amandaatika Publish time 12-7-2010 11:35 AM

“Biah, jangan lupa siapkan baju Puan Sri Serena. Pembantu dia nak datang ambil kejap lagi.” Tanpa mengangkat kepala, arahan itu dikeluarkan.

         Seolah-olah Umairah sedang bercakap dengan baju kebaya yang ada di tangannya. Bukan dengan Salbiah yang sedang berdiri lima langkah darinya dan sedang terkebil-kebil memandang Umairah. Nasib kaulah Salbiah. Jadi macam manik tu, ada lagi berharganya. Dapat juga jadi tenungan mata coklat Umairah. Ini, bagi arahan kat aku, tapi pandang
pada baju. Oh... mungkin Umairah takut tercucuk jarum kot, sebab tu tak toleh kiri-kanan. Apalah kau ni Salbiah... fikir yang bukan-bukan saja.   

            Sudah lima tahun Salbiah berkhidmat di butik ini. Butik As-Syam. Secerah matahari. Memang cerah hidupnya semenjak bekerja di sini. Habis sahaja SPM, dia terus bekerja. Tidak mampu untuk menyambung pelajaran. Lagipun otaknya bukan pintar sangat. SPM dulu pun sekadar cukup makan. Tidak mahu lagi dia perah otak. Nanti tersalah perah, dia juga yang tempah masalah.

            Dia bersama tiga orang lagi temannya sama-sama berganding bahu memajukan butik kesayangan Bonda. Mirna, Linda dan Zulaikha adalah teman sekerjanya di sini. Menjadi pembantu kepada Bonda, pemilik Butik As-Syam. Bonda hanya ingin dikenali dengan panggilan Bonda. Baik pelanggan mahupun pekerja, kebanyakan mereka memanggilnya dengan panggilan Bonda. Kadang-kadang bila ada pelanggan datang mencari Datin Kamariah, orang sekeliling tercari-cari siapa dia. Bila diingat kembali, barulah perasan bahawa nama tersebut adalah pemilik kepada butik ini.

amandaatika Publish time 12-7-2010 11:37 AM

Bonda memang seorang ketua yang baik. Menjaga kebajikan anak buahnya dengan begitu teliti. Malah Bonda turut menyediakan tempat tinggal kepada pekerjanya. Semua orang sayang Bonda.

         Salbiah juga kenal siapa Umairah. Anak kesayangan Bonda. Bersifat lemah-lembut dan sangat komited dengan kerja. Buktinya, macam tadilah. Kalau buat kerja, memang tak boleh diganggu. Kalau nak ganggu juga, mesti lepas dia habis kerja. Kalau tak, memang dibuatnya macam tunggullah.
         “Biah, kau kenapa?” Umairah mengangkat kepala. Rasanya lama juga sepasang kaki Salbiah itu berdiri di situ. Bila keraguan meraja, barulah dia angkat kepala. Risau juga kalau sahabatnya itu kena sumpah jadi boneka. Sebab tu tiada sebarang pergerakan berlaku.
         “Biah!” sedikit kuat teriakan itu berbanding tadi. Risaunya dia melihat temannya itu statik. Macam kaki kena paku dengan lantai butik.
          “Ha!” kalut Salbiah membalas bila tadi rasanya macam ada teriakan menyapa telinganya. Terpinga-pinga dia pandang ke kawasan sekitar. Mencari apa yang telah mengganggu dia.
         “Kau kenapa?” sekali lagi Umairah bertanya.
            “Biasalah. Mengelamun!” selamba Salbiah menjawab. Dia hanya tersengih dan berlalu dari situ.

Umairah menggeleng melihat telatah temannya. Memang begitulah selalunya. Salbiah akan setia mengelamun kalau tidak dikejutkan. Hobi yang sukar ditinggalkan. Di mana-mana sahaja, kalau dia terasa ingin mengelamun, dia akan mengelamun.

