CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pembinaan Terowong Mrt Undang Risiko Kl Sentral

25-2-2014 11:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21416| Komen: 160

Description: Pembinaan Mrt Yang Dijangka Menelan Belanja Rm50 Bilion Adalah Sebahagian Daripada Pelan Pembangunan Rel Lembah Klang; Salah Satu Komponen Pelan Induk Pembangunan Lembah Klang.


KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah bagi projek Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) yang sudah 30 peratus siap mengundang keprihatinan badan bukan kerajaan (NGO), MRT Watch.

Dalam satu kenyataan media, kumpulan tersebut menimbulkan kekhuatiran pengguna pengangkutan awam, pekerja dan penduduk sekitar berhubung cadangan pembinaan terowong yang bakal menghubungkan stesen MRT KL Sentral ke MRT Muzium Negara.“Populasi yang bakal terjejas dengan projek ini adalah kira- kira 150,000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang melibatkan pelbagai aktiviti bisnes seperti perhotelan, apartmen, pejabat dan sistem pengangkutan awam yang berpusat di KL Sentral,” kenyataan media itu dipetik.

Cadangan pembinaan terowong itu dikhuatiri akan menjejaskan struktur KL Sentral kerana ia melibatkan pemotongan bim (pier) dan penerobosan firewall di bawah bangunan tersebut.
Menurut MRT Watch, buat masa ini terowong sepanjang 61 meter berjaya dikorek bagi menghubungkan Stesen Pasar Rakyat ke Stesen Cocharane, manakala sepanjang 10 meter dikorek pada kedalaman lebih 30 meter di bawah tanah untuk fasa Stesen Semantan ke Stesen KL Sentral.

Anggota kumpulan NGO itu telah melakukan tinjauan dan mendapati orang ramai yang bekerja dan menggunakan pengangkutan awam di KL Sentral tidak bersetuju jika pihak pemaju ingin meneruskan projek yang dilihat berisiko ini.

Pekerja swasta, Asmat Fikri, 26, berkata, komuter, LRT dan monorel di KL Sentral adalah pengangkutan utama yang digunakan sepanjang masa untuk ke pejabat.

“Saya menetap di Bangi dan bekerja di Bukit Bintang, saya adalah pengguna tetap  pengangkutan awam yang terdapat di sini.

“Saya khuathir akan aspek keselamatan pembinaan terowong bawah tanah ini kerana ia mungkin akan mendatangkan kesukaran kepada pengguna seperti saya. Contohnya, jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini atau kecelakaan semasa operasi pembinaan bukankah ia akan mendatangkan bahaya kepada semua pengguna di sini.

“Saya menyokong segala idea kerajaan untuk mengurangkan masalah lalu lintas di ibu kota dan pembangunan seperti pembinaan MRT tetapi tolong jangan letakkan rakyat di tempat yang boleh mendatangkan kemudaratan,” keluh beliau.

Bagi Mirrah Aziz, 28, beliau tidak menyokong idea pembinaan stesen MRT bawah tanah kerana terlalu banyak komplikasi yang akan timbul seperti risiko keselamatan, ketidakselesaan dan aktiviti bisnes seharian turut terjejas.

“Saya tidak sokong dengan projek pembinaan ini, kerana banyak masalah boleh timbul, malah nyawa kami di atas ini umpama telur di hujung tanduk.

“Kita tak tahu apa yang akan berlaku di bawah sana, bayangkan jika berlaku letupan atau runtuhan, selain daripada pekerja di tapak projek, kita di atas ini pun akan terkena tempias sekali.

“Saya setuju dengan pembinaan stesen MRT ini tapi jangan bina di bawah, bahaya sebab terlalu banyak manusia yang ada di sini, cuba buat di luar.

“Selain itu, operasi bisnes di hotel ini juga akan terganggu, kerana bunyi bising dan gegaran. Pelanggan kami terdiri daripada golongan atasan dan pertengahan jadi ini akan mendatangkan ketidakselesaan kepada mereka,” katanya yang sudah berkhidmat hampir 10 tahun dalam bidang perhotelan.

Jika projek ini diteruskan kerja pembinaan itu dijangka mengambil masa tiga tahun dan kos pembinaan akan menelan belanja kira-kira RM 350 juta.

Kerajaan telah memberhentikan cadangan projek ini buat seketika akibat isu-isu keselamatan dan juga kos pembinaan yang terlalu tinggi.

Projek MRT dimiliki oleh MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diperbadankan.
Pembinaan MRT yang dijangka menelan belanja RM50 bilion adalah sebahagian daripada Pelan Pembangunan Rel Lembah Klang; salah satu komponen Pelan Induk Pembangunan Lembah Klang.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diberi kuasa sebagai agensi penyelia projek MRT.

“Persoalannya di sini adakah pihak pemaju iaitu MRT Corp serta Gamuda selaku Project Delivery Partner (PDP) dan kerajaan sanggup mengambil risiko yang membabitkan keselamatan nyawa hampir 150,000 orang semata-mata mahu membina projek mega untuk kelihatan gah di mata dunia.

“Berdepan dengan satu lagi projek mega, amat wajar bagi semua, khususnya pemimpin negara supaya meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna rakyat. Kita tidak mahu disebabkan telalu mengejar kemodenan nyawa rakyat sanggup dikorbankan,” ujar MRT Watch.

