CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Gembira Tengok Anak Besar Depan Mata -"Bayangkan Kalau Saya Bekerja Seperti Biasa"

15-9-2021 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22381| Komen: 129

Description: Sama seperti kebanyakan ibu bapa lain, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tidak terkecuali melahirkan rasa simpati terhadap perkembangan dan pergaulan anak-anaknya di waktu pa ...
Sama seperti kebanyakan ibu bapa lain, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tidak terkecuali melahirkan rasa simpati terhadap perkembangan dan pergaulan anak-anaknya di waktu pandemik Covid-19.


Ujar Siti, dia percaya perkembangan dan pergaulan anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sedikit-sebanyak terkesan apabila membesar dalam suasana pandemik.


Kredit foto: IG


“Aafiyah mungkin sedikit beruntung kerana sebelum ini dia pernah merasai pengalaman mengikuti saya bekerja, melihat konsert saya dan pernah merasai naik kapal terbang ke luar negara.

“Tetapi selepas pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, semuanya berubah. Jadi saya dan suami perlu cari pendekatan lain supaya dia (Aafiyah) tidak ketinggalan,” ujarnya kepada Kosmo! Online.





Memandangkan pengasuh kepada Aafiyah, Dayah Zubit telah berhenti kerja selepas mendirikan rumah tangga, Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah mengambil pendekatan dengan mengupah seorang guru untuk mengajar Aafiyah di rumah.

“Memandangkan Dayah telah berhenti kerja, saya telah mengupah seorang guru untuk mengajar Aafiyah di rumah. Setiap hari dia akan belajar dan melakukan aktiviti menarik.

“Dekat situ saya nampak perkembangan positif Aafiyah dari sudut mental dan dia juga tidak hanya tertumpu dengan gadjet semata-mata,” jelasnya.

Dalam pada itu, penyanyi yang mula mencipta nama selepas memenangi pertandingan Bintang Hiburan Minggu Ini (MHI) 1995 itu juga sempat berkongsi momen ketika Aafiyah dibawa keluar bersiar-siar menaiki kereta selepas lama ‘berkurung’.



Ujar pelantun lagu Jerat Percintaan itu, dia berasa kasihan melihat reaksi ‘teruja’ Aafiyah ketika dibawa keluar bersiar-siar walaupun hanya menaiki kereta.

“Dia sangat teruja bila tengok banyak kenderaan di atas jalan raya. Tengok lampu yang cantik-cantik. Sampai satu tahap saya jadi kesian kerana betapa terkesannya dia apabila tidak bebas untuk keluar rumah,”

“Untuk Afwa pula, dia masih kecil dan tidak berapa faham. Saya bersyukur ada hikmah sepanjang PKP apabila saya dapat luangkan lebih masa untuk anak-anak

“Gembiralah hati saya dapat melihat anak-anak membesar depan mata. Bayangkan kalau saya bekerja seperti biasa (normal), tak boleh tengok anak-anak sepanjang hari,” Jadi ujar Siti.



Siti yang ditemui ketika sidang media secara virtual Majlis Ulang Tahun Kedua Beausiti Stronger 2Gether hari ini juga turut meluahkan hasrat dan kerinduan untuk mengadakan konsert jika keadaan semasa mengizinkan bersempena ulang tahun ke-25 pembabitannya dalam dunia seni hiburan.

“Saya teringin untuk adakan sebuah konsert bersempena ulang tahun ke-25 pembabitan saya dalam dunia nyanyian. Insya-Allah kalau diberi kebenaran oleh pihak kerajaan, saya akan fikirkan perkara itu nanti,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-9-2021 01:11 PM
Dah takde class dia ni..
Quote JohnyEnglish 15-9-2021 01:14 PM
untung la kau x yah kje opis hour mcm org lain
Quote Nozot 15-9-2021 01:15 PM
Lame betul statement dia..
Quote exclusive_vvip 15-9-2021 01:15 PM
tapi part mengasuh,bagi susu,bagi tido tetap la orang lain yg buat walaupun ibunya ada lebih byk masa dlm umah..hihi
Quote noor2 15-9-2021 01:20 PM
Kejap nampak muka bulat...kejap nampak kurus...mana satu yg real CT ni...ke ada video yg boleh buat muka dan badan nampak kurus dan berseri..
Quote Suchi 15-9-2021 01:24 PM
Laa benti dah dayah tu ye.
Susah gak amik yg single ni sampai masa dia pun ada kehidupan dia sendiri.

