amandaatika Publish time 15-7-2010 09:29 AM

Hari itu hari Jumaat. Cuti bagi Bonda dan seluruh pekerja butik. Begitu juga dengan Umairah. Memohon cuti pada hari Jumaat untuk menemankan Bonda. Dengan rela hati kalau ada kes yang belum siap, dia akan datang pada hari Ahad. Menyelesaikan kerja yang belum siap.

Jika tiada kerja, Umairah akan menapak ke butik Bonda, menolong apa yang perlu pada hari Ahad. Butik Bonda ditutup pada penghulu segala hari. Memberi peluang kepada pekerja Bonda untuk berehat. Ada empat orang pekerja wanita dan dua orang pekerja lelaki. Memberi peluang kepada pekerja lelaki menunaikan solat Jumaat. Pekerja lelaki yang bekerja di butik Bonda adalah mereka yang telah berkahwin. Isteri juga bekerja dalam butik Bonda. Umairah kenal mereka. Pasangan Irfan dan Mirna serta Lukman dan Zulaikha. Bekerja membanting tulang, sama-sama memajukan butik Bonda.   

Bonda datang menatang minuman dengan kuih seri muka. Tadi Umairah yang menolong Bonda membuat kuih seri muka tersebut. Hanya pada hari cuti begini mereka dapat mengerahkan tenaga untuk memasak masakan yang istimewa sikit daripada hari biasa.
Dengan sopan Bonda menjemput minum.

“Macam mana? Umairah dah fikirkankan?”

Tersentak Umairah dengan pertanyaan itu. Itu yang paling dirisaukannya untuk beberapa hari ini. Permintaan Bonda dirasakannya terlalu berat. Sampaikan selalu dia mengelak untuk tidak berfikir hal itu. Namun, ianya amat sukar.

“Umairah belum fikir lagi Bonda.” Hanya itu yang mampu dijawab untuk menyenangkan hati Bonda dan untuk melegakan hatinya sendiri.

“Umairah jangan rasa tertekan. Bonda tidak paksa. Umairah fikir betul-betul. Istikharah.” Itu cadangan Bonda. Umairah hanya mengangguk. Memang dia terfikir untuk melakukan solat Istikharah. Tapi dia takut pada jawapannya nanti.

“Ok. Nanti Umairah bagitahu Bonda ya. Sedaplah kuih buatan tangan Umairah ni,” ujar Umairah sambil mengambil satu kuih seri muka. Memakannya dengan berselera. Terus tangan Bonda mencapai pinggangnya. Mencubit kecil. Ketawa Umairah. Apa tidaknya, bukan dia yang membuat kuih itu, dia hanya menjadi tukang rasa selepas kuih itu masak.
Perbualan mereka sudah tidak berkisar pada isu yang membuat hati Umairah rusuh. Bagai dilanggar Garuda. Tapi pada cerita-cerita yang lebih banyak mengundang tawa. Hanya pada waktu cuti begitu, mereka dapat berbual dengan lebih mesra. Dengan manja Umairah melentokkan kepalanya di bahu Bonda. Dalam keadaan begini, Umairah kadang-kadang lupa bahawa dia bukannya datang dari rahim Bonda.

amandaatika Publish time 15-7-2010 09:30 AM

Malam itu, selepas solat Isyak Umairah memberanikan dirinya untuk bersolat. Memohon petunjuk dari Allah. Mana satu yang harus dia pilih antara pilihan yang dia ada. Betapa dia kerdil, mengharap pada petunjuk Ilahi agar tidak terpesong. Memohon melalui Istikharah agar diberi panduan untuk kebaikannya pada masa depan. Begitu tingginya Islam, Dia sentiasa ada untuk memberi petunjuk. Itu bagi mereka yang ingat.
       
Sekali lagi malamnya dipenuhi dengan pemikiran tentang permintaan Bonda. Teringat permintaan Bonda beberapa minggu yang lepas. Malam itu Bonda datang ke biliknya.

“Umairah. Bonda ada benda nak cakap.”

