahi untuk memberinya kekuatan. Bergerak berdasarkan landasan petunjuk Allah. Sebenarnya Umairah takut pada keputusan yang bakal diperolehnya. Dia tidak sanggup untuk menghadapi kenyataan. Tapi sampai bila dia mampu bertahan untuk buat tidak tahu sahaja sedangkan masa masih lagi setia bergerak. Waktu tidak akan terhenti sedangkan masalah yang dihadapinya tidak akan selesai mengikut masa yang masih beranjak.

        Bonda ingin memberi gambar Ahmad Fathi. Tapi dengan lembut Umairah menolak. Belum masanya untuk dia melihat lelaki itu. Nanti sedikit sebanyak keputusannya akan dipengaruhi oleh lelaki itu. Malah Bonda pernah ingin mengajak lelaki itu bertandang ke rumah, atas undangan makan tengahari. Tapi Umairah lebih rela mengurungkan diri dalam pejabat. Tidak mahu bersua dengan lelaki itu. Bukan dia takut. Cuma dia segan. Sebagai seorang wanita, sifat malu masih menebal dalam dirinya.

Dia tidak tahu ingin bertingkah macam mana apabila berhadapan dengan lelaki itu. Malah Bonda pernah memberitahu, lelaki itu ingin sangat melihat wanita yang setia menemani Bondanya. Hanya mendengar namanya, lelaki itu sudah berkenan untuk menyuntingnya menjadi suri. Itu perkhabaran terkini dari Bonda. Tapi lelaki itu tidak mendesak. Menerima dengan tangan terbuka apa sahaja keputusan Umairah. Malah dia sudi untuk menjadi abang kepada Umairah andai kasih mereka tidak tercantum sebagai suami isteri. Kata Bonda lagi, lelaki itu amat terharu dengan segala pengorbanan Umairah menemani saat duka dan suka Bonda. Tidak besar sebenarnya pengorbanan Umairah dibanding dengan kasih Bonda yang begitu suci.

        Begitu gembiranya Bonda bercerita mengenai anak terunanya yang tampan. Sama seperti suaminya. Anaknya yang baik, hormat pada orang tua dan begitu mengasihi datuk dan neneknya. Terangkat juga telinga Umairah mendengar kebaikan lelaki yang hanya dikenali melalui namanya. Bonda kata, Ahmad Fathi pernah melihatnya ketika di butik. Tapi lelaki itu tidak mahu mengganggu ketenangan Umairah. Dia faham Umairah masih belum mahu diganggu dengan kehadirannya.

amandaatika Publish time 16-7-2010 04:11 PM

ok la tu kan....
cukuplah utk ari ni

aku nk pencen kejap;P

shahrinas Publish time 16-7-2010 04:12 PM

akhirnya... {:1_141:}

amandaatika Publish time 16-7-2010 04:19 PM

cukupla tu kn...

mikoodette Publish time 16-7-2010 04:22 PM

x CUKUP!!!!!!!!!!!!!!!!! skit nor......

kendOS Publish time 16-7-2010 04:23 PM

bila laa Ahmad Fathi nk muncul ....{:3_90:}

bb_75 Publish time 16-7-2010 04:24 PM

x cukup lagilah smbglah lagi...:D:D:D

cewey2 Publish time 16-7-2010 05:35 PM

nanti kita atur blind date utk dorang. nak tak?
amandaatika Post at 16-7-2010 14:57 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


    mestilah hendak... bak kata org tua pucuk dicita ulam mendatang..... brabo.

cewey2 Publish time 16-7-2010 05:38 PM

mekasih amanda.... happy sesangat, kalau sudi tambah n3 lagi. hi...hi...hi....

cewey2 Publish time 16-7-2010 05:41 PM

baiknya pekerti umaiyah & fathi ni.... mmg contoh muda-mudi islamiah sebenar.
sejuk perut ibu yg melahirkannya... amin

Ibujie Publish time 16-7-2010 05:42 PM

Jln citer boleh tahan tapi klimaks cam cepat bebenor....cam d very short story gamaknye....:lol:{:1_152:}:lol:

cewey2 Publish time 16-7-2010 05:43 PM

bila agaknya fathi & umaiyah nak berjumpa, agaknya di majlis2 amal kot...

kena byk2 bersabar dgn amanda ni...

amandaatika Publish time 17-7-2010 09:33 AM

x CUKUP!!!!!!!!!!!!!!!!! skit nor......
mikoodette Post at 16-7-2010 16:22 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


skit ke?
ingtkan da banyak;P;P

amandaatika Publish time 17-7-2010 09:34 AM

bila laa Ahmad Fathi nk muncul ....
kendOS Post at 16-7-2010 16:23 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


ko seru2 la nma dia....

amandaatika Publish time 17-7-2010 09:35 AM

mestilah hendak... bak kata org tua pucuk dicita ulam mendatang..... brabo.
cewey2 Post at 16-7-2010 17:35 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


nnti kita bg ulam bnyak2 ye...;P

amandaatika Publish time 17-7-2010 09:36 AM

baiknya pekerti umaiyah & fathi ni.... mmg contoh muda-mudi islamiah sebenar.
sejuk perut ibu yg m ...
cewey2 Post at 16-7-2010 17:41 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


haha...aku yg sejuk dengar...
even penulisnya tak macam tu;P;P

amandaatika Publish time 17-7-2010 09:37 AM

Jln citer boleh tahan tapi klimaks cam cepat bebenor....cam d very short story gamaknye....{:1_ ...
Ibujie Post at 16-7-2010 17:42 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

ni memang cerpen pn. pendek sgt.
tapi aku alter skit2 bg dia bnyak skit

amandaatika Publish time 17-7-2010 09:42 AM

bila agaknya fathi & umaiyah nak berjumpa, agaknya di majlis2 amal kot...

kena byk2 bersabar dgn ...
cewey2 Post at 16-7-2010 17:43 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    jap g kita bg jmpa dorang


mmg kna bnyak sbar dgn aku coz.......
mlas skit nak masukkn n3....;P

amandaatika Publish time 17-7-2010 09:46 AM

Sudah seminggu perkara itu didiamkan. Bonda juga sudah tidak bertanya keputusan Umairah. Mungkin memberi peluang kepada Umairah untuk berfikir sedalam-dalamnya. Memberi ruang kepada Umairah untuk mecari keputusan yang terbaik.

Bonda faham, keputusan Umairah kali ini adalah untuk kehidupan Umairah sepanjang hayat. Maka Bonda memberi peluang kepada Umairah untuk mencari keputusannya sendiri, tanpa ada percampuran dari pihak Bonda. Biar Umairah belajar untuk menentukan hidupnya sendiri. Malah untuk beberapa hari ini, nama Ahmad Fathi tidak terkeluar dalam butir bicara Bonda walaupun Bonda memberitahu bahawa setiap hari dia bertemu dengan anaknya itu.
       
Pagi itu, Umairah mendapat satu sms daripada nombor yang dia kenal tak kenal. Tidak ada nama yang naik di skrin N95 yang berwarna hitam itu. Maknanya, ini nombor baru yang melawat ke telefonnya. Nombor baru itu tidak menggusarkan hatinya, tapi isi sms yang dia terima membuat dia salah tingkah. Begitu kaku dia menerima sms itu.
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: Kasih Tercipta(faizal tahir)- TAMAT DA


ADVERTISEMENT