CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyesal Suntik Filler RM74,000, Tapi Muka Tetap Tak Cantik

10-9-2021 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7864| Komen: 49

Description: Brazil: Seorang model menyesal selepas melabur sebanyak 13,000 pound sterling (RM74,000) semata-mata menjalani pembedahan suntikan ‘filler’ di wajahnya.
Brazil: Seorang model menyesal selepas melabur sebanyak 13,000 pound sterling (RM74,000) semata-mata menjalani pembedahan suntikan ‘filler’ di wajahnya. 

Lapor Daily Star, tujuan wanita itu melakukan sedemikian supaya kelihatan cantik apabila memuat naik gambarnya dalam media sosial tanpa menggunakan sebarang filter.

Carol Tozaki yang pernah memegang takhta Miss Sao Paulo Intercontinental akhirnya terpaksa berehat seketika daripada aktif di media sosial selepas menyedari wajahnya kelihatan buruk.


Foto: Daily Star

“Saya mahu jujur dan tidak mahu menggunakan sebarang filter. Kita perlu berbangga dengan kecantikan sebenar.

“Penggunaan filter semasa menangkap gambar hanyalah toksik semata-mata,” katanya sebelum melakukan pembedahan tersebut.

Kenyataan itu mengundang kutukan pengguna media sosial yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

Disebabkan hasrat yang diinginkan tidak tercapai, dia berjumpa doktor semula untuk mengembalikan wajahnya seperti asal.

Model kelahiran Brazil ini bukanlah satu-satunya selebriti yang memutuskan melakukan pembedahan untuk mengembalikan wajahnya seperti asal.

Sebelum ini, bintang realiti, Molly Mae Hague melakukan pembedahan semula kerana dia pernah menjalani pembedahan kosmetik semasa zaman muda. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 10-9-2021 10:30 AM
selalunya yg mmg dah cantik asli yg rajin ubah2 ni..tgk bibir acik zila b..pelik nau terjuih..dah serupa hantu ..dulu kan noniswara kan masa cerai tu..katanya laki ckp dia suka cocok botok sampai buruk mcm hantu.
Quote Artemesiaa 10-9-2021 10:41 AM
Orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang2
Quote harisbee 10-9-2021 10:52 AM
desperate nak pikat jantan ke?
Quote Guccibamboo 10-9-2021 10:53 AM
Tula kan....zaman skrg ni...ade yg cantik sbb filter ...ade yg cantik sbb filler.
Syukur I dah cantik secara semulajadi
Quote Acikgomen 10-9-2021 10:56 AM
edayildiz replied at 10-9-2021 10:30 AM
selalunya yg mmg dah cantik asli yg rajin ubah2 ni..tgk bibir acik zila b..pelik nau terjuih..dah se ...

Khennnnz zilabakarin tu kalo tak cucuk, cantik apa
Quote mclaren 10-9-2021 10:56 AM
edayildiz: selalunya yg mmg dah cantik asli yg rajin ubah2 ni..tgk bibir acik zila b..pelik nau terjuih..dah serupa hantu ..dulu kan noniswara kan masa cerai tu. ...


Mcm Cat woman tu. Jocelyn Wilderstein ke apa nama lupa dah. Punya lah cantik tengok gambar muda dia.

Seorang lagi aktor zaman dulu Mickey Rourke. Jadi hodoh betul banding muka dulu handsome.
Quote sarah82 10-9-2021 10:58 AM
Mana gambar sebelum filler dan selepas filler?
Quote hasniey 10-9-2021 11:02 AM
Gambar after jd buruk xde ke
Quote rospinki 10-9-2021 11:04 AM
tu la dok belek ceremin siang malam cantik ek aku ni..lihatlah dunia!

cantik tu pinjaman saja..jenuhla nk mikir siang malam menten cantik smpi bercucuk cucuk. duhhh penat sih..baik aku cuci jamban.
Quote TravellingBear 10-9-2021 11:18 AM
Edited by TravellingBear at 10-9-2021 02:08 PM

L N  menyesal ke tak hidung sama macam tuntung
Quote edayildiz 10-9-2021 11:22 AM
Acikgomen replied at 10-9-2021 10:56 AM
Khennnnz zilabakarin tu kalo tak cucuk, cantik apa

aritu i tertengok cite yg dia berlakon jd mak aprena manrose..hazab sgt bibir terjuih wpn dia berlakon jd mak bertudung jah tp nampak mak tiri jahat gitoh bila bkk mulut
Quote edayildiz 10-9-2021 11:24 AM
mclaren replied at 10-9-2021 10:56 AM
Mcm Cat woman tu. Jocelyn Wilderstein ke apa nama lupa dah. Punya lah cantik tengok gambar muda  ...


jocelyn tu mcm kak pink sikit kan muka dia
dorg ubah byk kali kot..i rasa lalau sekali ubah xjd gitu kot..pakcik mickey tu pun huduh..dah jd ropa bapuk lak..pdhl sblm hensem mcm goorge clooney gitoh
Quote noor2 10-9-2021 11:26 AM
Tang mana x cantiknya ...cantik je aku tengok
Quote akuchenta 10-9-2021 11:29 AM
Cantik je carol ni di ig. Xde pun nampak muka buruk sbb filler
Quote Acikgomen 10-9-2021 11:33 AM
Sorang lagi cucuk went wrong si nasha Aziz tuh
Makkkk aiiii buruk nau dgn pipi nampak sgt fake, idong mcm Pinocchio
Quote Suchi 10-9-2021 11:33 AM
Nak cantik tanpa filter konon so takyah la mekap juga.
#nofilter
#nomakeup

Ni semua toksik kat socmed.
Ada sorang kenalan ni gigih tul bila post gambo kat socmed letak # itu pastu kadang siap caption bitau dlm gambar ni kami tak pakai bedak.
Motif nak org puji ker??
Quote mclaren 10-9-2021 12:04 PM
edayildiz replied at 10-9-2021 11:24 AM
jocelyn tu mcm kak pink sikit kan muka dia
dorg ubah byk kali kot..i rasa lalau sekali  ...

Kak pink? Now that you've mentioned......

Tak pernah terperasan sebelum ni
Quote edayildiz 10-9-2021 12:09 PM
Guccibamboo replied at 10-9-2021 10:53 AM
Tula kan....zaman skrg ni...ade yg cantik sbb filter ...ade yg cantik sbb filler.
Syukur I dah cant ...

wah natural beauty sis..kita geng
Quote edayildiz 10-9-2021 12:10 PM
mclaren replied at 10-9-2021 12:04 PM
Kak pink? Now that you've mentioned......

Tak pernah terperasan sebelum ni

hihi

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.062971 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top