Umah tokti pun mmg ramai pembantu kan, penah nampak video2 org gaji dia pakai uniform tgh kemas2 kat bilik susun pakaian bagai.

Quote Nozot 15-9-2021 01:25 PM
exclusive_vvip replied at 15-9-2021 01:15 PM
tapi part mengasuh,bagi susu,bagi tido tetap la orang lain yg buat walaupun ibunya ada lebih byk mas ...

kan...memang la duit banyak boleh ia hire 24 hours nanny.
Quote pencintaABC 15-9-2021 01:27 PM
Kalau rumah cm istana pun anak bosan ko bygkan la yg ibu2 jaga anak2 kat rumah flat sekangkang kera
Quote Afifi82 15-9-2021 01:29 PM
Bambamnya pipi yang kecik tu
Quote tombolpintu 15-9-2021 01:38 PM
pencintaABC replied at 15-9-2021 01:27 PM
Kalau rumah cm istana pun anak bosan ko bygkan la yg ibu2 jaga anak2 kat rumah flat sekangkang kera

Menangis baca statement ko nih...wpun itu la hakikatnya..nak kalau anak ramai tp bilik 2 je
Quote Piramida 15-9-2021 02:02 PM
Lately rasa makin poyo....
Dan mkin nampak nenek tua kunyah2 sireh. Terganggu tengok mulut dia if dia live ke bercakap ke.
Quote meteorspeed 15-9-2021 02:05 PM
exclusive_vvip replied at 15-9-2021 01:15 PM
tapi part mengasuh,bagi susu,bagi tido tetap la orang lain yg buat walaupun ibunya ada lebih byk mas ...

Kihkih that the point.. Kita yg bekerja nie semua buat.. Tak mmapu pakai org gaji
Quote imanjannah 15-9-2021 02:28 PM
lain tengok bibir siti sekarang
Quote kitmal9545 15-9-2021 02:31 PM
memang tak pernah terbayang siti kerja opis ke...atau buka kedai makan nasi ayam
Quote pencintaABC 15-9-2021 02:40 PM
tombolpintu replied at 15-9-2021 01:38 PM
Menangis baca statement ko nih...wpun itu la hakikatnya..nak kalau anak ramai tp bilik 2 je

Kan? Ade yg mak ayah hilang kerja...gajet tak ada kena kongsi adik beradik nak join kelas online..duduk bersempit kat rumah flat...so artikel pasal penyanyi bernombor ni I rasa sgt tone deaf & insensitive tentang situasi semasa rakyat bawah.
Quote kads 15-9-2021 03:06 PM
Still...kesian jadi anak org ternama ni...x dpt merasa bermain dengan rakan sebaya
Quote xAthenax 15-9-2021 03:21 PM
Poyo
ko ingat orang lain kerja sebab nak ke
periuk nasi orang kot
ko lain lah.. untuk menambah kemewahan
Quote Nizleen86 15-9-2021 03:40 PM
Edited by Nizleen86 at 15-9-2021 03:43 PM

Aku rasa maksud mak iti ni kerja mcm biasa tu maknanya kalau dia kena keluar bekerja buat show, promote product, photoshoot mcm tu la kot. Kira bz la kehidupannya. Time pandemik ni takde la nak buat semua tu. Bukan maksud dia kalau dia kerja ofis mcm kita ni. Kita2 ni kalau mampu pun nak hire nanny butler bagai. Biar lebih banyak masa utk diri sendiri kan.

But still mak iti ni dah kurus ke maintain je?
Quote makadek 15-9-2021 04:26 PM
Cantik mekap ..nampak iras mua bella tu pn ado

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.057139 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top