Bonda berlalu menuju ke kerusi berdekatan meja solek. Mata Bonda menyapa ruang meja itu. Meja yang hanya memuatkan beberapa alat solek. Tak banyak. Hanya bedak talcum, gincu warna coklat, sikat rambut dan seangkatan dengannya. Dia tidak suka bersolek. Pernah dia bersolek, tapi dia rasa wajahnya seperti pelakon opera cina.   

Malam itu, Bonda membongkar segala coretan hidupnya. Mengungkap sejarah kehidupan Bonda yang tidak pernah dia tahu. Menangis dia semasa Bonda bercerita. Selama ini dia tidak menyangka begitu sekali kehidupan Bonda. Penuh dengan liku-liku sengsara. Air matanya mengalir bersama kepedihan hati Bonda. Hati seorang wanita yang terluka.
Menurut Bonda, dulu dia ada bersuami. Ada anak.

Umairah terpegun. Dia tidak tahu selama ini. Dia ingatkan, Bonda juga sepertinya. Tiada saudara-mara. Patutpun Bonda tidak pernah berkahwin. Rupanya dia pernah terluka dengan perkahwinannya yang lepas. Bukan tidak ada pemuda yang cuba untuk berkongsi hidup dengan Bonda. Dengan sopan Bonda menolak setiap huluran kasih dari mereka. Memberitahu bahawa dia tidak berminat untuk menjalin kasih dengan mana-mana lelaki. Sehinggakan ada yang dengki mengatakan Bonda lesbian. Begitu kejamnya manusia apabila kehendak mereka ditolak. Tapi Bonda sabar. Dia redha. Sesungguhnya kasih Allah tiada penghujungnya.

shahrinas Publish time 15-7-2010 09:54 AM

ada masalah yg tersurat rupanya...

asnita Publish time 15-7-2010 10:22 AM

morning tika...next n3 please

allamanda Publish time 15-7-2010 10:32 AM

Ntah-ntah Umairah tu anak bonda.....

c2ni Publish time 15-7-2010 02:20 PM

takde n3 lagi ker.....:'(:'(

asnita Publish time 15-7-2010 03:34 PM

tika..........mana kau menghilang nak n3

amandaatika Publish time 16-7-2010 10:28 AM

ada masalah yg tersurat rupanya...
shahrinas Post at 15-7-2010 09:54 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    x masalah berat pun

amandaatika Publish time 16-7-2010 10:29 AM

Ntah-ntah Umairah tu anak bonda.....
allamanda Post at 15-7-2010 10:32 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    jap aku bagitau Umairah tu anak siapa

shahrinas Publish time 16-7-2010 10:30 AM

x masalah berat pun
amandaatika Post at 16-7-2010 10:28 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

kalu camtue cepatlah huraikan...

amandaatika Publish time 16-7-2010 10:30 AM

Reply 66# c2ni


    weiii...jgn la nangis. aku x reti nk pujuk ni...

amandaatika Publish time 16-7-2010 10:31 AM

Reply 67# asnita


    aku adalah...
smlm nk masukkn n3, tp brodband ni ada masalah pla

amandaatika Publish time 16-7-2010 10:32 AM

kalu camtue cepatlah huraikan...
shahrinas Post at 16-7-2010 10:30 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    dont worry...
akan dihuraikn...

amandaatika Publish time 16-7-2010 10:33 AM

Umairah juga pernah mengusulkan kepada Bonda untuk mencari teman hidup. Dia kasihan pada Bonda yang sendiri apabila dia tinggal di kolej. Tapi dengan tegas Bonda mengatakan dia tidak mahu terlibat dengan kasih lelaki. Bonda ingin mencurahkan sepenuh kasihnya buat Umairah. Sejak itu, Umairah tidak berani lagi untuk memberi cadangan berkaitan dengan isu ini.
       
Malam itu mengungkap segala kisah Bonda. Mengapa dia tidak mahu berkahwin. Mengapa dia tidak mahu melangkah ke alam perkahwinan. Bonda bukan ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah kerana Bonda hanya manusia biasa. Dia bukan lari dari fitrah, tapi kelukaan lepas membuat hatinya tegar untuk mengulang sejarah lamanya.
       