          Pernah Umairah terpaksa teriak kuat kat telinga Salbiah masa mengelamun kat tepi jalan. Nak tunggu lampu hijau untuk pejalan kaki. Ditarik sahaja lengan sahabatnya itu menyeberang jalan walau dia tidak pasti sama ada temannya itu dalam keadaan sedar atau tidak. Nanti lampu tu merah semula, satu kerja lagi dia kena tunggu.

amandaatika Publish time 12-7-2010 11:43 AM

Selesai sahaja sulaman di lengan baju kebaya tersebut hanger dicari. Melilau matanya menscan kawasan sekitar. Manalah tahu kalau ada hanger yang tak dipakai. Dibelek-belek baju kebaya yang ada di tangan. Warna hijau pucuk pisang dihiasi dengan sedikit manik di bahagian sudut bawah baju. Kainnya dipasangkan dengan kain songket.

            Cantik juga design yang aku buat ni, getus Umairah.
            Umairah tersenyum sendiri. Bangga dengan hasil tangannya. Memang sesuai sangat. Warna polos hijau disulami dengan manik-manik kecil di sekitar lengan dan bahagian leher. Kalau display ni, mesti tak sampai sehari dah laku. Tak habis-habis lagi Umairah angkat hidungnya tinggi...
            “Mirna, saya keluar sekejap beli makanan. Kalau ada pelanggan, kamu yang handle. Kalau Bonda cari, bagitahu saya keluar sekejap sahaja.” Apabila melihat Mirna sedang mengantung baju di suatu sudut, cepat-cepat arahan diberi. Malah, baju yang sudah siap dijahit manik tadi juga diserahkan kepada Mirna. Meminta pertolongan kepada ibu anak dua itu untuk digantungkan.
            “Memang lawalah design baju ni. Tangan Mai memang ada bakat,” puji Mirna sebelum Umairah berlalu ditelan pintu utama.

               Umairah hanya tersenyum membalas pujian itu. Dia perlu keluar cepat untuk membeli makanan. Bungkus sahaja nanti makan di butik. Bukan dia tidak percaya dengan perkerja yang ada, tapi dia tidak mahu dilabel curi tulang pula. Bonda memberi penuh kepercayaan padanya untuk menjaga butik itu hari ini.

shahrinas Publish time 12-7-2010 12:48 PM

dulu belajar kat kolej...
pernah keje part time kat butik...
jahit labuci je...dptlah duit sikit... ;P

c2ni Publish time 12-7-2010 01:30 PM

best jgak citer ni :D:D

nak lagi.........

asnita Publish time 12-7-2010 04:22 PM

next2...n3

amandaatika Publish time 12-7-2010 09:14 PM

dulu belajar kat kolej...
pernah keje part time kat butik...
jahit labuci je...dptlah duit sikit.. ...
shahrinas Post at 12-7-2010 12:48 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    sebenarnya x pernah jahit labuci pn.
tapi aku suka tengok kwn aku yg jahit labuci utk baju dia sendiri.
memang lawa dia design

shahrinas Publish time 13-7-2010 08:29 AM

sebenarnya x pernah jahit labuci pn.
tapi aku suka tengok kwn aku yg jahit labuci utk ba ...
amandaatika Post at 12-7-2010 21:14 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

leceh tau jahit labuci nie...
kalu salah je kena kritik... :(

asnita Publish time 13-7-2010 10:46 AM

next n3...please

amandaatika Publish time 13-7-2010 09:57 PM

Reply 48# shahrinas


    huhu...sib baik bukan aku yg jahit..

amandaatika Publish time 13-7-2010 09:58 PM

ari ni x sempat masuk...
busy sangat

amandaatika Publish time 13-7-2010 09:59 PM

Bila terkenangkan Bonda, secara tidak sengaja keluhan terkeluar dari bibirnya. Berat sungguh hatinya. Jiwa kacau.

Umairah termenung lagi. Satu tabiat yang baru tercipta ke dalam dirinya. Sikap ini seakan sudah sebati dengan dirinya sejak beberapa hari ini. Bila dia sendiri, secara tidak langsung dia akan membuka lembaran hobi baru. Termenung. Nak cakap dia baru lepas makan ikan termenung, tak juga. Sudah beberapa hari dia tidak ke pasar membeli ikan termenung. Hmmm, rindu pula nak makan ikan termenung bakar cicah asam jawa. Sedapnya.

