CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Single Baru Sendu, Sufian Suhaimi Tak Sambung Kontrak Dengan Aries Music?

17-9-2021 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3677| Komen: 11

Description: Setahun menyepi tanpa single baru, Sufian Suhaimi muncul dengan single Cinta Tak Bertepi, sebulan lalu.
Setahun menyepi tanpa single baru, Sufian Suhaimi muncul dengan single Cinta Tak Bertepi, sebulan lalu. 

Namun, sambutan terhadap karya ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh itu kurang mendapat perhatian, tidak seperti single lain.



Kredit foto: IG Sufian

Sufian bagaimanapun menafikan kecewa Cinta Tak Bertepi kurang diperkatakan, sebaliknya ia mungkin disebabkan beberapa faktor.

"Antaranya, faktor pandemik atau mungkin proses pemilihan lagu agak singkat. Ini disebabkan saya sudah lebih setahun tidak menghasilkan single baharu, jadi ramai peminat bertanya.

"Disebabkan itu, syarikat rakaman Aries Music tanpa berfikir panjang memutuskan mengeluarkan single Cinta Tak Bertepi.

"Namun, promosi tidak dapat dijalankan secara agresif seperti single terdahulu ketika pandemik. Tidak mengapa, saya boleh mencuba lagi dengan mempertaruhkan single lain," katanya kepada BH Online.




Mengulas desas-desus tidak menyambung kontrak bersama Aries Music, Sufian berkata, kontraknya akan tamat pada November ini. 

"Bagaimanapun, saya belum membuat keputusan sama ada mahu menyambung kontrak atau sebaliknya.

"Insya-Allah, saya beri kata putus kepada Aries Music, bulan ini. Kami sudah tentu mencari jalan terbaik untuk kedua-dua pihak.

"Jujurnya, Aries Music banyak membantu saya sejak bergelar penyanyi. Jadi, kita lihat sahaja sama ada saya kekal bersama atau memilih label lain," katanya.

Penyanyi kelahiran Mersing, Johor itu berkata, dia mempunyai beberapa karya baru yang sudah siap, namun, kena berbincang dengan Aries Music.

"Jadi, ini adalah perkara yang saya dan Aries Music kena duduk berbincang sama ada masih boleh bekerjasama atau saya memberikannya kepada label lain, itu belum diputuskan," katanya.



Berkongsi perancangan, Sufian juga calon awal kategori Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 berkata, dia memang teruja mahu berkongsi karya terbaharu yang dihasilkan.

"Saya simpan karya ini agak lama. Keterujaan saya mahu memperdengarkan karya baharu ini seperti menghasilkan single Terakhir dan Di Matamu," katanya.



Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 17-9-2021 03:24 PM
Bagi aku.. dia xsesuai menyanyi. hauk nak mampus.
Kalau penulis lirik aku boleh terima.. Please jangan nyanyi
Quote Orix 17-9-2021 03:32 PM
Suara heols unik. Suka sgat dgar suara dia. Maybe sbb he is the only male singer kt Malaysia ni yg bersuara itik tapi sedap ala2 Adam Levine.
Quote hayrin86 17-9-2021 04:24 PM
ais_kosong replied at 17-9-2021 03:24 PM
Bagi aku.. dia xsesuai menyanyi. hauk nak mampus.
Kalau penulis lirik aku boleh terima.. Please jan ...

Kan.. Dengar lagu di bawah lagi padu daripada lagu zaman sekarang..

[youtube]vzHRiJIinpM[/youtube]

Quote imanjannah 17-9-2021 05:06 PM
boleh la dengar lagu baru ni.. x ada la hauk sgt..
Quote Taniajingga 17-9-2021 06:22 PM
Ingatkn dah hilang.. timbul lagi rupanyerr
Quote laksmanabentan 17-9-2021 06:28 PM
kena la buat kontroversi dulu...
baru la release lagu... apa daaaa....

buat la ala2 bercinta dengan jasmine tu...
lepas tu buat la ala2 hantar bunga 100 kuntum ker...
then naik helikopter ker...
gitu....
Quote rayna_raynes 17-9-2021 06:58 PM
Memang selama ni sendu pun. Lagu pertama je best. Lepas tu jaja kisah peribadi memanjang
Quote LadyCarefree 17-9-2021 09:09 PM
Ooo jd cikgu la suaimi. Banyak pahala kot.
Quote kitmal9545 17-9-2021 09:55 PM
oooh dah keluar lagu...........tak tahu pun memang sendu sesendu sendunya
Quote nakkomenjugak 18-9-2021 03:49 AM
umur baya iol still baby lagi kah?
Quote selyusi 18-9-2021 10:09 AM
Selayaknya sendu asyik memperkudakan awek dan ex ex jurr.. terimalah akibat{:good

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052002 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top