CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Marah Dilarang Rehat Dalam Masjid, Lelaki Bakar Mimbar Dan Al-Quran

27-9-2021 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2226| Komen: 4

Description: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan selepas bertindak membakar mimbar Masjid Raya Makassar, Sulawesi Selatan.
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan selepas bertindak membakar mimbar Masjid Raya Makassar, Sulawesi Selatan.

CNN Indonesia melaporkan, lelaki itu ditahan di Jalan Tinumbu, Kota Makassar kelmarin.


Ketua Polis Makassar, Witnu Urip Laksana berkata, lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana marah selepas sering dilarang berehat di dalam masjid itu.


Foto: CNN Indonesia

“Suspek berasa sakit hati selepas sering dilarang oleh pengurus masjid untuk berehat di dalam masjid, lalu membakar mimbar masjid menggunakan sejadah,” katanya.

Beliau memberitahu, dia juga disyaki mengambil bahan terlarang ketika me-lakukan jenayah tersebut.


“Ada beberapa kita suci al-Quran juga terbakar,” katanya.

Jelasnya, perbuatan tersebut adalah berunsurkan jenayah, tiada motif lain.

Katanya, suspek menutup kamera litar tertutup (CCTV) sebelum bertindak membakar mimbar masjid.

Suspek berdepan hukuman penjara, maksimum 15 tahun.

Terdahulu, Ketua Umum Dewan Masjid Indonesia, Jusuf Kalla mengecam keras apa yang dilakukan suspek dan berharap penduduk Makassar menyerahkan tindakan lanjut kepada pihak polis. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 27-9-2021 10:13 AM
Sumbat je dalam jel.. Biarkan rehat dalam tu..
Quote KamikuP 27-9-2021 03:27 PM
Satu hari satu berita indon. Good job. Maka ku harus bilang wow gituh?
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 01:59 AM
Suruh ummah yendon setel heol ni
Kami takmo tau
Quote bottombikini 28-9-2021 08:32 AM
masjid sini pun ada AJK yg rajin halau org rehat kat koridor masjid

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051381 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top