amandaatika Publish time 20-7-2010 07:32 AM

Reply 171# merahsilver

malu tapi mau...
nak quote lagu tu pla ke...;P;P

amandaatika Publish time 20-7-2010 07:34 AM

Reply 180# bb_75


aku bg n3 skarang

amandaatika Publish time 20-7-2010 07:34 AM

“Assalamualaikum.” Salam diberi pada wajah lelaki yang sedang duduk sendirian di sudut kawasan itu.

Ahmad Fathi tersenyum lalu menjawab salamnya.

“Dah lama sampai?” soal Umairah sambil duduk di sebuah kerusi di hadapan Ahmad Fathi. Salbiah dan Zulaikha juga melakukan perkara yang sama.

“Baru lagi,” polos Ahmad Fathi menjawab. Tempat duduknya belum lagi panas. Keretanya yang di parking belum pun berhenti panas enjinya.

“Minta maaf, lambat sikit,” Umairah dengan penuh sopan memohon kemaafan. Lain perasaannya bila membiarkan orang menunggu. Biarpun tidak menjadi bebanan bagi orang yang menanti.

Semalam dia menyatakan persetujuannya untuk keluar makan bersama Ahmad Fathi. Tidak salah untuk dia makan bersama lelaki itu. Lagipun Farhan membenarkan untuk membawa teman. Jadi diangkutnya dua orang wanita yang berada di sebelah-menyebelahnya ini untuk sama-sama berada di sini. Ahmad Fathi yang mencadangkan tempat ini. Secret Recipe.

Seorang lelaki berpakaian pelayan datang menghampiri mereka. Di tangannya, tiga buah menu berkulit keras ada bersama.

“Cik, kerusi di sana lagi selesa buat cik bertiga,” tegur pelayan itu. Umairah memandang lelaki itu. Bukan setakat Umairah, malah ketiga-tiga penghuni yang ada di meja itu juga memandang pelayan yang mempunyai tanda nama Zakaria.

“Kenapa?” laju Salbiah menyoal.

“Tak ada apa-apa. Tapi nanti tak selesa pula duduk bertiga berhimpit macam tu,” jelas pelayan itu.

amandaatika Publish time 20-7-2010 07:37 AM

Ketiga-tiga wanita yang duduk sebaris ketawa. Paling kuat pecah ketawanya adalah Zulaikha. Cepat-cepat gadis itu menutup mulutnya.

Ahmad Fathi hanya memandang gelagat gadis di hadapannya. Seorang pun tiada yang mengalah untuk duduk di sampingnya. Mana mungkin itu terjadi. Dia nampak, mereka lebih rela duduk berhimpit dari duduk selajur dengannya.

“Tak mengapa, kami ni dah selesa duduk macam ni.”

“Lagipun semua kami kecil-kecil. Muat ni,” pantas Salbiah menyokong kata Umairah.

“Kalau macam tu, tak apalah. Yang penting anda selesa berada di sini,” ujar pelayan itu.

Dia mengeluarkan buku kecil dan sebatang pen dari kocek pakaian rasminya. Seorang-seorang ditanyakan makanan dan minuman yang ingin dijadikan santapan kali ini.
Umairah hanya memesan green apple kasturi dan chocolate indulgence.

Sementara pesanan sampai, perbualan antara mereka makin rancak. Salbiah paling banyak bercerita. Ceritanya terhenti sebentar bila pelayan datang membawa sedulang pesanan buat mereka. Tiramisu cake dan cappucino untuk Salbiah. Zulaikha pula memesan Espresso Cheese dan jus tembikai. Sempat Umairah jeling orang di hadapannya. Segelas Mocha dan Chocolate Fudge sedang enak santai di depan mata.

“Kau ni, tak habis-habis dengan benda tu,” perli Salbiah ke sebelah kanannya bila melihat sahabatnya itu begitu asyik menelan kek dengan garfu kecil.

Cepat Ahmad Fathi menujakkan pandangannya ke arah yang sama. Merenung Umairah yang selamba mencuit kek itu tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.

“Kenapa?” soal Ahmad Fathi cepat. Ingin diketahui apa yang menyebabkan Salbiah tergendala menelan keknya.

“Maira ni sebenarnya selalu datang sini. kalau dalam seminggu tu memang wajiblah datang. dia tak boleh kalau tak tengok chocolate indulgence ni. Boleh demam dia. Mesti dia makan. Pernah dia beli sebiji kek bawa pergi butik. Separuh tu dia yang habiskan,” jelas Salbiah.

Umairah di sebelah langsung tak berkutik walaupun yang jadi bahan cerita itu adalah dirinya.

Ahmad Fathi hanya tersenyum. Satu makanan kesukaan wanitanya itu sudah diketahui. kalau jodoh mereka panjang, dia ada senjata untuk memujuk.

“Fathi selalukah outstation?” soal Zulaikha yang sejak tadi hanya senyap.