Perkahwinan Bonda tergugat. Suami mati semasa anak masih dalam kandungan. Sama seperti kisah Umairah. Tapi sejarah Bonda lagi menyayat hati. Selepas kelahiran anak yang menjadi penjalin kasih dengan suami, anak itu dirampas. Tidak sekali diberi peluang kepada seorang ibu untuk menyusukan anaknya. Sehinggakan Bonda hampir menjadi orang kurang waras. Meroyan. Nasib baik Ibu Su, teman rapat Bonda sudi membantu. Mengembalikan semangat Bonda. Menjadi hamba Allah yang selalu redha dengan qada dan qadarnya. Ibu Su berada di sisi Bonda di saat-saat genting Bonda. Mencuba mengembalikan rohani Bonda agar kembali ke alam sebenar. Menjadi hamba Allah yang selalu tabah menghadapi dugaannya. Sesungguhnya, semakin banyak dugaan yang mendatang menunjukkan betapa sayangnya Allah pada hamba-Nya. Dengan ujian yang datang menjadi tanda Allah mengambil berat terhadap umatnya.

amandaatika Publish time 16-7-2010 10:34 AM

Kehidupan Bonda kembali kepada normal. Menjadi wanita yang tabah dengan ujian Allah. Apabila kehidupan Bonda sudah stabil, Bonda Su yang mencadangkan agar Bonda mencari pengganti anaknya yang diambil orang. Mengambil anak angkat untuk menghilangkan rindu kepada anak kandung sendiri. Lama baru Bonda berani untuk mengambil anak angkat. Risau diri tidak dapat betanggungjawab untuk menjaga anak orang lain. Namun kata Bonda, sejak Umairah menghuni hati Bonda, sedikit sebanyak rindu pada anak kandung terubat.

“Mana anak Bonda?” Pertanyaan Umairah membuat Bonda senyap. Umairah tahu Bonda terluka. Mengenang kembali kisah lama, pasti mencalar kembali hati yang sedang sembuh lukanya.

“Anak Bonda, Ahmad Fathi. Hilang. Bukan hilang sebenarnya. Diambil oleh keluarga mentua Bonda. Mereka tidak mahu cucu mereka dipelihara oleh wanita seperti Bonda. Hanya sekali Bonda melihatnya. Saat kelahirannya. Selepas Bonda keluar dari bilik bersalin, mereka sudah mengambil anak Bonda. Membawanya jauh dari Bonda. Bonda tahu pun sebab doktor yang bertugas masa Bonda bersalin yang bagitahu. Doktor itu pun berat untuk menyampaikan berita ini. Tapi melihat keadaan Bonda yang belum sihat, dia menjadi risau akan memberi kesan yang lebih bahaya. Maka dia bagitahu Bonda keadaan sebenar. Anak Bonda dibawa pergi. Masa tu, Bonda belum ada kekuatan untuk mengejar mereka. Bila dah sihat sikit, Bonda ke rumah mereka. Memang sejak awal lagi mereka tidak menyetujui Bonda menjadi menantu. Wanita yang tidak mempunyai apa-apa. Apalagi pangkat atau keturunan. Tapi suami Bonda ikhlas untuk memperisterikan Bonda. Dengan tekad itu, kami berkahwin. Menjalani rumahtangga seperti pasangan lain. Namun panas tak sampai ke petang. Suami Bonda meninggal kemalangan. Langgar lari. Bayangkan sahaja. Dengan anak yang dikandung, suami pula dijemput pergi. Bonda hilang arah. Su yang banyak bantu Bonda. Kembali menginsafi diri. Dipanggil pergi awal tanda Allah sayang padanya. Sejak itu, Bonda berazam untuk memelihara tinggalan suami Bonda dengan kasih-sayang.”

Panjang penerangan Bonda sambil mengesat air mata yang deras mengalir. Umairah sayu. Air matanya juga mengalir. Begitu sekali ranjau yang terpaksa dilalui Bonda. Sungguh dia tidak sangka.

