CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Seberang Sungai Guna Gabus Untuk Ke Sekolah

27-9-2021 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2346| Komen: 3

Description: Jakarta: Sejak dua ke tiga hari ini, warga internet heboh memperkatakan mengenai video tular budak Sekolah Dasar (SD) menyeberangi sungai menggunakan kotak gabus styrofoam di Desa Kuala Dua Belas, Oga ...
Jakarta: Sejak dua ke tiga hari ini, warga internet heboh memperkatakan mengenai video tular budak Sekolah Dasar (SD) menyeberangi sungai menggunakan kotak gabus styrofoam di Desa Kuala Dua Belas, Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan.


Ramai yang melahirkan simpati malah ada yang kagum melihat semangat kental kanak-kanak tersebut pergi dan pulang ke sekolah menyeberangi sungai ha-nya menggunakan ‘pengangkutan’ tersebut.


Tak kurang ramai yang menghentam pemerintah kerana gagal menyediakan sistem pengangkutan yang selamat.

Bagaimanapun, pemerintah daerah Ogan Komering Ilir menegaskan, kanak-kanak tersebut tinggal di pesisir timur Ogan Komering Ilir yang kebiasaannya pergi ke sekolah menggunakan kotak gabus styrofoam dan tidak mahu dihantar dengan perahu.


Ketua Jabatan Maklumat Ogan Komering Ilir, Adi Yanto berkata, Desa Kuala Dua Belas dihuni 450 ketua keluarga dan berdasarkan keterangan ketua kampung, pe-ngangkutan utama penduduk menyeberangi sungai adalah de-ngan perahu atau bot laju.



“Orang tua (ketua keluarga) di desa itu, rata-rata adalah orang berkemampuan, memiliki perahu dan bot laju.

“Mengenai anak-anak desa yang menyeberangi sungai menggunakan styrofoam, mereka ini tidak mahu dihantar menggunakan perahu. Jadi styrofoam tersebut sering dimainkan anak-anak sebagai ‘perahu’, kerana mereka bermain-main,” katanya seperti dilaporkan Republika.

Jelasnya, bagi penduduk setempat, apa yang berlaku adalah perkara biasa, ibaratnya ‘mereka lahir sahaja sudah di atas air’.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan sudah memaklumkan perkara itu kepada ketua kampung dan sekolah agar jangan membiarkan anak-anak menggunakan styrofoam atas faktor keselamatan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 27-9-2021 10:01 AM
Ya Allah...bahayanya lah anak...
Quote helicornia 27-9-2021 10:17 AM
Ni klu kat Malaysia dh gegak gempita dah ni. Mana YB mana cikgu besar mana ketua kg mana polis dll
Quote Kurex 27-9-2021 10:48 AM
Mendunia cerita dari indon dalam porem ni.. masuk isu pulak padahal ada bod kongsi tular

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.040473 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top