CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Boleh Kerja Tak Ada 'Pas Hijau'

17-9-2021 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1794| Komen: 1

Description: Itali memutuskan untuk mewajibkan 'Pas Hijau' ke atas semua pekerja dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 menjelang musim sejuk, tidak lama lagi.
tak ada 'Pas Hijau' tak boleh kerja
Itali memutuskan untuk mewajibkan 'Pas Hijau' ke atas semua pekerja dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 menjelang musim sejuk, tidak lama lagi.


Undang-undang itu bakal menghukum pekerja tidak mendapatkan vaksinasi atau tiada bukti keputusan negatif ujian saringan COVID-19 dijadualkan berkuat kuasa 15 Oktober depan, lapor AFP.


Kredit foto: Informazione.it

"Kewajipan 'Pas Hijau' diperluaskan terhadap seluruh dunia pekerjaan, dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.

"Kami melakukannya berasaskan dua sebab utama iaitu menjadikan tempat berkenaan lebih selamat, dan memperkukuhkan kempen vaksinasi," kata Menteri Kesihatan, Roberto Speranza, pada sidang media selepas kerajaan membuat keputusan berkenaan.

'Pas Hijau' adalah sijil yang menunjukkan sama ada seseorang itu sudah menerima vaksinasi COVID-19, negatif ujian saringan COVID-19 dalam tempoh 48 jam lalu, atau baru sembuh daripada penyakit berkenaan.


Buat masa ini, pas itu diwajibkan untuk makan di restoran, memasuki panggung wayang dan stadium sukan, menaiki kereta api dan bas antara bandar atau penerbangan domestik, serta ke atas guru.

Lebih 40 juta penduduk sudah lengkap vaksinasi di Italy, iaitu bersamaan dengan kira-kira 75 peratus daripada populasi berumur 12 tahun ke atas.

Kerajaan Itali menyasar untuk meningkatkan angka itu sebanyak empat juta penduduk lagi.

Bawah undang-undang baharu itu, mana-mana pekerja yang gagal menunjukkan pas terbabit akan dikenakan denda hingga 1,000 euro (AS$1,200), menurut laporan media.

Malah, menurut laporan itu lagi, ketidakhadiran tanpa kebenaran susulan kegagalan menunjukkan pas, boleh mengakibatkan kakitangan terbabit digantung kerja.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-9-2021 04:51 PM
Ironiknya PAS dan hijau

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036661 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top