CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Angkasawan Cuba Hidup Di 'Marikh'

14-10-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4886| Komen: 16

Description: Tel Aviv: Seramai enam angkasawan akan menghabiskan masa selama empat minggu tinggal di ‘planet Marikh versi tiruan’ di Gurun Negev Israel.
Tel Aviv: Seramai enam angkasawan akan menghabiskan masa selama empat minggu tinggal di ‘planet Marikh versi tiruan’ di Gurun Negev Israel. 

Saintis berharap misi mencabar itu akan membekalkan mereka maklumat bagaimana manusia dapat menyesuaikan diri dengan tempat yang terkurung dan terasing, lapor Daily Star. 

Semua kelengkapan, kru dan kemudahan operasi di Israel akan diuruskan oleh ‘kawalan misi’ di Inssbruck, Austria. 

Simulasi itu melibatkan seramai lima angkasawan lelaki dan seorang wanita yang akan menghabiskan masa selama empat minggu tinggal di ‘fasiliti analog Marikh’ dengan memakai sut angkasa lepas.

Foto: AFP

Forum Angkasa Lepas Austria yang menjalankan misi tersebut turut menyediakan jurutera aeroangkasa dan peminat ruang angkasa yang ingin mencipta teknologi diperlukan bagi membawa manusia ke planet Marikh.


Selain melihat bagaimana manusia menangani keadaan di padang pasir, kru juga dilaporkan akan meniru pelbagai aktiviti di permukaan planet Marikh buatan tersebut. 

Misi analog membantu untuk memahami ‘kelebihan dan halangan misi masa depan planet manusia’ sebelum dihantar ke Marikh, 2030.  

Keadaan sebenar di Marikh meliputi suhu beku, kurang suasana bernafas dan sinaran matahari yang kuat. 

Fasa pengasingan kru bermula 12 Oktober lalu dan mereka hanya dibenarkan berhubung dengan kawalan misi sehingga dibebaskan 31 Oktober depan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 14-10-2021 02:19 PM
Malaysia x nak buat ke kat Pantai Klebang..
Quote KamikuP 14-10-2021 04:29 PM
Kat situ dah ada kapal selam terpaling
Quote dani-rox 14-10-2021 04:59 PM
Oh man, look at those cavemen go
It's the freakiest show
Take a look at the lawman
Beating up the wrong guy
Oh man, wonder if he'll ever know
He's in the best selling show
Is there life on Mars?


[youtube]AZKcl4-tcuo[/youtube]

Quote ninja9 14-10-2021 05:13 PM
ramai ker yang nak gi marikh, projek yang menarik tp menakutkan pada masa yg sama...

udara, air dan makanan keperluan paling asas tak ada kat marikh.  kalau jadik projek ni maka ini projek sehala rasanya.. mati kat marikh entah sbb tak makan tak minum atau tak boleh bernafas...semua boleh jadi... kena survive sendiri sebab memang tak akan ada bantuan dari bumi.. entah siapa yg akan tertarik nak gi sana...
Quote eizarz 14-10-2021 08:56 PM
Allah jadi kan bumi utk manusia tinggal..dah nk pegi duduk planet lain dah kenapa....bodo nk lawan lumrah yg sudah disedia kan..lain la kalau ko lahir2 je dah ada kat marikh..
Quote edayildiz 14-10-2021 09:10 PM
mcmana sy nk reply ni..testing testing
ohhh planet tiruan jer kan
Quote cmf_premierleag 14-10-2021 09:10 PM
ala2 rehearsal konsepnya ya
takde ke rehearsal duk dlm syurga ka, neraka ka
Quote Firenzza 14-10-2021 09:48 PM
Bagus gak....pergi la hangkut suma yahudi pindah sana.....buat semak je kt bumi nih
Quote axl_bach 15-10-2021 09:26 AM
ninja9 replied at 14-10-2021 05:13 PM
ramai ker yang nak gi marikh, projek yang menarik tp menakutkan pada masa yg sama...

udara, air da ...

Dorg pergi Marikh ker? Bkn dorg train di Gurun Negev jer ke
Quote ninja9 15-10-2021 11:20 AM
axl_bach replied at 15-10-2021 09:26 AM
Dorg pergi Marikh ker? Bkn dorg train di Gurun Negev jer ke

tulisan tu bukan spesifik utk group yg train kat gurun tetapi secara umum shj..

Quote Radzor 15-10-2021 02:32 PM
sama ke gravity Gurun tu dgn marikh?
Quote angelofish 15-10-2021 03:20 PM
RatuDunia94 replied at 14-10-2021 02:19 PM
Malaysia x nak buat ke kat Pantai Klebang..

zaman najib dulu dah buat...angkasawan nye warga pahang
Quote sepiITUindah 15-10-2021 03:39 PM
RatuDunia94 replied at 14-10-2021 02:19 PM
Malaysia x nak buat ke kat Pantai Klebang..

bukit ibam k'tan
Quote MsOren 16-10-2021 05:15 AM
Siapa nak pindah marikh nanti? Aku plan nak teruskan hidoppp di bumi je
Quote syamzana 16-10-2021 07:33 AM
hidup mati kat bumi sudah. agak2 tak panjang umur, mati jela. hidup lama2 pun utk apa?
Quote Artemesiaa 16-10-2021 12:07 PM
Once bitten twice shy ramai dah mula malas nak layan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.175162 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top