CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lakonan Semakin Berkembang, Tapi Shiha Zikir Tak Kejar Glamour

27-9-2021 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2551| Komen: 6

Description: Sepuluh tahun dalam industri seni, penyanyi Shiha Zikir bersyukur kerjaya dalam bidang lakonan semakin berkembang apabila diberi peluang menggalas watak utama menerusi drama Perisik Cinta Tak Diundang ...
Sepuluh tahun dalam industri seni, penyanyi Shiha Zikir bersyukur kerjaya dalam bidang lakonan semakin berkembang apabila diberi peluang menggalas watak utama menerusi drama Perisik Cinta Tak Diundang.


Bersyukur diberi ruang untuk terokai bidang baharu, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 33, menganggap peluang itu sebagai rezeki buat dirinya.

Foto: IG


"Alhamdulillah, penerbit dan pengarah memberi ruang untuk saya menerokai benda baharu. Jujurnya, saya hargai setiap peluang diberikan.

"Bagaimanapun, fokus utama adalah mencari rezeki. Populariti diperlukan setiap artis, tetapi saya bukannya mengejar populariti.

"Bagi saya, biar orang kenal atas bakat dan produk dan bukannya kontroversi yang boleh membuatkan nama saya disebut-sebut," katanya kepada mStar.




Shiha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama terbaharu, Perisik Cinta Tak Diundang secara virtual baru-baru ini.

Drama arahan Azmi Hatta itu turut dibintangi oleh Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Bella Astillah, Wany Kayrie, Esma Daniel dan Fazlina Ahmad Daud.

Dalam pada itu, penyanyi lagu AEWO ini turut teruja apabila impiannya untuk muncul menerusi slot Akasia tercapai.



Bimbang dengan pandangan pelakon lain, Shiha akui dia sendiri tidak menjangkakan dirinya akan terlibat dalam dunia lakonan.

"Akhirnya impian saya nak muncul menerusi slot Akasia tercapai. Pada masa sama, saya gementar memikirkan apa pandangan pelakon lain, saya bukannya seorang pelakon.


"Mungkin ada yang suka dan sebaliknya, namun semua pelakon yang terlibat dalam drama itu banyak membantu saya. Dari situ, saya banyak belajar dan memperoleh pengalaman baharu.

"Jujurnya, saya tak sangka boleh berada dalam bidang lakonan sebab tak terfikir nak jadi pelakon. Insya-Allah, saya mahu banyak karakter yang lebih mencabar," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zaien 27-9-2021 09:10 AM
x tau sejak bila dia nih jadi kelakar..
tpi ok la.. cuma klau gelak tu.. mak aiiiii hahahah
Quote lanse 27-9-2021 10:09 AM
Tinggi berapa dia ni. Gambar pakai kasut tinggi tu nampak rendah.
Quote bondeh 27-9-2021 12:37 PM
Suka she sebab she bengong2 sengal hahahahhahhaha masa jadi juri jemputan ICSYV musim tak hengat
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 01:52 AM
Tak kejar glemer, memang sampai ke sudah frozen
Quote shroom 28-9-2021 02:03 AM
Dulu x minat betul dia ni, tapi lepas muzikal lawak kot terus minat.. lawak & x gedik..
Quote Dahlia.Julia 28-9-2021 03:52 AM
Dia ni bersungguh nak masuk industri.

Ingat lagi dia kandas konsert prelude AF musim keberapa ntah. Pastu masuk mentor la, jangan lupa lirik la.. Skrg nampak la hasil tak berputus asa tu..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.044672 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top