CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Lolos Penjara Guna Helah 'Jadi Orang Lain'

17-9-2021 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2386| Komen: 9

Description: Banduan wanita di Randolph, Amerika Syarikat (AS) berjaya lolos dari penjara selepas menggunakan identiti tahanan lain untuk menipu warden.
Banduan wanita di Randolph, Amerika Syarikat (AS) berjaya lolos dari penjara selepas menggunakan identiti tahanan lain untuk menipu warden.

Memetik laporan ABC 17 News, Ellen Renay Goble, 24, yang dilaporkan memiliki rambut dan anak mata berwarna coklat ditahan atas lima tuduhan.


Menurut Pejabat Sherif Randolph, Goble bukan ancaman kepada orang awam kerana wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah kekerasan.


Kredit foto: abc

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga dan mengelakkan berlaku perkara tidak diingini, pejabat sherif meminta orang ramai sentiasa berhati-hati.

Jelasnya, kejadian itu berlaku apabila Goble menggunakan identiti tahanan lain di penjara itu untuk melarikan diri.

Warden penjara tidak menyedari helah wanita tersebut sehingga diberitahu oleh banduan di penjara itu bahawa Goble ‘berpura-pura menjadi orang lain’.


“Kami segera mencari wanita itu, malah pegawai serta warden juga melakukan pemeriksaan kali kedua dan mengesahkan Goble tidak sepatutnya dibebaskan,” jelasnya.

Sherif Aaron Wilson kini menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mencari Goble dan menyiasat kes banduan yang melarikan diri.

Goble yang tinggal di county Randolph dipercayai bersembunyi di kawasan tersebut.


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 17-9-2021 01:47 PM
Dasar kecimpret makan gaji buta
Quote Kakalongmu 17-9-2021 02:32 PM
Tak lama lagi ada film based on her story
Quote Artemesiaa 17-9-2021 02:35 PM
Macam mana boleh leka sampai macam tu
Quote edayildiz 17-9-2021 03:08 PM
well did the right girl get released too
Quote Suchi 17-9-2021 03:44 PM
Muka dia masih nampak ayu siap tersenyum lagi. Biasa gambar muka banduan semua masam takde nur
Quote nanies 17-9-2021 04:06 PM
aha camne leh terlepas. makan gaji buta kah?
Quote kitmal9545 17-9-2021 09:52 PM
kalau kat sini sure kata guna bomoh.
Quote nakkomenjugak 18-9-2021 03:34 AM
pandai naaaaa..
Quote KamikuP 20-9-2021 04:57 PM
Wah genius ini

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.389291 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top