|
Banduan wanita di Randolph, Amerika Syarikat (AS) berjaya lolos dari penjara selepas menggunakan identiti tahanan lain untuk menipu warden.
Memetik laporan ABC 17 News, Ellen Renay Goble, 24, yang dilaporkan memiliki rambut dan anak mata berwarna coklat ditahan atas lima tuduhan.
Menurut Pejabat Sherif Randolph, Goble bukan ancaman kepada orang awam kerana wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah kekerasan.
Kredit foto: abc
Namun, sebagai langkah berjaga-jaga dan mengelakkan berlaku perkara tidak diingini, pejabat sherif meminta orang ramai sentiasa berhati-hati.
Jelasnya, kejadian itu berlaku apabila Goble menggunakan identiti tahanan lain di penjara itu untuk melarikan diri.
Warden penjara tidak menyedari helah wanita tersebut sehingga diberitahu oleh banduan di penjara itu bahawa Goble ‘berpura-pura menjadi orang lain’.
“Kami segera mencari wanita itu, malah pegawai serta warden juga melakukan pemeriksaan kali kedua dan mengesahkan Goble tidak sepatutnya dibebaskan,” jelasnya.
Sherif Aaron Wilson kini menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mencari Goble dan menyiasat kes banduan yang melarikan diri.
Goble yang tinggal di county Randolph dipercayai bersembunyi di kawasan tersebut.
Sumber: Utusan |
|