Permintaan Bonda kali ini baginya sesuatu yang amat berat. Dia masih muda. Belum terfikir untuk mengenal erti rumahtangga. Masih ingin hidup bebas tanpa terikat dalam mana-mana beban yang tercipta buat masa ini. Dia masih ingin seperti teman-temannya, Hasanah, Fadhilah atau Khairunnisa. Mereka masih solo. Bersendiri. Sedang berseronok menghadapi zaman sendirian. Hanya ada keluarga dan teman-teman sebagai peneman hidup. Tidak dihampiri oleh mana-mana lelaki ajnabi. Mereka adalah muslimah yang amat menjaga kehormatan dan pergaulan.

Tidak seperti wanita zaman sekarang. Keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim. Hanya berdua. Sesungguhnya mereka tahu, antara dua orang anak Adam yang bukan muhrim, akan ada yang ketiga. Siapa lagi kalau bukan musuh nombor satu manusia, syaitan yang direjam. Fenomena yang biasa dilihat berdasarkan kajian, setiap penghujung tahun, tidak akan lari dari media massa menyebarkan berita anak kena buang, janin digugurkan dan sebagainya. Semuanya disebabkan kelekaan manusia untuk duniawi. Mereka menyambut Tahun Baru Masihi dan Valentine Day secara berdua ditambah aktiviti sampingan yang sungguh menjijikkan.

amandaatika Publish time 13-7-2010 09:59 PM

Panjang lamunan Umairah. Mengenangkan anak muda sekarang yang sudah tidak kenal dosa pahala. Bangga mengumpul dosa. Mencanangkan ke seluruh dunia, seronok ada banyak pahala. Manusia. Manusia. Umairah menggelengkan kepala. Kenapa jadi sebegini. Umairah bersyukur. Dia masih di landasan yang benar. Ya Allah aku mohon pada-Mu, jangan Kau pesongkan jalanku. Biar matiku pada jalan-Mu. Ngeri memikirkan adanya manusia yang pada akhir hayatnya bukan pada jalan Allah. Akidah terpesong. Nauzubillah. Mohon Kau jauhkan dariku ya Allah.

        Aduhai... panjang pula edisi termenung kali ini. Hai Umairah, sudah jauh kau melalut ni! Jom, kembali ke alam nyata. Umairah tersenyum. Bicara hati untuk mengingatkan diri agar terjaga.

        Tiba-tiba matanya di sapa dengan sepasang burung yang sedang membawa sehelai daun kering. Mahu dibuat apa dengan daun kering itu? Persoalan itu hanya ada jawapan pada burung itu. Tapi mustahil untuk Umairah tahu tujuannya sebab burung tidak pandai bicara. Hanya beraksi. Tunggu saja hasilnya nanti. Tidak perlu disusahkan minda untuk berfikir sebab sekarang ni mindanya sedang diperlukan untuk memikirkan perkara yang lebih penting.

Umairah masih di situ. Setia berteleku di tepi tingkap. Masih memikirkan permintaan Bonda. Ingin ditolak, dia tidak mahu mengecewakan Bonda. Sesungguhnya Bonda adalah insan yang banyak berjasa padanya. Mengambil dia yang yatim piatu dari perumahan anak-anak yatim. Memelihara dia sehingga dewasa. Sayu sungguh perjalanan sejarah hidupnya. Hidup terbuang. Bukan dibuang, tapi sebatang kara. Tiada tempat untuk berteduh. Ibunya meninggal semasa melahirkannya. Hanya kenal nama insan yang melahirkannya melalui sijil lahir yang ditinggalkan di rumah Sakinah. Rumah yang menempatkan insan-insan sepertinya. Tidak mempunyai ayah dan ibu. Ayahnya telah pergi sebelum itu. Meninggal semasa mencari rezeki di lautan luas. Perahu di lambung ombak, karam di lautan. Hanya jasad yang tidak bernyawa kembali ke darat. Itupun dia tahu melalui cerita Ibu Su. Ibu penjaga rumah Sakinah. Kata Ibu Su, orang kampung yang menceritakan semuanya. Dia diambil di hospital tempat kelahirannya. Tiada yang menuntut dirinya setelah beberapa hari kelahirannya. Hanya menghirup susu ciptaan manusia untuk mengenyangkan perutnya. Tidak berkesempatan untuk menghisap puting susu ibu kandungnya.

