amandaatika Publish time 17-7-2010 09:47 AM

Post Last Edit by amandaatika at 17-7-2010 09:48

‘saya nak jumpa Umairah kalau ada masa. Saya tunggu sampai Umairah bersedia.’-Ahmad

      Ahmad? Siapa dia? Rasanya macam pernah mencerna nama itu dalam ingatannya. Sekejap....

      Lelaki itu...

      Tidak mahu hatinya diserbu dengan lebih banyak persoalan lagi, cepat-cepat Umairah bangun dari katilnya. Tak pasal-pasal masa tidurnya terganggu. Boleh saja dia jumpa dengan Bonda esok pagi, tapi kalau tak dileraikan persoalan itu sekarang, dia pasti, malam ini dia tidak akan dapat melelapkan mata.

      Pintu bilik Bonda diketuk perlahan. Risau juga kalau orang tua itu sudah tidur. Bila mendengar balasan dari dalam menyuruhnya masuk, Umairah melepaskan nafas lega. Akhirnya Bonda belum tidur.

      Ditolak perlahan pintu kayu itu. Bila dijengukkan kepala, terlakar figura Bonda sedang duduk bersandar di atas katil. Bonda melemparkan senyuman kepada Umairah. Sebuah buku berada di tangannya. La Tahzan. Itu yang dia dapat baca melalui tulisan yang ada di permukaan kulit buku itu.

      Kakinya perlahan-lahan menghampiri Bonda. Memang boleh saja dia bertanya di luar pintu tadi. Tapi tidak sopan lah pula. Jadi dia labuhkan punggungnya mencecah katil bila Bonda menggamit dia mendekatinya.

      “Kenapa Umairah tak tidur lagi ni?” itu soalan pertama dari Bonda bila dia sudah merapati Bonda. Rambutnya dibelai perlahan oleh Bonda. Bonda masih memanjakannya, sama seperti dulu. tidak berubah belaian Bonda sejak usianya sepuluh tahun yang dulu.

      “Tak mengantuk lagi.” Umairah jawab perlahan. Dia senyap seketika.

      “Kenapa ni? Umairah ada masalah?” begitu concernnya Bonda kepada anak gadisnya ini.      

“Bonda....” berat pula nak tanya. Tadi bukan main bersemangat lagi nak leraikan segala kekusutan. Sekarang bila berdepan, dia jadi kelu lidah. Tidak tahu mahu menyusun ayat macam mana.

“Cakaplah Umairah,” penuh lembut Bonda memujuk.

“Bonda ada bagi nombor telefon Maira pada anak bondakah?” akhirnya terlontar juga pertanyaan itu setelah penat push diri sendiri untuk memastikan pertanyaan itu berjaya keluar dari kerongkongnya.

Bonda hanya tersenyum sambil mengangguk.

“Oh!” tidak tahu lagi mahu membalas macam mana.

“Pergilah jumpa kalau Umairah nak. Kalau tak nak jumpa pun tak apa. Bonda tak paksa,” seakan memahami apa yang tersirat, akhirnya Bonda dapat juga menebak hatinya.

“Jangan difikirkansangat,” sambung Bonda lagi bila melihat keadaan Umairah. Serupa dengan anakgadis yang baru mengenal lelaki.

Untuk beberapa minit,Umairah leka dengan belaian Bonda. Hingga hampir dia tertidur di pangkuanBonda.

bb_75 Publish time 17-7-2010 09:48 AM

smbg lagi amanda cket sgt 2...

amandaatika Publish time 17-7-2010 09:49 AM

smbg lagi amanda cket sgt 2...
bb_75 Post at 17-7-2010 09:48 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    uikkk...
ingtkan da cukup

amandaatika Publish time 17-7-2010 09:50 AM

“Assalamualaikum.”

Salam itu dijawab perlahan. Hanya terdengar untuk cuping telinganya sendiri. Nak angkat muka, rasa malu.

Ahmad Fathi duduk di tepi Umairah. Dijarakkan dengan sebuah kerusi di antaranya. Tidak mungkin untuk dia duduk hampir dengan Umairah. Mahunya gadis itu akan lari sebatu darinya.

Meja bulat itu hanya ada dia dan Umairah. Tak boleh duduk depan, nanti tak pasal-pasal habis wanita di depannya ini dia tenung. Belum sampai masanya wahai Ahmad Fathi. Perlahan Fathi mengingatkan diri sendiri.   

Ya Allah, dia dah sampai. Jantung Umairah dah berdentum macam orang gendang drum. Berdetak dengan kencang. Malu dan segan membuat dia langsung tidak menoleh bila mendengar lelaki itu menarik kerusi di sebelah kanannya.

Memang dia ada membalas sms lelaki ini. Memberi persetujuan untuk berjumpa. Tapi pertemuan hanya akan berlaku di butik. Lantaklah Salbiah nak intai. Pedulilah Zulaikha, Linda atau Mirna nak pasang telinga. Biarlah bonda tengok dia sedang ‘dating’. Dia tidak kisah. Kalau pertemuan ini dibuat di luar, pasti akan diheret salah seorang temannya di sini untuk menemankan dia. Nasiblah meja bulat ini kurang dilawati peminat sebab waktu sekarang belum masuk makan tengah hari lagi.

amandaatika Publish time 17-7-2010 09:50 AM

ok...mereka da brjumpa...

amandaatika Publish time 17-7-2010 09:51 AM

cukupla tu kan...

bb_75 Publish time 17-7-2010 09:55 AM

ckit lagilah.. ples.....:lol::lol::lol:

amandaatika Publish time 17-7-2010 09:59 AM

ckit lagilah.. ples.....
bb_75 Post at 17-7-2010 09:55 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    aku nak brsiap g berpoya2 ni...;P;P

bb_75 Publish time 17-7-2010 10:01 AM

Reply 128# amandaatika

awal lagilah... tambahlah ckit lagi..

amandaatika Publish time 17-7-2010 10:08 AM

Reply 129# bb_75


    awal ke....;P
da janji nk gerak jam 11

asnita Publish time 17-7-2010 10:33 AM

alahai tika nape tiba2 tarik hand break mengejut ni..tgk seronok nak tau cite selanjutnya ni

amandaatika Publish time 17-7-2010 10:46 AM

alahai tika nape tiba2 tarik hand break mengejut ni..tgk seronok nak tau cite selanjutnya ni
asnita Post at 17-7-2010 10:33 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    tau2 je..;P
memang nk g tarik hand brek ni:loveliness:

amandaatika Publish time 17-7-2010 10:48 AM

aku nk g tengok wayang....:lol:
konvoi 3 keta...

amandaatika Publish time 17-7-2010 10:49 AM

ok...fren...
c u next time.
kalo aku balik awal, nnti aku masukkn n3{:1_141:}

shahrinas Publish time 17-7-2010 11:00 AM

k...nanti letak n3 bebanyak tau... :)

asnita Publish time 17-7-2010 12:34 PM

ok..tika mlm ni saya tggu ne awak..

cmf_blingblings Publish time 17-7-2010 09:18 PM

sambung lagi yang!

kendOS Publish time 17-7-2010 09:32 PM

nak lagi ....{:1_152:}

bb_75 Publish time 17-7-2010 10:51 PM

xde n3 mlm nii?:mad::mad::mad:

amandaatika Publish time 17-7-2010 10:57 PM

helo geng....
im back...
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: Kasih Tercipta(faizal tahir)- TAMAT DA


ADVERTISEMENT