CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sylvester Stallone Lelong Sarung Tangan Tinju Rocky RM83,500

17-9-2021 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2408| Komen: 6

Description: Sarung tangan tinju ikonik milik pelakon legenda Sylvester Stallone, 75, bakal dilelong pada harga setinggi RM83,500 di acara Julian's Auctions pada 5 Disember ini.
Sarung tangan tinju ikonik milik pelakon legenda Sylvester Stallone, 75, bakal dilelong pada harga setinggi RM83,500 di acara Julian's Auctions pada 5 Disember ini.

Sarung tangan yang pernah dipakai dalam filem Rocky itu adalah antara koleksi kesayangan Stallone dan akhirnya dilepaskan pelakon terbabit.



Kredit foto: The Hindu

Ketua Pegawai Eksekutif Julien's Auctions, Darren Julien berkata, sarung tangan itu antara yang dilelong daripada lebih 500 barangan lain pada acara berkenaan.

"Sylvester Stallone adalah satu daripada ikon terhebat dan bakatnya luar biasa dalam era abad ke-20 dan ke-21. Dia menjadi lambang bintang Hollywood yang paling berpengaruh.

"Julien's Auctions sangat berbangga dapat menganjurkan acara lelong yang cukup epik ini. Semua barangan datang sepenuhnya daripada nama legenda ini," katanya.


Kredit foto: IG Stallone


Selain itu, beberapa barangan Stallone termasuk prop filem, kostum, skrip asal dan lain-lain juga akan dilelong.

Ia merangkumi barangannya yang digunakan dalam siri filem Rambo, Cliffhanger, Demolition Man, The Specialist, Judge Dredd, Assassins, Escape Plan, Cop Land dan The Expendables.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eragon 17-9-2021 02:17 PM
Sarung tangan tinju adonis creed & apollo creed ada tak ?
Ataupun yg Ivan Drago punya ke.
Quote Artemesiaa 17-9-2021 02:33 PM
Pasti ramai yang nak membidanya nak2 filem Rocky yang menjulang namanya di Hollywood
Quote Buritan 17-9-2021 02:38 PM
Ade jugak org bodo beliii.. pelik aku dgn dunia ni
Quote dani-rox 17-9-2021 07:20 PM
muka pakcik ni pun dah dekat nak sama dgn muka buatan mendiang mak dia. dia org pakai doktor plestik yg sama kah

ai ingat lg kawan ai cerita, org Philadelphia paling menyampah tengok pelancong bergambar dan ambik bideo turun naik tangga kat museum - kunun nak tiru adegan ikonik Rocky la
Quote Austronesian 17-9-2021 09:04 PM
Edited by Austronesian at 17-9-2021 09:08 PM

Tak nampak sgt nama brand tapi nampak mcm Everlast. Famous sgt dia ni tapi ada org ckp karakter filem Arnold lagi ikonik. Pigilah. Rambo watak paling femes filem action hollywood kot sampai ada pisau rambo lagi.
Quote nakkomenjugak 18-9-2021 03:35 AM
seluar boxer tu jual ke idok?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041729 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top