CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasuh & Suami Ditahan Dera 2 Beradik, Simbah Air Panas

7-10-2021 08:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3543| Komen: 13

Description: Polis menahan dua lagi suspek berkaitan kejadian dera melibatkan dua beradik lelaki di Taman Selesa Jaya, baru-baru ini.
Polis menahan dua lagi suspek berkaitan kejadian dera melibatkan dua beradik lelaki di Taman Selesa Jaya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kedua-dua mereka yang ditahan merupakan sepasang suami isteri dan pengasuh mangsa.



Gambar hiasan

Katanya, kedua-dua suspek berusia 24 dan 32 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan.

“Sementara itu, dua daripada tiga individu yang ditahan polis sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam iaitu B. Mariamah, 60, dan anak perempuannya, R. Deeba, 37.

“Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kedua-duanya yang tidak bekerja kemudian dikenakan jaminan RM15,000 masing-masing, namun kerana gagal membayar, mereka ditahan di dalam lokap,” katanya di sini, hari ini.


Tambah Dzulkhairi, mahkamah kemudian menetapkan 24 November ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

“Seorang lagi individu yang ditahan sebelum ini iaitu teman lelaki Deeba yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dibebaskan dengan bon jaminan serta akan menjadi saksi pendakwaan.

“Sementara itu, kedua-dua mangsa kini masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas ini,” ujarnya. 



Semalam, akhbar ini melaporkan dua beradik berusia 6 dan 11 tahun didera dengan cara dipukul dengan rotan getah paip, disimbah dengan air panas selain dicucuh dengan puntung rokok dipercayai perbuatan pengasuh mereka.

Ibu mereka, M. Vikneswari, 30, yang sudah kematian suami meninggalkan anaknya dalam jagaan pengasuh itu yang dikenali melalui seorang kenalannya dengan bayaran upah RM800 sebulan sejak April lalu.

Wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai itu juga mendakwa hanya bertemu dengan anak-anaknya sebanyak tiga kali sahaja kerana sibuk bekerja selain pengasuh memberi pelbagai alasan untuk menghalang mereka bertemu.

Perbuatan dera itu terbongkar apabila kedua-dua anak Vikneswari dipulangkan kepadanya menggunakan perkhidmatan e-hailing baru-baru ini setelah wanita itu membuat laporan polis. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Drmu 7-10-2021 09:04 PM
Kesiannya..harap xtrauma lh adik tu. Byk pulak tu tompok2 air panas blkg tu
Stiap tahun Ada je kes dera ni. Iol rse mak2 klau nk hntar ke pengasuh ke..kne tinggal satu phone untuk dorang..cepat2 kne call mak klau dera gini
Quote Eliadaisy83 7-10-2021 09:11 PM
Kesiannya.
nasibla dua beradik ni tak mati..semoga mereka mendapat keadilan sewajarnya.
Quote nakkomenjugak 7-10-2021 10:25 PM
Moga2 hukuman setimpal dan berat
Kesian budak2 ni...
Quote mama_neko 8-10-2021 07:14 AM
upah mengasuh baru 800 utk 2 org, budak tu lak jenis stay in ngan pengasuh, gamaknya pengasuh desperate nak duit, sanggup la ambil budak tu, tapi nak jaga malas, jadi la tempat melepaskan geram ... aku tgk budak2 tu pun mcm tak dibagi makan,kurus gila .
Quote orgsepang 8-10-2021 07:20 AM
Kalau boleh jatuhkan hukuman berdasarkan kesalahan lagi bagus. Kalau dia siram air panas, hukuman dia siram air panas juga. Biar dia rasa apa yang mangsa rasa.
Quote glump 8-10-2021 07:24 AM
Maknya kerja nak dapatkan 800 bayar pengasuh ..tengok anak jadi hamba abdi . Mahal tul harga yg si ibu tunggal tu kena bayar bila suami meninggal , domestic support dia lemah.
Quote noor2 8-10-2021 07:47 AM
Patut mal dia jirus dulu kepala pengasuh tu dgn air menggelegak.....simbah terus....
Quote Nnasda53 8-10-2021 09:35 AM
Harap di berikan hukuman setimpal pada si pelaku.
Tak sanggup tengok bertompok2 badan kesan di simbah air panas.
Quote ReginaGeorge 8-10-2021 12:02 PM
orgsepang: Kalau boleh jatuhkan hukuman berdasarkan kesalahan lagi bagus. Kalau dia siram air panas, hukuman dia siram air panas juga. Biar dia rasa apa yang man ...



I pun setuju. Selain dikenakan hukuman penjara, pelaku perlu didera seperti mana penderaan mereka ke atas mangsa.
Quote tepisket.. 8-10-2021 12:08 PM
Pengasuh pon kena ada lesen la cmni.. harga dia tu sama mcm hantar nursery punya harga. Baik la hantar situ ada cctv. Jkm approved.
Quote RinIna 8-10-2021 12:25 PM
Keisannya, dah lah kurus.. kalau tak nak jaga cakaplah terus terang, janganlah lepaskan marah kat budak2 tu.. hmmm
Quote airmineral 8-10-2021 12:35 PM
glump replied at 8-10-2021 07:24 AM
Maknya kerja nak dapatkan 800 bayar pengasuh ..tengok anak jadi hamba abdi . Mahal tul harga yg si i ...

kesian kan org yg mcmni
dia cuba survive dgn anak dlm kesempitan hidup dia tapi org zalimi anak dia pula..huhu
Quote airmineral 8-10-2021 12:36 PM
orgsepang replied at 8-10-2021 07:20 AM
Kalau boleh jatuhkan hukuman berdasarkan kesalahan lagi bagus. Kalau dia siram air panas, hukuman di ...

tu la i harap ada hukuman mcmni biar dia rasa apa budak2 tu rasa..tp kena kasi lebih la sbb daya tahan org dewasa ni lebih sket drpd budak2

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.067715 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top