CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asrama Maahad Tahfiz Terbakar !

14-2-2014 05:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4122| Komen: 5

Description: Anggota Bomba Dan Penyelamat Dari Balai Indera Mahkota, Bukit Ubi Dan Taman Tas Berjaya Memadamkan Kebakaran Kira-Kira Setengah Jam Kemudian Dan Punca Sebenar Kejadian Masih Dalam Siasatan.

KUANTAN: Tujuh belas pelajar Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin, di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila bangunan madrasah yang menempatkan asrama mereka musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Kejadian kira-kira 10 malam itu dipercayai bermula dari setor di tingkat atas yang turut menempatkan pejabat, surau, dua bilik asrama.

Ketika kejadian, semua pelajar terbabit sedang mengikuti kuliah agama di balai Islam di Permatanag Badak, di sini.

Kebakaran menyebabkan tingkat atas bangunan dua tingkat itu hangus, termasuk memusnahkan barangan peribadi pelajar terbabit.

Anggota Bomba dan Penyelamat dari balai Indera Mahkota, Bukit Ubi dan Taman Tas berjaya memadamkan kebakaran kira-kira setengah jam kemudian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Warden asrama, Zamroni Husaini, 22, berkata ketika kejadian dia sedang tidur di sebuah bilik di tingkat bawah.

"Tiba-tiba saya terasa bahang panas dan apabila tersedar saya lihat api sudah marak.

"Saya berlari keluar tanpa dapat menyelamatkan apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, dia kemudian menghubungi bomba memaklumkan kejadian berkenaan.
  
"Syukur ketika kejadian pelajar tidak berada di sini kerana mereka menghadiri kuliah di tempat lain," katanya.

5

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 14-2-2014 05:28 AM
Quote shogun77 14-2-2014 07:16 AM
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
Quote shysari 14-2-2014 07:37 AM
Takziah lepas satu2 ujian dtg harap penghuni tahfiz ni cekal
Quote epysha 14-2-2014 08:55 AM
pakai racun nyamuk ka?
Quote gogo2 14-2-2014 08:57 AM
shysari posted on 14-2-2014 07:37 AM
Takziah lepas satu2 ujian dtg harap penghuni tahfiz ni cekal

Apa ujiannya yg terdahulu? Dorang dpt A ke tidak?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.047791 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top