CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malam Pertama Tunda!- Suami Kasar Masa Bersanding, Baling Beras Ke Muka Muka Isteri

6-9-2021 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5923| Komen: 27

Description: Jakarta – Sebuah video yang menunjukkan pasangan pengantin lelaki secara tidak sengaja telah ‘mengasari’ isterinya ketika menjalani satu upacara adat perkahwinan tular di media sosial, lapor laman ...
Jakarta – Sebuah video yang menunjukkan pasangan pengantin lelaki secara tidak sengaja telah ‘mengasari’ isterinya ketika menjalani satu upacara adat perkahwinan tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.


Menerusi video yang dimuat naik oleh sebuah akun di aplikasi sosial TikTok itu, kedua-dua orang mempelai dilihat sedang berdiri secara berhadapan sambil melemparkan butiran beras ke arah satu sama lain bagi menjalani satu upacara adat perkahwinan masyarakat Jawa.

Akibat terlalu ‘bersemangat’, pengantin lelaki telah melemparkan beras dengan kuat ke arah wajah pengantin perempuan sehingga menyebabkan dia kesakitan. 

Menyedari hal itu, beberapa individu yang berada berdekatan pasangan itu meminta pengantin lelaki untuk melakukan upacara itu secara perlahan-lahan dan dengan gerakan yang lebih lembut.

Foto: Suara.com


Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan pelbagai komen dan rata-ratanya mengusik pengantin lelaki bahawa dia terpaksa ‘melupakan sahaja malam pertamanya’ susulan lemparan kuat itu.

“Automatik batal malam pertamanya,” tulis seorang netizen.

“Malam pertamanya bakal ditunda,” tulis netizen lain.

Video tersebut sudah ditonton lebih 20,000 kali dengan lebih 11,000 tanda suka. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 6-9-2021 10:32 AM
Gelojohnyaa. . Koh koh koh
Quote shernazz 6-9-2021 10:37 AM
Praktis le tuuuu
Campak beras dolu
Nnt.campak.lain.plak
Quote copy_paste 6-9-2021 12:15 PM
video mana video........
Quote Primadonafera 6-9-2021 01:49 PM
tu saje nk bagi tanda tu "toksah nk over, beras aku yg beli"..
Quote KamikuP 6-9-2021 02:24 PM
Gelojohnya la hai
Quote tumpanglalu74 6-9-2021 02:24 PM
Menggambarkan bakal ditampor & ditempeleng di kemudian hari.  Best bet, jadi je le jande berhias.  Esok luse ko cari somi baru..
Quote Suchi 6-9-2021 02:30 PM
Relevan lagi ke istilah malam pertama di tahun 2021 ini?
Quote kakikuDibibirmu 6-9-2021 02:33 PM
Direnjis-renjis dihiris, ditepungilah tawar, hai BERAS KUNYIT bertabur...
Quote imanjannah 6-9-2021 03:34 PM
teringt tgok video negara mna ntah, disepak muka isterinya masa perempuan tu mcm main2 nak suap kek.. kesiann betul.. huhu
Quote nononcrux 6-9-2021 04:06 PM
hahah padan muko
Quote edayildiz 6-9-2021 04:22 PM
Edited by Xim at 6-9-2021 06:03 PM

mcm2 la di indon

nah bideo..xreti tepek
https://fb.watch/7RxTLnwLYn/
Quote Xim 6-9-2021 06:04 PM
edayildiz replied at 6-9-2021 04:22 PM
mcm2 la di indon

nah bideo..xreti tepek

Takdo pun....kenapa keluar kpop plak
Quote edayildiz 6-9-2021 06:35 PM
Xim replied at 6-9-2021 06:04 PM
Takdo pun....kenapa keluar kpop plak

haha adoi salah tepek
ni yg betul haha

https://vt.tiktok.com/ZSJTK5mx7/
Quote Xim 6-9-2021 06:37 PM
edayildiz replied at 6-9-2021 06:35 PM
haha adoi salah tepek
ni yg betul haha

Macam nak halau hantu
[tiktok]https://vt.tiktok.com/ZSJTKmo3x/[/tiktok]

Quote mbhcsf 6-9-2021 06:43 PM
tapi tak lawan isteri abang Jamel menepung tawaq  masa babakpersandingan 2nd wife tu  dalam madu tiga , habaq hang.....disenyoh terus muka  madunya tu  wow epic hahahahahahah
Quote mbhcsf 6-9-2021 06:45 PM
ni dia campak beras kan , rugi sangat aih beras diperlakukan sedemikian.
Quote edayildiz 6-9-2021 06:46 PM
Xim replied at 6-9-2021 06:37 PM
Macam nak halau hantu

khenzz hihi

Quote nakkomenjugak 6-9-2021 07:14 PM
hamboiiii marah nampak
Quote Fortiori02 7-9-2021 07:09 PM
Gemuruh kot pgantin lakinya, huhu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.079156 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top