CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Produk Brahim'S Untuk Penerbangan Jepun

8-1-2014 04:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4608| Komen: 5

Description: Brahim'S Holdings Bhd Menandatangani Perjanjian Dengan Ana Holdings Inc (Ana) Bagi Menyediakan Hidangan Makanan Halal Jepun Bagi Katering Dalam Penerbangan Di Negara Matahari Terbit Itu.

Pengerusi Eksekutif Brahim’S, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi (Dua, Kiri) Menunjukkan Menu Nasi Lemak Yang Disediakan Brahim'S Untuk Mas Dalam Satu Majlis, Jun Lalu.

a

BRAHIM'S Holdings Bhd menandatangani perjanjian dengan ANA Holdings Inc (ANA) bagi menyediakan hidangan makanan halal Jepun bagi katering dalam penerbangan di negara matahari terbit itu.

Brahim's dalam satu nota kepada Bursa Malaysia semalam memaklumkan, kerjasama itu akan membuka ruang untuk kedua-dua syarikat menubuhkan usaha sama dalam dapur halal penerbangan di lapangan terbang Narita dan Haneda di Tokyo.

Brahim's memaklumkan, objektif perjanjian itu adalah bagi menubuhkan gabungan rangkaian strategik dan kerjasama perniagaan bagi meneroka cara dan memanfaatkan strategi kedua-dua pihak.

"ANA melalui anak syarikatnya ANA Catering Service Co Ltd (ANAC) akan bekerjasama dengan Brahim's khusus untuk syarikat penerbangan luar yang mendarat di Narita dan Haneda, untuk membekalkan hidangan dalam pesawat halal dengan menggunakan kemudahan milik ANAC pada peringkat awal.

"Apabila perniagaan itu berkembang, kedua-dua syarikat akan pertimbang untuk mewujudkan usaha sama bagi memperluas kemudahan itu," menurut Brahim's.

Sementara itu, perjanjian itu akan turut menyaksikan Brahim's memasarkan dan mengedar produk siap dimakan dihasilkan anak syarikatnya, Dewina Food Industries Sdn Bhd di Jepun dengan bantuan ANA Trading Co Ltd sebagai pengedar.

"Syarikat IHG-ANA, iaitu usaha sama antara ANA dan InterContinental Hotels Group yang mengendalikan rangkaian hotel ANA InterContinental, ANA Crowne Plaza, dan ANA Holiday Inn di seluruh Jepun turut berminat menggunakan produk Brahim's untuk dihidangkan kepada tetamu beragama Islam melalui cawangan Brahim's di Jepun, Brahim’s Food Japan Co Ltd," menurut kenyataan itu.

Brahim's dan ANA menjangka untuk memperoleh penguasaan pasaran dalam katering halal penerbangan, meningkatkan agihan dan kedudukan di Asia Pasifik bagi meneroka pasaran makanan halal di kedua-dua negara, selain bahagian lain di Asia.

Brahim’s kini membekalkan makanan kepada 36 syarikat penerbangan komersial  antarabangsa yang terbang dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dengan Malaysia Airlines sebagai pelanggannya yang terbesar.


10

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yanasan21 8-1-2014 10:55 AM
sedap  brahim ni......nyam2.........
Quote munchkin 10-1-2014 02:41 PM
Tahniah...
Quote shysari 10-1-2014 02:44 PM
Teringat masterchef selebriti 2 final masak tuk brahim..
Quote perang_candu 10-1-2014 02:50 PM
Jepon pon amalkan kronisme.. ni abg dollah badwi punya kan..
Quote vv2005 10-1-2014 02:51 PM
abang brahim

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.172667 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top