CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Facebook Label Lelaki Kulit Hitam Sebagai Beruk, Tak Sengaja Katanya

6-9-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2702| Komen: 6

Description: California – Syarikat teknologi sosial gergasi Facebook kelmarin menyekat ciri rekomendasi topik selepas tersilap melabel video lelaki kulit hitam sebagai ‘haiwan primat’ atau beruk menerusi peris ...
California – Syarikat teknologi sosial gergasi Facebook kelmarin  menyekat ciri rekomendasi topik selepas tersilap melabel video lelaki kulit hitam sebagai ‘haiwan primat’ atau beruk menerusi perisian pengecaman wajah pada laman itu, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin. 


Seorang jurucakap Facebook berkata, kesilapan tersebut  ‘tidak boleh diterima’ dan memberitahu bahawa perisian rekomendasi itu telah dikeluarkan.

“Kami memohon maaf kepada sesiapa yang telah terlihat rekomendasi yang menyinggung perasaan itu.

“Kami menyekat keseluruhan topik rekomendasi itu supaya boleh menyiasat puncanya serta mengelak perkara serupa daripada berulang,” kata Facebook.

Foto: Bangkok Post


Perisian pengecaman wajah telah diselar oleh pejuang hak sivil yang mengatakan terdapat masalah pada ketepatannya terutama sekali membabitkan orang kulit hitam.

Video bertarikh Jun 2020 itu disiarkan oleh penerbitan MailOnline bertajuk White men calls cops on black men at marina.

Tangkap layar rekomendasi itu dikongsikan di laman sosial Twitter oleh bekas pengurus reka bentuk kandungan Facebook, Darci Groves. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 6-9-2021 02:51 PM
Syarikat teknologi sosial gergasi Facebook kelmarin  menyekat ciri rekomendasi topik selepas tersilap melabel video lelaki kulit hitam sebagai ‘haiwan primat’ atau beruk menerusi perisian pengecaman wajah pada laman itu, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin.
Quote edee_91 6-9-2021 03:22 PM
bukti teori darwin manusia dari beruk adalah benar.

Quote sharlenetexas 6-9-2021 03:23 PM
Hitam - haiwan primat
Putih - babi ternak

Quote nakkomenjugak 6-9-2021 07:13 PM
hehehhe
mendapat lerrrr kome
dulu ad h&m murica pun gitu jugak
budak laki dari BLM pakai baju ada tulisan monyet
terusssss outrage
Quote KamikuP 30-9-2021 01:11 PM
mana black livers matter? takde boikot boikot kah?
Quote edayildiz 30-9-2021 01:18 PM
geng BLM sila boikot fesbuk

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.049938 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top