CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Planet EUPE Music Fest bersama U-KISS, YUNA & LEEHOM

16-12-2013 12:40 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6018| Komen: 1

Description: Pemaju hartanah terbesar di utara tanah air yang beroperasi di Kedah, EUPE Corporation Berhad buat julung kalinya mengajur pesta muzik yang dinamakan PLANET EUPE MUSIC FEST pada 1 Mac 2014 bertempat d ...



Pemaju hartanah terbesar di utara tanah air yang beroperasi di Kedah, EUPE Corporation Berhad buat julung kalinya mengajur pesta muzik yang dinamakan PLANET EUPE MUSIC FEST pada 1 Mac 2014 bertempat di Taman Air Carnivall Eupe, Cinta Sayang Resort pada jam 6 petang.

Satu sidang media telah diadakan di Hilton, KL Sentral pada 12 Disember 2013 dimana telah memperkenalkan barisan artis yang akan bakal menghibur peminat Malaysia.


Artis-artis yang akan bakal tampil pada pesta tersebut adalah U-KISS dari Korea, Wang Leehom dan Jeannie Hsieh dari Taiwan, artis Malaysia yang mencipta nama di Amerika iaitu Yuna serta barisan artis tempatan lain seperti Najwa Latif, Orange Tan, Da.Mon.Ster, Mint G dan Kah Jun.


Pada sidang media tersebut, Pengarah Urusan Eupe Corporation Berhad Dato’ Beh Huck Lee, berkata Pesta Muzik Planet Eupe akan menjadikan Pesta Muzik Planet Eupe sebagai acara tahunan sekaligus sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat itu untuk menyokong dan melabur dalam komuniti tempatan di mana mereka beroperasi.  Pesta Muzik Planet Eupe ini juga akan menjadi lokasi pemilihan peserta dari Malaysia yang layak untuk menyertai Kejohanan Tarian Antarabangsa Hip Hop Malaysia 2014 yang bakal diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

"Eupe Corporation Berhad sangat teruja untuk menjadi tuan rumah acara ini. Apa yang kami mahu bukan saja sebagai membuka satu lembaran baru dalam sejarah buat syarikat iaitu kemasukan Eupe ke dalam pasaran hartanah Kuala Lumpur tahun depan tetapi juga memperkenalkan utara Malaysia kepada dunia, " kata Dato’ Beh. "Penganjuran acara festival muzik bertaraf dunia ini juga adalah satu cara kami menyatakan terima kasih kepada rakyat di utara Malaysia yang sudah lebih suku abad membantu dan terus menyokong kejayaan syarikat kami. Dengan sokongan yang diberikan situ wajarnya mereka diberikan ganjaran dengan acara hiburan berskala besar seperti ini."

"Pesta Muzik Planet Eupe bukan sekadar platform untuk menonjolkan artis tempatan - ia juga menjadi satu bukti untuk disaksikan artis antarabangsa yang terbabit bahawa lokasi perbandaran seperti Sungai Petani juga mampu menjadi tuan rumah acara muzik utama untuk negara. “

Hanya sejumlah 20,000 tiket untuk acara ini akan dijual mulai 18 Disember 2013. Harga yang ditawarkan adalah seperti RM90 (berdiri), RM190 (berdiri), RM290 (tempat duduk bernombor) dan RM390 (tempat duduk bernombor). Promosi pembelian tiket awal bermula 18hb hingga 31hb Disember 2013. Dapatkan tiket anda sekarang untuk potongan harga sebanyak 15 peratus untuk semua harga. Tiket boleh dibeli di Cinta Sayang Resort serta melalui TicketCharge - ( www.ticketcharge.com.my ) dan kedai yang terpilih.

Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh didapati menerusi laman sesawang www.ticketcharge.com.my atau hubungi TicketCharge di +603 9222 8811 atau Cinta Sayang Resort di+604-6459811 atau layari www.PlanetEUPE.com dan www.facebook.com/PlanetEUPE






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote satus999 27-2-2014 01:49 AM
Planet Eupe Music Fest 2014
got wang lee hom, u-kiss, yuna, orange, jeannie, etc !
got 4 tickets, right now SELLING @ RM150/TICKET ONLY !
Original price was RM190 !

SMS/whatsapp/CALL me
016-665 1086 Derrick

https://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=3144685  

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.063688 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top