CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kubur Orang Asli Digali Untuk Berubat

10-2-2014 01:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4105| Komen: 13

Description: Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya Berkata Polis Yang Dimaklumkan Kejadian Itu Oleh Penduduk Kampung Berkenaan, Menahan Mereka Kira-Kira 9.30 Malam Tadi.

Gambar hiasan


ROMPIN: Polis menahan enam lelaki termasuk remaja 14 tahun kerana menggali sebuah kubur Orang Asli di Kampung Deraman, Batu 3, Kuala Rompin di sini dipercayai untuk tujuan perubatan.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata polis yang dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung berkenaan, menahan mereka kira-kira 9.30 malam tadi.      

"Siasatan awal mendapati seorang suspek berada dalam senarai dikehendaki dan seorang lagi suspek mempunyai rekod jenayah. Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh tanah perkuburan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.      
      
      
Beliau berkata suspek mengaku menggali kubur itu untuk mengambil tulang orang mati bagi tujuan perubatan.

Sementara itu, seorang penduduk Tan Din, 39, berkata beliau menyedari kejadian itu ketika pulang  ke rumahnya selepas menghadiri mesyuarat bersama ketua kampung kira-kira 9 malam.

"Saya curiga apabila melihat ada cahaya lampu suluh di dalam kawasan perkuburan dan sebuah kereta diletakkan di tepi jalan berhampiran kawasan itu.

“Ketika bertanya kepada tiga orang yang berada berhampiran kereta itu, mereka memberi alasan kereta itu mempunyai masalah enjin," katanya.      
Curiga dengan jawapan diberikan, beliau memaklumkan perkara itu kepada Tok Batin Kampung Deraman, Atan Abdul Rahman, 54, yang kemudian terus melapor kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Deraman, Rosman Sulong, 39.

Rosman berkata beliau bersama penduduk kampung lain pergi ke kawasan itu dan mendapat tiga lelaki sedang menggali kubur berkenaan. 

13

Bagus
17

Marah
5

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 9-2-2014 11:09 PM
Mintak nombor ka:lol
Quote wawantow 9-2-2014 11:11 PM
hahaha..baru aku nak cakap
Quote R2D2 9-2-2014 11:18 PM
GhostWalking posted on 9-2-2014 11:09 PM
Mintak nombor ka:lol

nanti dia kan tanya no berapa digit punya nak? no sijil SSP pun dia boleh kasi
Quote Perkele 9-2-2014 11:21 PM
berani betol yeks
Quote R2D2 9-2-2014 11:23 PM
ada orang beromen area kubur
tak takut pun
Quote GhostWalking 9-2-2014 11:24 PM
R2D2 posted on 9-2-2014 11:18 PM
nanti dia kan tanya no berapa digit punya nak? no sijil SSP pun dia boleh kasi

7 18 25 34 42 55 kata tulang yang telah digali tersebut hahahhahaa
Quote jazaa 9-2-2014 11:34 PM
GhostWalking posted on 9-2-2014 11:24 PM
7 18 25 34 42 55 kata tulang yang telah digali tersebut hahahhahaa

rupa-rupanya no top up digi RM5.........
Quote GhostWalking 9-2-2014 11:39 PM
jazaa posted on 9-2-2014 11:34 PM
rupa-rupanya no top up digi RM5.........

Hahahahhahaha tikam2 tak dapat skali nombo topup daaaa
Quote e-mag 9-2-2014 11:41 PM
tahyul mahyul x habis2 walpn  zaman dah android
Quote TuntungReturn 9-2-2014 11:50 PM
berani depa gali kubur org asli
Quote lucky_peace 10-2-2014 10:28 AM
orang asli kat pantai timur johor tu still animisme ke atau dah menganut agama lain??
Quote R2D2 10-2-2014 03:02 PM
Quote -electrifying- 11-2-2014 09:34 AM
dah mcm xde bnda lain je, xde plak org2 cmni kena kacau. ekekeke

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.052229 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top