“Nampaknya ujian Allah tidak terhenti di situ. Anak Bonda pula diambil. Apabila sampai ke rumah keluarga mentua, orang gajinya memberitahu bahawa mereka sudah tidak ada. Menetap di Kanada. Jauhnya. Kalau ada duit, memang Bonda cari sampai ke Kanada. Tapi Bonda sedar keadaan Bonda pada masa itu. Lagipun Bonda yakin, kasih anak Bonda akan sampai ke syurga. Atas sebab itu, Bonda redha. Suatu hari nanti kalau ada rezeki pasti Bonda bertemu semula dengan anak kandung Bonda.”

amandaatika Publish time 16-7-2010 10:36 AM

Umairah hanya mampu berdoa. Moga Bonda berjaya menggapai kasihnya yang pernah hilang. Umairah menepuk perlahan belakang Bonda. Cuba memberi semangat untuk Bonda. Selama ini dia tidak tahu kesengsaraan yang dialami oleh Bonda. Kasihan. Hidupnya lebih berliku daripada jalan hidup Umairah. Sedangkan selama ini, Umairah banyak mengenangkan nasib diri. Tidak mempunyai keluarga kandung. Ingatkan hidup Umairah terlalu banyak kesedihan. Tapi dibandingkan dengan hidup Bonda, bagai langit dan bumi. Sungguh tak terucap untuk menggambarkan kesulitan yang dihadapi oleh Bonda.      

“Sebenarnya ada benda yang Bonda ingin meminta tolong dari Umairah. Umairah dah ada kekasihkah?”

Pertanyaan Bonda membuat jantung Umairah berdegup kencang. Hanya gelengan yang diberi sebagai jawapan. Tidak pernah Bonda bertanya seperti itu sebelum ini. Lagipun Umairah tidak terfikir pun tentangnya. Memang Umairah belum tergerak hati untuk menjalin kasih sayang dengan lelaki ajnabi. Bagi Umairah, kalau ada jodoh, pasti akan menjelma. Allah sudah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan. Walaupun jodoh itu di tangan Allah, tapi manusia yang perlu berusaha untuk mencari jodoh mereka. Apabila keadaan terdesak dan sudah sampai masanya, baru Umairah akan mencari jodohnya sendiri. Bukan di kala ini, atau semasa zaman belajar. Kalau boleh dia ingin menemankan Bonda sampai ke akhir hayat Bonda.

“Berat untuk Bonda khabarkan. Tak tahu macam mana penerimaan Umairah. Bonda nak sampaikan pun berfikir berhari-hari,” ujar Bonda sambil mengusap lembut rambut Umairah.

“Ada apa Bonda? Cakaplah. InsyaAllah, kalau Umairah boleh bantu, Umairah akan tolong.” Begitu kata Umairah untuk membantu Bonda mengusulkan apa yang tersirat dalam hati Bonda. Biar dengan berkata begitu Bonda akan meluahkan apa yang membelenggu mindanya.

“Bonda nak pinang Umairah.” Ungkapan Bonda membuat Umairah segera mendongak. Mencari wajah tulus Bonda. Umairah terkedu apabila Bonda mengangguk. Sandiwara apa yang sedang Bonda cuba persembahkan. Membuat hati Umairah tertanya-tanya.

“Bonda janganlah nak bergurau.” Hati Umairah sudah tidak senang. Melihat kepada wajah Bonda, memang betul usulan Bonda adalah serius. Bukan main-main.

“Bonda nak lengkapkan peranan Umairah. Nak jadikan Umairah menantu Bonda,” begitu kata Bonda sambil tangannya mencapai tangan Umairah.

“Sampai sekarang Bonda tak terima Umairah sebagai anak kandungkah?” Perkhabaran Bonda menyedihkan hati Umairah. Bonda belum menganggap Umairah sebagai anaknya. Sedih hati Umairah. Hatinya sudah meraung, air matanya mengalir laju.

“Bukan macam tu sayang. Bonda tidak pernah terfikir yang Umairah bukan anak Bonda. Sampaikan Bonda terlupa Umairah tidak lahir dari rahim Bonda. Bonda sayang sangat Umairah. Satu-satunya anak dara Bonda,” penerangan Bonda membuat hati Umairah sedikit sejuk. Bagai disiram ais dari kutub utara. Umairah tahu kasih Bonda. Kasih Bonda tidak ada penghujungnya.

amandaatika Publish time 16-7-2010 10:37 AM

“Habis tu kenapa Bonda nak pinang Umairah? Untuk siapa?” Itu yang membingungkan Umairah. Kenapa perlu Bonda meminangnya. Tidak cukupkah kasihnya sebagai anak sehingga Bonda perlu dia menjadikan dia sebagai menantu. Tapi untuk siapa?