amandaatika Publish time 13-7-2010 10:01 PM

Umairah mengesat air matanya. Sedih mengenangkan perjalanan hidup. Penuh dengan kesedihan. Tidak dihiasi langsung dengan detik-detik bahagia dalam lakaran hidupnya.

Hanya ketika berusia sepuluh tahun, tuhan gerakkan hati seorang insan yang sangat tulus hatinya. Bonda Kamariah. Mengambil dia daripada rumah Sakinah untuk dijadikan anak angkat. Betapa dia sedih untuk berpisah dengan teman-teman sepertinya. Namun lambaian kasih untuk penghuni Sakinah tetap dilakukan. Moga penghuninya memperoleh ketenangan dalam hidup.

Bermulalah hidup Umairah sebagai anak Bonda. Penuh dengan rahmah dan mawaddah. Betapa dia bersyukur sangat. Doanya pada Ilahi tidak putus. Rahmat yang Dia beri amat berharga. Tidak henti sujud syukurnya atas kurniaan yang tidak terbatas ini. Segala puji bagi Engkau Ya Allah. Dia menjadi manusia yang paling bahagia. Dapat menikmati zaman kanak-kanak dan zaman remaja seperti insan-insan lain yang melata di bumi Allah ini. Diberi peluang untuk bersekolah sama seperti anak-anak Melayu yang lain. Sekolah rendah dan sekolah menengah. Kemudian pengakhirannya, kini dia berbangga kerana telah bergelar peguam syariah setelah berhempas pulas menuntut ilmu di menara gading. Menjadi mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa menjadikan dia umat yang tahu bersyukur. Tahu erti nikmat. Mempelajari Islam dengan lebih dekat lagi. Sesungguhnya menuntut ilmu itu fardhu kifayah. Nabi pun menggalakkan umatnya untuk mencari ilmu, malah biar sampai ke negeri China. Kalau dicongak, memang amat jauh pada zaman nabi, dari tanah hijjaz untuk ke negeri China. Itulah perumpaan untuk mereka yang sedar akan kepentingan ilmu. Umairah berpegang kepada ‘long life learning.’ Belajar untuk sepanjang hayat. Sebenarnya dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke bumi anbiya, Mesir. Tapi tidak mungkin untuk dia meninggalkan Bonda sendirian. Hanya Bonda yang dia ada. Maka dengan senang hati dia memilih universiti tempatan untuk mencapai cita-citanya.

shahrinas Publish time 14-7-2010 08:27 AM

Replyshahrinas


    huhu...sib baik bukan aku yg jahit..
amandaatika Post at 13-7-2010 21:57 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

kalu ko jahit pun bkn org tau... ;P

amandaatika Publish time 14-7-2010 08:13 PM

kalu ko jahit pun bkn org tau...
shahrinas Post at 14-7-2010 08:27 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    betul...betul...betul:D

amandaatika Publish time 14-7-2010 08:15 PM

“Umairah, mari makan nak.”
      Kali ini lamunannya terhenti. Bonda sudah berdiri di hadapan mata. Terlalu jauh pemikirannya merentas masa silam. Hingga tidak sedar pipinya masih basah, menangisi kesedihan masa silam. Biar yang silam berlalu pergi. Aku hanya boleh mengingat, tidak boleh menangisinya. Itu azam Umairah. Tidak akan menangis lagi.

