CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Dijemput Ke Met Gala, Saya Nak Pakai Rekaan Tsyahmi" - Aina Abdul

17-9-2021 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6929| Komen: 25

Description: Beberapa hari lepas, media sosial “kecoh” dengan kembalinya acara fesyen terbesar, Met Gala.
Beberapa hari lepas, media sosial “kecoh” dengan kembalinya acara fesyen terbesar, Met Gala.

Sudah tentu ia menarik perhatian netizen kerana acara kutipan dana tahunan untuk Metropolitan Museum of Art's Costume Institute di New York City dibatalkan pada tahun 2020 dek pandemik COVID-19.



Kredit foto: IG Aina

Lebih menarik perhatian ahli kumpulan Blackpink, Rose turut hadir ke majlis tersebut bersama Pengarah Kreatif Yves Saint Laurent, Anthony Vaccarello.

Selain Rose, antara selebriti lain yang turut hadir memeriahkan Met Gala ialah Emily Blunt, Kendall Jenner, Anya Taylor-Joy, Lupita Nyong’o dan Shawn Mendes.

Perkembangan acara itu bukan sahaja diikuti peminat antarabangsa, malah peminat di Malaysia juga turut sama memberikan pandangan dan komen menarik mengenai busana digayakan selebriti yang menghadiri acara tersebut.


Tak kurang juga, ada yang bertanyakan jika artis Malaysia diberi peluang, siapakah yang layak untuk melintasi permaidani merah itu.

Antara jawapan yang keluar daripada netizen ialah Fazura, Mimi Lana, Didie Alias dan juga pelantun lagu Maybe, Aina Abdul.



Nama Aina disebut-sebut kerana beliau dilihat sesuai untuk memperagakan fesyen adi busana dan membawa nama Malaysia ke acara tersebut.

Menurut Aina, jika dia diberi peluang untuk menghadiri acara tersebut, dia tidak akan teragak-agak untuk menerima peluang tersebut meskipun pada saat-saat akhir.



“Sudah tentu, 100 peratus saya akan cakap ya walaupun saya menjadi pilihan pada saat akhir, saya sangat berbesar hati untuk hadir ke acara tersebut,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu "Sumpah" ini turut menyatakan ingin memakai busana daripada Tsyahmi sekiranya dia mendapat jemputan ke acara tersebut.


 

 

Kredit foto: Twitter

“Kalau saya dapat pergi ke sana, saya nak pakai rekaan Tsyahmi.

"Tapi kalau diberi peluang untuk memperagakan rekaan daripada pereka antarabangsa, saya akan pilih Mugler,” ujar Aina semasa dihubungi Astro AWANI.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 28 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan ini juga baru sahaja melancarkan single terbaharunya yang berjudul Aina Abdul pada Khamis.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 17-9-2021 02:38 PM
Lambat lg la kot nk ajak msian artis ke sane.
Yuna da pg ke blm?
Klo yuna pn blom aina lambat la lah ye..
Sabo la.
Quote dani-rox 17-9-2021 02:40 PM
Kalau dijemput utk tema ala2 "Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination" yg dibuat bbrp thn lepas?
Quote slyfynx 17-9-2021 03:09 PM
Jemputan ke maid gala mungkin?
Quote Lelli 17-9-2021 03:26 PM
Thn ni Met x meriah mcm sblm ni..
Ramai selebriti yg x dpt carry pakaian yg dorg pakai..
Nasib baik Riri and Jlo ada.

Utk x ot..All the best Aina, mana tahu ada rezeki utk ke Met lps ni..meolls yakin team Aina x kn mghampakn utk 'fulfill the assignment'.
Quote uori 17-9-2021 03:57 PM
berangan tu percuma
Quote uori 17-9-2021 03:57 PM
berangan tu percuma
Quote apedehal 17-9-2021 04:15 PM
Apelah perasaan lopa ye?xpala sggup tggalkn dunya utk abam bangla mari. Terkadang rindu nk make fun of her fashion sense
Quote sharlenetexas 17-9-2021 04:16 PM
Pakai je cadar putih berdarah tu.

Quote azimodin 17-9-2021 04:34 PM
Lelli: Thn ni Met x meriah mcm sblm ni..Ramai selebriti yg x dpt carry pakaian yg dorg pakai..Nasib baik Riri and Jlo ada.Utk x ot..All the best Aina, mana t ...


Meouls pon (walaupon fashoin sense kelaut) rasa met tahun ni membosankan. Tema american, so iouls expect looks inspired by influential icons like jackie o/president Lincoln, denim (shorts/high waisted jeans/full suit), 80s bright sportswear gitu. Tapi nan hado. Retis korea yg di-overhyped pon x menarik. Rose pakai little black dress yg nothing special, cl tu baju dah ok tapi pakai grandma panty.
Quote azimodin 17-9-2021 04:34 PM
sharlenetexas: Pakai je cadar putih berdarah tu.

Pastu leh letak menstrual cup as headpiece
Quote nakkomenjugak 18-9-2021 03:44 AM
pakai je cam Kim K pakai tu ha
Satu badan tutup, kepala pun diserkup nya
sesuai dengan tuntutan syarat
Quote RatuDunia94 18-9-2021 08:00 PM
Instead ko berangan tunggu MET Gala jemput ko.. why not buat MET Gala versi Malaysia.. hahahahahhahaa
Quote missDollie 18-9-2021 10:08 PM
Dijemput hapo..bukan kena bayar ke 30k usd nak pegi met gala ni..yihhhh
Quote orglama 19-9-2021 01:25 AM
Berangan itu percuma
Quote ashilalat 19-9-2021 05:10 AM
Muka lobang lobang pon bermimpi ke sana? Kalo takat aina bendul pon layak, baik la dulukan wan maimunah je ke sana.
Quote samshik 19-9-2021 05:47 AM
Xpela nak.. Cuba agi taun dpn..
Quote edayildiz 19-9-2021 06:20 AM
pakai la style mcm kim k..tp dlm mmpi jer la dijemput
Quote MatDeghem 19-9-2021 06:46 AM
Eh Hellooooo ... Mana nama Hajjah ? Hanya Hajjah yg mampu bawak nama ISLAM ke arena international dgn fesyen syariah compliance hokeyyyy
Berape banyak event international Hajjah dah pegi. Mana retis Malaysia yg mampu???????
Quote guesswho09 19-9-2021 01:54 PM
I penah pegi MET museum ni a few times
masuk sini tak sedar masa berlalu
tiket boleh guna utk 3 hari berturut2

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.284995 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top