CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Semakin Kurus, Sherry Ibrahim Sakit?

6-9-2021 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 932| Komen: 1

Description: Pelakon Sherry Ibrahim menafikan dakwaan bahawa dia sedang jatuh sakit walaupun mengalami penurunan berat badan sebanyak beberapa kilogram sejak akhir-akhir ini.
Pelakon Sherry Ibrahim menafikan dakwaan bahawa dia sedang jatuh sakit walaupun mengalami penurunan berat badan sebanyak beberapa kilogram sejak akhir-akhir ini.

Sherry yang juga seorang usahawan itu sebaliknya memberitahu, dia kehilangan berat badan kerana kurang selera makan selain terlalu sibuk menguruskan perniagaan salun miliknya sejak dibenarkan untuk kembali beroperasi semula pada 16 Ogos lalu.


Foto: IG

“Saya baik-baik sahaja. Benar saya kehilangan beberapa kilogram berat badan sebab sejak akhir-akhir ini saya tidak ada selera makan.

“Nak berehat pun tidak cukup masa tambahan pula saya tidak mempunyai cuti walaupun sehari sejak salun dibenarkan kembali beroperasi,” katanya dalam satu hantaran dalam Instagram.


Biarpun mengakui sangat penat, namun Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 38, bersyukur kerana boleh kembali membuka perniagaan salun rambut miliknya yang terletak di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur.



Dia juga tidak tahu bagaimana khabar angin yang mengatakan dirinya kini sedang jatuh sakit timbul sehingga menerima banyak pertanyaan daripada peminat dan juga kenalan rakan artis.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana berita yang mengatakan saya sedang sakit boleh timbul. Tapi Alhamdulillah, saya sihat-sihat sahaja. Cuma sibuk sikit hingga saya terlupa nak makan. Berat pun turun beberapa kilogram,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.



Tambah pelakon drama Teduhan Kasih itu lagi, walaupun perniagaan salun rambut yang diusahakan hari ini tidak ‘serancak’ seperti sebelum pandemik, dia bersyukur masih boleh meneruskan perniagaannya itu sehingga ke hari ini.

“Selepas dibenarkan untuk beroperasi, saya berasa sangat gembira. Tapi saya tidak boleh ambil pelanggan sesuka hati seperti sebelum ini.




“Saya hanya menerima pelanggan yang sudah lengkap dua dos vaksin dan mereka harus menunjukkan sijil vaksinasi digital sebagai bukti,” katanya.

Sementara itu, Sherry turut menitipkan doa supaya mereka yang sedang dihimpit kesusahan supaya berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote auntyonion 6-9-2021 02:39 PM
Kenapalah suka sgt pakai baju singkat suar sendat mcm tu lps tu upload {:dot

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.104788 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top