         Langkah dihayun. Seiring dengan Bonda. Mencapai tangan Bonda membawa ke meja makan. Betapa tangan kecil ini telah berjaya membesarkannya. Menyara hidupnya dengan membuka butik. Sungguh besar pengorbanan Bonda. Selalu dia mengucapkan terima kasih kepada Bonda. Tapi Bonda kata, syukur kepada Dia yang memberi rezeki. Kata Bonda lagi, kehadiran Umairah melengkapkan rezeki Bonda. Betapa tidak. Sejak kehadiran Umairah, teratak Bonda sudah tidak sunyi lagi. Malah rezeki Bonda berkembang. Kalau dulu, Bonda hanya menerima tempahan menjahit dari rumah, namun kini Butik As-Syam berdiri megah. Menerima tempahan dari segenap lapisan manusia. Rezeki Allah tersebar umpama cahaya mentari yang menerangi seluruh alam.

            Dengan usaha Bonda, dia berjaya menamatkan pengajiannya. Kadang-kadang dia akan membantu Bonda di butik kalau tiada kuliah. Apabila cuti semester universiti, wajahnya pasti akan menjengah Butik As-Syam. Semua pekerja butik telah kenal Umairah. Malah pelanggan tetap Bonda pun tahu siapa dia. Mereka yang terdiri dari orang-orang kenamaan bergelar datin, puan sri malah kerabat diraja pun menjadi pelanggan butik Bonda. Pernah Umairah mengusik Bonda mengatakan Bonda sudah menjadi orang popular. Namun Bonda dengan rendah hati mengatakan itu semua rezeki Allah. Begitu tulus hatimu Bonda.

             Menjamu selera diselangi dengan bicara semasa. Memang seronok berbual dengan Bonda. Penuh dengan ilmu di dada. Tidak ada perkara yang tidak penting untuk dibualkan. Tapi Bonda seorang yang mudah senyum. Tiap ada perkara yang mencuit hati yang dibualkan, pasti lesung pipit Bonda akan keluar. Manis sungguh senyuman Bonda.

amandaatika Publish time 14-7-2010 08:16 PM

“Kenapa dengan kau sekarang Mai?” tiba-tiba sahaja dia disergah dengan soalan yang tidak tahu macam mana dia nak jawab. Soalan yang tergantung, atau sememangnya tiada jawapan.

Umairah pandang Salbiah. Di pagi yang hening ini, dia sudah disapa dengan wajah Salbiah. Wajah yang ceria. Tapi soalan yang kurang ceria sedikit.

Awal pagi dia datang sebab nak buka butik. Baru lima minit rasanya dia buka, Salbiah sudah ada di tepinya. Awal pula anak dara ni. Apa tidaknya, rumah dia di atas butik ni. Memanglah cepat. Lainlah Umairah, terpaksa membuang lima belas minit untuk sampai ke sini. Itupun kalau tidak berlaku kesesakan lalu-lintas.

“Kenapa dengan aku?” soalan dibalas dengan soalan. Kalau jawab soalan SPM ni memang awal-awal kertas soalan akan masuk dalam tong sampah. Jawapan tak mencapai kehendak soalan.

Umairah mengambil tuala kecil dan mengelap meja di depannya. Buat-buat sibuk dan sebolehnya mengelak menjawab soalan yang akan membuat dia tidak betah untuk menjawab. Terpaksa menyusun ayat yang gramatis pula. Terpaksa nak ingat kosa kata yang ada dalam Kamus Dewan.

Ceh... sejak bila pula Umairah pandai pinjam ayat yang disediakan oleh Nik Safiah Karim and the geng ni untuk perbualan?

“Sejak dua tiga menjak ni, aku tengok kau dah semakin lain. Senyap. Kau pun dah macam berjangkit dengan virus aku. Suka termenung. Tak baiklah kau tiru aku macam ni. Perkara yang baik, kau ambillah sebagai teladan. Yang tak baik tu, buang dalam longkang saja,” panjang penerangan ustazah Salbiah.

“Baik ustazah,” balas Umairah sambil tersenyum.

