|
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan selepas bertindak membakar mimbar Masjid Raya Makassar, Sulawesi Selatan.
CNN Indonesia melaporkan, lelaki itu ditahan di Jalan Tinumbu, Kota Makassar kelmarin.
Ketua Polis Makassar, Witnu Urip Laksana berkata, lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana marah selepas sering dilarang berehat di dalam masjid itu.
Foto: CNN Indonesia
“Suspek berasa sakit hati selepas sering dilarang oleh pengurus masjid untuk berehat di dalam masjid, lalu membakar mimbar masjid menggunakan sejadah,” katanya.
Beliau memberitahu, dia juga disyaki mengambil bahan terlarang ketika me-lakukan jenayah tersebut.
“Ada beberapa kita suci al-Quran juga terbakar,” katanya.
Jelasnya, perbuatan tersebut adalah berunsurkan jenayah, tiada motif lain.
Katanya, suspek menutup kamera litar tertutup (CCTV) sebelum bertindak membakar mimbar masjid.
Suspek berdepan hukuman penjara, maksimum 15 tahun.
Terdahulu, Ketua Umum Dewan Masjid Indonesia, Jusuf Kalla mengecam keras apa yang dilakukan suspek dan berharap penduduk Makassar menyerahkan tindakan lanjut kepada pihak polis. -CARI
Sumber: Kosmo |
|