“Tak juga. Minggu lepas saya tak datang sebab ganti bos pergi Argentina. Saya tak suka outstation. Biarlah duduk dalam pejabat. Kalau ada isteri nanti, ditinggal-tinggalkan pula,” ujar Ahmad Fathi sambil menjeling Umairah. Namun hampa, tiada sebarang reaksi daripada gadis itu. Aduhai Umairah, takkanlah kau tak terpikat dengan aku.

Salbiah dan Zulaikha sudah tersenyum. Tahu hala tuju bicara Ahmad Fathi.

“Oh patutpun awak tak datang minggu lepas. Ada orang tu dah macam kucing hilang anak. Habis dia tawaf satu butik. Kot-kotlah ada buah gugur. Tapi tak datang-datang juga,” perli Salbiah sambil menjeling ke sebelah.

amandaatika Publish time 20-7-2010 07:37 AM

Umairah buat selamba. Tahu dirinya dijadikan subjek oleh temannya.

“Yakah? Tak mungkinlah,” tidak percaya Ahmad Fathi.

“Betul. Tak percaya tanya Bonda. Bonda jadi hairan sebab orang tu habis kerja sahaja terus datang butik. Pantang ada masa terluang, mesti muka dia ada di butik. Nak kata, tolong, tak ada pula. Duduk saja kerjanya,” sahut Salbiah cepat.

Zulaikha di sebelah sudah terangguk-angguk. Mengiayakan kata sahabatnya.

“Kamu ni, ada-ada sahaja. Tak mungkinlah dia macam tu,” Ahmad Fathi masih tidak percaya. Tidak mungkin Umairah menunggu kedatangannya ke butik itu. Tidak pernah pun ada tanda dari gadis itu yang menanti kedatangannya. Jadi sukar untuknya percaya.

“Up to you kalau nak percaya atau tidak,” jelas Salbiah. Dia memandang ke sebelah. Umairah nampak sedikit kalut. Pasti gadis itu tidak sangka kalau mereka semua nampak perbuatannya.

Orang rabun pun boleh perasaan Umairah, sahut hati kecil Salbiah. Dia dan teman yang lain hanya tersenyum melihat telatah Umairah dalam masa seminggu ketika ketiadaan Ahmad Fathi di butik itu.

Kehilangan Ahmad Fathi menjadi penantian bagi seseorang.

amandaatika Publish time 20-7-2010 07:44 AM

cukuplah tu utk bekfas

amandaatika Publish time 20-7-2010 07:44 AM

turn aku pla nk g bekfas

allamanda Publish time 20-7-2010 09:15 AM

cukuplah tu utk bekfas
amandaatika Post at 20-7-2010 07:44 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Lunch kena panjang sket...jgn ngelat plak...

asnita Publish time 20-7-2010 09:53 AM

xcukup la tika...nanti lunch letak n3 panjang2 tau

bb_75 Publish time 20-7-2010 09:54 AM

alahai,ckit sgtlah amanda,baru nak ambik feel dah terbantut.....smbg lagi,lagidan lagi:lol::lol::lol:

c2ni Publish time 20-7-2010 11:37 AM

nak lagiiiiii.........tak cukup laaaa....ckit sgt....huhuhuhuhuuu{:1_152:}{:1_152:}

shahrinas Publish time 20-7-2010 11:47 AM

nak utk lunch pulak blh... :D

mikoodette Publish time 20-7-2010 11:56 AM

next next next nextttttttttt!!!!!!!!!! :lol:

asnita Publish time 20-7-2010 04:41 PM

lunch xde amanda...minum petang pun xde ke??????????

bb_75 Publish time 20-7-2010 11:20 PM

amanda supper xde ke????:lol::lol::lol:

amandaatika Publish time 21-7-2010 11:17 AM

“Bonda, hari ni Fathi nak pinjam Maira.” Dengan senyuman meleret, tiba-tiba sahaja Ahmad Fathi sudah berdiri hampir dengan Umairah. Menyandar seperti Umairah yang meletakkan tangannya di atas kaunter.

Terkejut Umairah. Dia mengundur setapak ke belakang.

“Apa ni Fathi, nak pinjam-pinjam anak dara orang. Ingat dia tu bajukah?” Bonda yang berdiri di kaunter dalam sudah tersengih.

“Kalau baju dah lama Fathi pakai Bonda,” balas Fathi sambil tersengih.

“Kamu ni. Ada-ada saja.” Bonda sudah menampar lengan anak bujangnya itu.

“Bonda, Fathi serius nak pinjam ni.”

“Kamu nak pinjam buat apa. Kalau buat benda yang Bonda tak suka, memang Bonda tak bagi,” Bonda menjengilkan anak mata memandang Ahmad Fathi.

“Nak suruh dia jadi konsultan sekejap. Fathi nak cari baju yang sesuai untuk dinner this weekend,” terang Ahmad Fathi.

“La.. untuk tu rupanya. Pinjam sajalah,” selamba Bonda memberi keizinan.
Umairah yang ada di situ terlopong. Dia belum pun memberi kebenaran untuk setuju. Bonda ni...

“Pergilah Umairah. Carikan baju mana yang sesuai untuk dia,” pujuk Bonda dengan perlahan.