“Ish, kau ni. Kalau aku cakap, beginilah. Pandai saja main corner-corner. Ingat bagus sangat ke duduk dekat corner tu. Mudah kemalangan tahu,” menyampah pula Salbiah. Lain yang nak dikorek, lain pula yang terkorek.

amandaatika Publish time 14-7-2010 08:17 PM

“Sejak bila pula kau pandai loyar buruk ni?” soal Umairah sambil jungkitkan keningnya.

“Oooo.. aku tahu. amboi kau ni, sejak berkawan dengan encik lawyer, kau pun dah pandai loyar-loyar ya. Selama kawan dengan aku, tak ada pula kau keluarkan hujah-hujah kau.” Umairah pandang Salbiah. Menanti jawapan.

“Kau ni, kami baru kawan lagilah,” cepat Salbiah membalas.

Merah mukanya. Malulah tu. memang sekarang dia tengah disunting-sunting oleh seorang jejaka yang bekerja sebaris dengan bangunan mereka. Bekerja sebagai peguambela. Tapi baru belajar macam mana nak jaga bunga tu. Baru nak kenal baja mana yang sesuai, sukatan air macam mana, keadaan suhu dan cuaca macam mana hendak dikawal. Pokoknya masih di peringkat asas lagi. Ayat pun memang banyak berbunga-bunga. Maklumlah, dalam hati ada taman. Tapi belum lagi sampai jumpa si penjaga bunga.

“Lagipun, kau tu peguam atas kertas saja. Ada degree, tapi tak pandai nak loyar buruk,” dengan selamba Salbiah mencemuh temannya itu. Dia tahu temannya itu tidak akan berkecil hati.

“Kau ni... dah lah. Aku nak pergi beli sarapan ni. Kau nak pesan tak?” tanya Umairah. Beg tangan di dalam laci diambil. Hanya purse jenama Bonia yang ditarik keluar. Yang lain disimpan semula di dalam laci.

“Aik... sejak bila pandai sarapan di luar ni?” penuh tanda tanya Salbiah menyoal. Biasanya, gadis di hadapannya ini akan bersarapan dulu di rumah sebelum ke mana-mana. Tidak betah katanya makan sarapan di luar.

“Bonda tiada. Pagi-pagi dah lesap. Aku malaslah nak sarapan sendiri. Kau nak pesan tak?” soalnya lagi. Umairah tahu ke mana arah tujuan Bonda. Bonda sudah mengkhabarkan semalam. Ada juga mengajak dia ikut serta, tapi dia malas nak campur tangan.

“Bagi aku teh tarik dengan mee goreng saja. Kau bagitahu kat sapi, aku nak telur mata dia sebiji...”

Belum sempat pesanan habis diluah, dia sudah nampak Umairah mengangkat pursenya. Pasti nak kenakan aku lagi lah tu. Cepat-cepat dia mengelak.
Senyuman menguntum di bibirnya bila hanya angin yang disapa oleh purse berwarna coklat itu.

“Kau kalau dah pesan, jangan nak merepek,” jerkah Umairah. Dia sudah melangkah menuju ke pintu utama.

“Apa pula merepeknya. Memang betullah. Oh ya... wangnya kau saja yang keluarkan. Kau yang suruh pesan kan, kau tak cakap nak duit sekali” teriak Salbiah bila melihat kelibat Umairah yang sudah menolak daun pintu.

“Kau nak ni?” soal Umairah sambil menunjukkan tangan kanannya yang sudah dikepal.
Salbiah yang melihat tangan yang diajukan oleh Umairah hanya mencebik. Cis, penumbuk yang rasanya setakat boleh masuk dalam balang kuih itu juga yang dia nak bagi aku. Kalau bagi nasi lemak pagi-pagi ni ada juga faedahnya. Tapi itu hanya rintihan dalam hati sendiri bila matanya mengiringi langkah Umairah yang sudah jauh di seberang jalan.

c2ni Publish time 14-7-2010 08:31 PM

bestla...utk mlm ni.....
tp nak lagi....heheheheee:D:D
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Kasih Tercipta(faizal tahir)- TAMAT DA


ADVERTISEMENT