“Untuk Ahmad Fathi.” Ringkas jawapan Bonda. Umairah berfikir. Siapa lelaki itu. Kenalkah dia? Tiada temannya yang mempunyai nama seperti itu. Mungkin nama anak teman Bonda. Memang ramai yang telah cuba merisik Umairah untuk anak teruna mereka. Tapi Bonda suruh mereka bertanyakan terus kepada Umairah. Jawapan Umairah untuk mereka ringkas. Saya belum bersedia untuk menjadi isteri orang. Begitu lembut Umairah menolak.

“Siapa itu? Dia kenal dengan Umairahkah?” Umairah masih mencari gerangan lelaki yang dilamarkan Bonda untuknya.

“Anak Bonda.” Umairah tersentak. Begitu alpanya dia. Sedangkan baru tadi Bonda memberitahu nama anaknya. Tapi tidak hairan mengapa Umairah boleh lupa kerana nama itu baru sekali menjengah telinganya.
Umairah masih lagi bingung.

amandaatika Publish time 16-7-2010 10:38 AM

“Fathi telah lama kembali ke Malaysia. Hampir dua bulan. Semasa dia masih di Kanada, dia menghubungi Bonda melalui emel. Dia yang memberitahu Bonda untuk kembali ke sini. Bertemu Bonda. Umairah tahu, hati Bonda saat pertama kali bersua muka. Gembira sangat.” Memang dapat dilihat muka Bonda yang ceria. Sedangkan menceritakan tentang anaknya di saat itupun sudah tergambar begitu bahagianya si ibu yang bertemu anak kandungnya setelah berpuluh tahun tidak berjumpa.

“Dia datang ke butik. Saat pertama dia masuk, Bonda sudah kenal wajahnya. Saling tidak tumpah dengan wajah suami Bonda. Lama kami bercerita. Dia kata, datuk dan neneknya yang memberitahu kewujudan Bonda. Keluarga mentua Bonda telah insaf. Sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir, mereka menyuruh Fathi agar mencari ibu kandungnya. Sampaikan maaf dari mereka. Mereka telah sedar kesilapan lepas. Mengambil anak Bonda daripada yang lebih berhak. Mereka memohon maaf atas ketelanjuran mereka. Bonda sudah memaafkan mereka. Sesungguhnya manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan.” Umairah terkesima. Begitu sekali hati Bonda. Tidak ada dendam pada manusia yang membuat aniaya kepadanya. Namun Umairah cepat sedar, dendam itu membawa kehancuran.

“Syukur. Anak Bonda telah kembali. Keyakinan Bonda tidak sia-sia.” Bonda mengangguk. Mengiayakan kata Umairah. Memang sejak dulu lagi Bonda yakin akan bertemu semula dengan anaknya.

“Umairah jadi menantu Bonda ya?” Pertanyaan itu yang membuat kegembiraan Umairah tercalar sedikit. Sedangkan dia ingin meraikan kegembiraan Bonda bertemu semula dengan anak kandungnya.

“Bonda tak paksa. Umairah fikir dulu. Jangan sebab Bonda, Umairah terima Ahmad Fathi. Fikirkan dengan masak-masak.” Usai berkata, Bonda berlalu pergi. Memberi salam lantas menutup pintu bilik Umairah. Sejak malam itu, malam Umairah sudah tidak tenteram memikirkan permintaan Bonda.

shahrinas Publish time 16-7-2010 10:48 AM

terima je UMAIRAH...
tanda balas budi... :D

amandaatika Publish time 16-7-2010 10:55 AM

Reply 70# shahrinas


    dah dihurai pn
ke x cukup lg?;P
don worry... citer ni pendek je...
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: Kasih Tercipta(faizal tahir)- TAMAT DA


ADVERTISEMENT