CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Angkat Kaki' Lagi, Ahmad Idham Pindah Ke Kementerian Bertaraf Diplomat Pula

12-9-2021 11:38 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8471| Komen: 33|Original author: Oleh: LilRose

Description: Ahmad Idham sekali lagi 'angkat kaki' selepas 15 bulan menggalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Ahmad Idham sekali lagi 'angkat kaki' selepas 15 bulan menggalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).


Kredit foto: IG

Memetik mStar, Ahmad Idham menamatkan kontraknya secara mengejut pada Khamis lalu.

"Sedih kerana terpaksa melepaskan ketua komandan, tentulah rasa kehilangannya. Kami (Ahli Lembaga Finas) berjuang bersama dalam membantu menggerakkan dan membangunkan industri seni kreatif pada era pandemik.

"Terlalu banyak agenda dirancang dan dilaksanakan. Walaupun antaranya masih tertangguh dan baru hendak bermula disebabkan penularan serta peningkatan kes Covid-19," kata pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid seperti dilapor sebuah portal berita yang dipetik mStar.



Kredit foto: IG

Bagaimanpaun, dalam duka ada suka apabila Ahmad Idham dilaporkan akan berpindah ke sebuah kementerian bertaraf diplomat.

Walaupun tugasannya masih berkaitan dunia seni, kreatif dan budaya, ia lebih mencabar kerana dia akan membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia.

"Dalam bersedih, kami tetap gembira dengan lonjakan kerjaya Ahmad Idham.

"Apa yang dilihat, ia membuka ruang lebih besar untuk Ahmad Idham mengembangkan industri kreatif ke peringkat global. Kami mengharapkan Ahmad Idham dapat melaksanakan tugasan baharu dengan lebih cemerlang," tambahnya.


Kredit foto: IG

Pada 9 Disember 2019, pengarah dan penerbit itu meletakkan jawatan selepas dilantik menjadi CEO Finas pada 14 Mac 2019.

Ahmad Idham bagaimanapun kembali menggalas jawatan itu tiga bulan kemudian iaitu pada 5 Jun 2020.

Walaupun mengangkat kaki dari Finas, namun Ahmad Idham berdepan tanggungjawab lebih mencabar. - CARI
4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 12-9-2021 11:42 PM
"..... ia lebih mencabar kerana dia akan membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia".
Hmmm okay.


Quote ezacbee 12-9-2021 11:42 PM
Rasa nak tgk balik cite Cinderella
Tibe...
Quote dudaberhias 12-9-2021 11:47 PM
nakkomenjugak replied at 12-9-2021 11:42 PM
"..... ia lebih mencabar kerana dia akan membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia".
Hmmm okay. ...

Tapi poster film ni international sangat, filem dia pun sangat sedih, iols menangis last sekali sebab habis duit begitu saja lesap duit ku untuk filem sampah ini. Baik beli kek mamasabariah, kurang2 boleh kambuih buat tambak tapak rumah baru untuk di bina.
Quote nakkomenjugak 12-9-2021 11:52 PM
dudaberhias replied at 12-9-2021 11:47 PM
Tapi poster film ni international sangat, filem dia pun sangat sedih, iols menangis last sekali se ...

Hahahahah dapat iol rasakan penyesalan donya akhirat kakadud lepas tengok cerita sis mad dehem ni. Kalau laa boleh putar balik masa ala2 spinning wheel roda impian yach kakadud
Quote truesonic 13-9-2021 12:08 AM
Aku masih tak faham Naper dulu2 dia layak jadik hero
Quote Acikgomen 13-9-2021 12:44 AM
Hahhaahha another syaitonnn nak masuk kementerian
Mari kita lihat sapa yg kena
Quote TeropongThaico 13-9-2021 01:13 AM
Wow wow wow
Quote fefeeling 13-9-2021 01:18 AM
nakkomenjugak replied at 12-9-2021 11:42 PM
"..... ia lebih mencabar kerana dia akan membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia".
Hmmm okay. ...

Poster ni berlipat empat ke cane
Quote biskut_milo 13-9-2021 01:30 AM
Tok Han sure hapi
Quote LadyCarefree 13-9-2021 02:10 AM
Rasa nak carut je
Quote Adrif 13-9-2021 02:40 AM
truesonic replied at 13-9-2021 12:08 AM
Aku masih tak faham Naper dulu2 dia layak jadik hero

saya terhibur    
Quote lanse 13-9-2021 04:42 AM
Abis laa....
Quote Cik_jantung 13-9-2021 07:08 AM
truesonic replied at 13-9-2021 12:08 AM
Aku masih tak faham Naper dulu2 dia layak jadik hero

Sbb masa itu jakfer belum ada.. SY.. AH.. ZA semua blum.muncul...
Quote smeetasmitten 13-9-2021 07:09 AM
Aflix apa cerita
Quote Raman 13-9-2021 07:18 AM
Bertaraf diplomat? Kenapa mengapa bagaimana? Berapa gaji dia yang dibayar dan menggunakan duit siapa?
Quote Itzy 13-9-2021 08:12 AM
dudaberhias: Tapi poster film ni international sangat, filem dia pun sangat sedih, iols menangis last sekali sebab habis duit begitu saja lesap duit ku untuk filem ...


Kau sendiri nak tonton filem dia lepas tu kau complaint sana sini. Aku selalu gak tengok filem atau movie tak bermutu tinggi tapi dah tu pilihan yg aku buat, terima je la. Takde pun nak bising kata karya orang lain tu sampah. Kalau tak suka jangan tengok tapi kau gatal gak nak tengok. Aku filem atau movie melayu ni jarang nak tengok kecuali drama melayu yg free kat tv. Sebab dah tahu membosankan.
Quote airmineral 13-9-2021 09:06 AM
urm...xperlu kot...
Quote trexxxxxi 13-9-2021 09:15 AM
Heshe mendonia yach
Meol ingatkan heshe duduk umah main dgn cucu jah

Quote ckenj 13-9-2021 09:22 AM
org gomen ek....lantikan politik?hahhahahah

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.054077 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top