CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Hilang sblm bersalin: Ibu bayi pompuan kembar mimpi 5 pompuan berjubah!

16-11-2012 04:24 PM| Diterbitkan: admin| Dilihat: 24841| Komen: 197

Description: POKOK SENA , 16 Nov – Penantian lima tahun seorang suamiuntuk menimang cahaya matasulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.


POKOK SENA , 16 Nov – Penantian lima tahun seorang suami  untuk menimang cahaya mata  sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.


Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.


Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang  turut dipercayai hilang pada malam yang sama.


“Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.


“Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.


“Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.


“Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya,  bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis,” cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.


Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.


Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.


Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.


“Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang,” ujarnya.


Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.


“Mereka memaklumkan perkara sama seperti  doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.

p/s takkan perut kembung berisi angin selama 9 bulan lalu, skali kentut trus ilang ?


Statistik kategori thread dibuka oleh TW75 pada 16 Nov 2012

1. Ehwal kemasyarakatan -1 thread

2. Pendidikan - 0 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 0 thread
5. Dunia - 0 thread
6. Sukan - 0 thread

7. Ekonomi - 0 thread

jumlah thread - 1






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BidadariAnggun6 16-11-2012 05:52 AM
Cuainya Klinik Kesihatan blh hilangkan rekod pesakit... or entah2 betul perempuan ni tak pernah pregnant pun..  psiko
Quote MissNigga 16-11-2012 07:12 AM
Anak apakah yang dikandung oleh sheols nie?
Anak jin ker...or anak bunian???
Quote harimau76 16-11-2012 07:19 AM
susah nak cakap ler menda2 camni...maybe blum rezki kut...
Quote batmana 16-11-2012 07:32 AM
kalu dia wat video cmni kan bagus...susah nk ilang kt youtube

[youtube]rr3PBdLTWu8[/youtube]
Quote MengkuduMasam 16-11-2012 07:39 AM
Ade kes yg mmg baby ilang dr dlm perut... Perubatan moden kate ni false pregnancies...

Org bijak pandai kate anak diambil bunian...

Tp medikal rekod pon bleh hilang? Kecuaian or else?...bile scan xambil copy gambar ke?
Quote nurul_akmar 16-11-2012 07:45 AM
bukan dulu2 pon ada kes mcm ni ke?.. claim baby hilang, pastu medikal rekod hilang
Quote noor2 16-11-2012 07:54 AM
errrr betul ke ni??...ada ke citer macam ni?
Quote haryatie 16-11-2012 07:54 AM
betul ker ???...... musykil nyer....hnya Allah yg tau..
Quote LostSoul 16-11-2012 08:04 AM
yup.. mmg ada kes kehilangan baby dlm perut secara misteri.. tp takkan yg si misteri tu pun terrer dlm bab2 menggodam rekod kesihatan?
Quote detonna 16-11-2012 08:11 AM
Kalau ye klinik tuh dah ilangkan rekod, apa ada hal. Si ibu kan ada buku merah.
Quote eyradanira 16-11-2012 08:17 AM
detonna posted on 16-11-2012 08:11 AM
Kalau ye klinik tuh dah ilangkan rekod, apa ada hal. Si ibu kan ada buku merah.

rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang  turut dipercayai hilang pada malam yang sama. maknanya buku merah tuh pun hilang malam kejadian jugak...
Quote chaoyunjie 16-11-2012 08:24 AM
anak dalam kandungan hilang tu 1 hal...
tp rekod pn turut hilang juga...misteri sungguhhhhh
Quote cmf_lemontea 16-11-2012 09:34 AM
eeee...misteri.....
ada hantu parakang mungkin..huhu..
pandai dia hilangkan bukti kehamilan di klinik dan buku pink...
Quote zehra2 16-11-2012 09:38 AM
dulu2, nenek sedara aku pernah la hilang anak dlm perut..
cerita org dulu kala, anak diambik org bunian..
klu nenek sedara aku tu demam.. sakit ke.. dia kata, anak dia yg hilang tu ada dtg ziarah dlm mimpi..
Quote hani2103 16-11-2012 09:40 AM
misteri nusantara betul...tp memang pernah dgr kes2 yg macam ni....
hidup diselubungi misteri.... Allah aje yg tahu
Quote jofizo 16-11-2012 09:43 AM
jin tu curik buku rekod lak..... depa nak guna buku tu pi check-up pasnih....

nk beromen bacalah doa takpun paling kurang bismillah utk elakkan jin2 tumpang sekaki menghenjut lubang bini......
Quote Grengo 16-11-2012 09:43 AM
mcm sesuatu je cerita ni.. semua bahan bukti hilang..
Quote MelahJanda 16-11-2012 09:45 AM
saka nih
Quote cmf_raudah 16-11-2012 09:47 AM
tipu je nih..xkn rekod klinik pon bole ilang

Lihat semua komen(197)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.071122 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top