Memang dia nampak wajah Umairah yang tak berpuas hati. Tapi sengaja dia buat-buat tak faham akan riak wajah itu. Tentang hal yang semalam, dia memang belum memberitahu anaknya. Biar Umairah sendiri yang memberitahu kesudiannya itu kepada Ahmad Fathi. Mungkin ini masanya untuk Umairah memberitahu akan isi hatinya.

“Jom.”

Lelaki itu sudah melangkah. Tempat pertama dituju adalah ruang kemeja lelaki. Rasanya, bukan Umairah yang jadi konsultan, tapi lelaki itu sendiri. Sebabnya, setiap ada baju yang dia pilih dan ditunjukkan kepada Umairah, hanya anggukan dan gelengan sahaja jawapannya. Akhirnya dia sendiri yang menjawab segala pertanyaan yang sepatutnya dijawab oleh Umairah. Memang fail lah Umairah jadi perunding pakaian!
Bila tiada berkenan, Umairah hanya mengekori lelaki itu menuju ke ruangan baju batik lelaki pula. Satu persatu baju ditunjuk dan disesuaikan ke tubuhnya. Warna kelabu yang di padankan ditubuhnya membuat Umairah tergelak. Langsung tak sesuai.
Ahmad Fathi meletakkan kembali baju tersebut. Kemudian dia mengambil baju yang berwarna merah pula. Aduh, tambah Umairah ketuk kepala. Semuanya warna yang tak sesuai. Ataukah lelaki ini mengalami buta warna?

amandaatika Publish time 21-7-2010 11:19 AM

“Yang ini sesuaikah?” baju berwarna coklat itu dipadankan ditubuhnya.

“Yang ni nampak ok,” balas Umairah sambil terangguk-angguk. Nampak ok sedikit berbanding dengan baju-baju yang sebelumnya.

“Ok tak kalau saya pakai pergi dinner?” soal Ahmad Fathi lagi.

“Ok.” Hanya itu balasan Umairah. Tangannya masih setia membelek-belek pakaian batik lelaki di sebelah kanannya.

“Kalau bos saya nampak ok kan?” soal Ahmad Fathi lagi. Dia masih tak puas hati dengan pilihannya ini.

“Ok,” balas Umairah sambil tersenyum. Tapi kepalanya masih tidak diangkat. Matanya masih menala pada satu-persatu baju di hadapannya. Manalah tahu jumpa baju yang lebih sesuai.

“Kalau dipadan dengan seluar hitam sesuaikan?”

“Sesuai.” Walau dirasakan soalan Ahmad Fathi itu seakan keanak-anakan, namun Umairah tetap menjawab.

“Baju ni memang sesuai untuk saya kan?” sekali lagi dia meminta kepastian.

“Sesuai.”

“Awak memang sesuai jadi isteri saya kan?”

“Sesuai.”

“Betul sesuai?”

“Betul.”

“Betul?”

Umairah panggungkan kepala. Apa yang betul?

Eh.. kejap, tadi dia tanya apa? Macam ada perkataan lain. Baju... isteri...

“Awak tanya apa tadi?” soal Umairah cepat. Takut juga dia tersalah tafsir.

“Awak cakap, saya sesuai jadi suami awak,” terang Ahmad Fathi sambil tersenyum.

“Saya cakap macam tu kah?” cepat Umairah tanya.

“Ya cik. Jadi, memang betullah awak nak pilih saya sebagai suami awak?” soal Ahmad Fathi sambil jungkitkan keningnya. Senyuman sudah terlakar dari bibirnya.
Umairah hanya tersenyum.

“Maira, I take that as the answer. You setujukan? Kalau orang dulu-dulu punya jawapan, diam itu tandanya setuju.”

Umairah masih mengekalkan senyumannya.

“Ok, oleh kerana awak sesuai jadi isteri saya, awak bungkus baju ni, saya nak pergi jumpa Bonda, nak suruh pinang awak cepat-cepat.”

“Eh...Bonda dah pinang. Nak nikah dengan awak cepat-cepat.” Cepat Ahmad Fathi membetulkan ayatnya.

Umairah hanya mampu melopong saat lelaki itu berlalu di depannya. Sempat juga baju batik itu tersadai di tangannya. Nasib baik tidak jatuh. Dia hanya mampu memandang Ahmad Fathi yang sudah menarik tangan Bonda menuju ke ruang pejabat.

Nak juga dia teriak bahawa dia tersalah cakap. Tapi sebenarnya memang jawapannya ya. Cuma tak tahu macam mana nak sampaikan persetujuannya untuk menjadi isteri kepada lelaki itu

amandaatika Publish time 21-7-2010 11:20 AM

ok...fren...
citer ni x lama lagi tamat.

shahrinas Publish time 21-7-2010 11:29 AM

kalakolah betullah UMAIRAH nie... ;P

allamanda Publish time 21-7-2010 11:49 AM

:lol::lol: tak payah susah2 nak susun ayat....
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15
View full version: Kasih Tercipta(faizal tahir)- TAMAT DA


ADVERTISEMENT