16

Bagus
14

Marah
17

Terkejut
7

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote satriastendet 24-2-2014 12:48 AM
mcm la engineer2 yg kje mrt tu bangang sgt x buat study.

fikir tekak sendiri je tukang cakap tu.....mcm haremmm
Quote hydrocloric 24-2-2014 01:00 AM
NGO yang bercakap tuh sume Engineer tahap dunia .. daa..  
Quote slavehunter 24-2-2014 01:53 AM
Kan dah tulis kesusahan skrg adalah untuk kesenangan masa hadapan..
Quote HUHA 24-2-2014 02:08 AM
projek terowong tu RM350 juta. 100 meter je... mesti ada pakai teknologi canggih punya
Quote Acong 24-2-2014 02:15 AM
sapa suruh pi buat byk2 bangunan tinggi kat KL?
Quote xanderz 24-2-2014 03:49 AM
susah gak. ada yang tak nak pacak tiang2.. katanya baik buat bawah tanah

la ni..baik pacak2 tiang katanya.. celah mana nak pacak tiang area kl sentral tu
Quote Al-Patih 24-2-2014 07:18 AM
“Persoalannya di sini adakah pihak pemaju iaitu MRT Corp serta Gamuda selaku Project Delivery Partner (PDP) dan kerajaan sanggup mengambil risiko yang membabitkan keselamatan nyawa hampir 150,000 orang semata-mata mahu membina projek mega untuk kelihatan gah di mata dunia.

apo yang susah sangat ...mintak meke unlimited liability le...tengork ..meke nak buwek tak ...
Quote Al-Patih 24-2-2014 07:20 AM
“Persoalannya di sini adakah pihak pemaju iaitu MRT Corp serta Gamuda selaku Project Delivery Partner (PDP) dan kerajaan sanggup mengambil risiko yang membabitkan keselamatan nyawa hampir 150,000 orang semata-mata mahu membina projek mega untuk kelihatan gah di mata dunia.

apo yang susah sangat ...mintak meke unlimited liability le...tengok ..meke nak buwek tak ...
Quote Bell 24-2-2014 07:52 AM
NGO nie tahu apa pasal civil engineering? Berapa ramai pakar diorg ada?
Quote ultra78 24-2-2014 08:01 AM
Pegi tanya org yg bukan dlm bidang dia buat apa? Pekerja hotel nak komen pasal structural integrity terowong? Huh? Cuba la tanya expert
Quote batmana 24-2-2014 08:09 AM
kalu tknk bising time wat terowong tu, suh la pekerja hotel tu korek pakai tgn..
lagi 100 tahun baru siap projek MRT tu
Quote cmf_rambutan 24-2-2014 08:15 AM
kes2 camni la yang buat progress tergendala....  
Quote jazaa 24-2-2014 08:20 AM
slavehunter posted on 24-2-2014 01:53 AM
Kan dah tulis kesusahan skrg adalah untuk kesenangan masa hadapan..

setuju.......
memang ada risiko......mcm masa proses lebuhraya DUKE dulu, masa dlm pembinaan, tetiba tanah kat wangsamaju sec 10 tu tetiba mendap....penduduk flat bukak pintu oepagi tengok pokok depan rumah dah jatuh gaung......Ngeri sungguh....

tapi tak bermakna sbb risiko tu terus tak ada pembangunan.... Last edited by jazaa on 24-2-2014 08:21 AM

Quote jazaa 24-2-2014 08:23 AM
batmana posted on 24-2-2014 08:09 AM
kalu tknk bising time wat terowong tu, suh la pekerja hotel tu korek pakai tgn..
lagi 100 tahun bar ...

Aku nam jual changkul....mesti changkul naik harga....
Quote Ya82 24-2-2014 08:26 AM
satriastendet posted on 24-2-2014 12:48 AM
mcm la engineer2 yg kje mrt tu bangang sgt x buat study.

fikir tekak sendiri je tukang cakap tu.. ...

like 100x bole?
Quote hbad 24-2-2014 08:26 AM
Ngok punya NGO
Quote Leonarzi 24-2-2014 08:30 AM
Mrt watch ni buat interview syok sendiri....yg kena interview pun mcm banghal
Quote ismauzair 24-2-2014 08:42 AM
Ya82 posted on 24-2-2014 08:26 AM
like 100x bole?

Mesti bole punyer.....haha

cuba try hulur skit kt ngo ni.......sure berubah nada.

rasa nk bg makan tapak kaki je kt ngo ni
Quote iluma 24-2-2014 08:49 AM
Bagi Mirrah Aziz, 28, beliau tidak menyokong idea pembinaan stesen MRT bawah tanah kerana terlalu banyak komplikasi yang akan timbul seperti risiko keselamatan, ketidakselesaan dan aktiviti bisnes seharian turut terjejas.

“Saya tidak sokong dengan projek pembinaan ini, kerana banyak masalah boleh timbul, malah nyawa kami di atas ini umpama telur di hujung tanduk.

“Kita tak tahu apa yang akan berlaku di bawah sana, bayangkan jika berlaku letupan atau runtuhan, selain daripada pekerja di tapak projek, kita di atas ini pun akan terkena tempias sekali.

“Saya setuju dengan pembinaan stesen MRT ini tapi jangan bina di bawah, bahaya sebab terlalu banyak manusia yang ada di sini, cuba buat di luar.


cakap jela ko klaustrophobic..takut kat ruang sempit dan gelap
xsesuai la..mengada
elok pun mrt dok dlm tanah
semak dok kat atas
tgk mcm monorel
berserabut kat atas..

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.057224 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top