CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Staf Alibaba Dipecat Bocor Maklumat Serangan Seksual

31-8-2021 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3175| Komen: 11

Description: Alibaba Group Holding Ltd. memecat 10 pekerja kerana mendedahkan tuduhan serangan seksual seorang rakan kerja wanita yang dibuat terhadap seorang bekas pengurus.
Alibaba Group Holding Ltd. memecat 10 pekerja kerana mendedahkan tuduhan serangan seksual seorang rakan kerja wanita yang dibuat terhadap seorang bekas pengurus.

Berita Mediacorp memetik Reuters melaporkan, syarikat itu memecat 10 pekerja tersebut kerana berkongsi petikan layar catatan wanita berkenaan di wadah yang menunjukkan identiti mereka.


Mereka dipecat kerana melanggar dasar yang menentang perihal mendedahkan kandungan di forum pekerja, lapor Bloomberg.


Kredit foto: AFP

Sementara itu, tiga lagi pekerja ditegur kerana membuat komen tidak sesuai di forum awam berkenaan.

Alibaba bagaimanapun enggan mengulas tentang laporan tersebut.

Terdahulu, seorang kakitangan wanita memuat naik catatan pengalamannya sepanjang 11 muka surat di intranet Alibaba pada awal Ogos lalu.

Beliau menuduh pengurus serta seorang pelanggan pernah melakukan serangan seksual terhadapnya.


Tambahnya, pegawai atasan dan jabatan sumber manusia tidak memandang serius terhadap perkara itu dalam tempoh lima hari sejak melaporkan insiden tersebut.

Alibaba memecat pengurus yang dituduh melakukan serangan seksual, tetapi dikecam media tempatan kerana tidak bertindak sehingga penuduh membuka mulut kepada awam.

Syarikat e-dagang itu memutuskan untuk memecat 10 pekerja selepas selesai menjalankan siasatan dalaman dan tidak mengumumkan keputusan muktamad hasil siasatan tersebut secara terbuka.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TravellingBear 31-8-2021 12:02 PM
ok noted. jangan gossip pasal tempat kerja korang kat public forum.
Quote annehuda 31-8-2021 12:10 PM
Bos alibaba ni lah jugak kan yg tekan pekerja die. Pergi toilet ada timing tak bleh lebih 10min. Same je mcm bos amazon tu, pekerja tak boleh duduk langsung
Quote edayildiz 31-8-2021 12:19 PM
alang2 bila nth boss perempuan yitu ..actually bkn boss sgt.tp org atas dr i jer..nk kena kobid..jahat sgt perangainya..i lawan sikit jer..sheols balas bom atom kt i..pig sgt perangainya..
well,  jack ma kan nama boss ali baba..yg org ckp muka heols serias tikus bendang malaysia..berangan jer la..heols tu lg hnsem..
yg 10 org kena buang tu mayb ada update kt fb/ ig..nasib la cari jer la kerja lain..
Quote edayildiz 31-8-2021 12:21 PM
yih xhensem jack ma..bye

Quote becir 31-8-2021 12:28 PM
Jack ma pun dah senyap...masuk concentration camp apa? Karma is real..

Quote kitmal9545 31-8-2021 12:35 PM
Ali Baba dah hampir kena cancel di China...
Quote edee_91 31-8-2021 12:40 PM
annehuda replied at 31-8-2021 12:10 PM
Bos alibaba ni lah jugak kan yg tekan pekerja die. Pergi toilet ada timing tak bleh lebih 10min. Sam ...

sebab tu aku tak pernah nak sanjung manusia2 top 10 top 30 top 50 waima top 1000 terkaya sekali pun ni. sebab benda yang kau cakap tulah. In every rich man, there are 1000 suffering slaves behind him.
Quote nakkomenjugak 31-8-2021 01:30 PM
yihhhhhh
salahlaku dok sapu2 bawah karpet
duit duit duit duit tenaga buruh tenaga manusia yang dikerah biar sampai tulang
hmmmm
Quote merrissa 1-9-2021 05:32 PM
annehuda replied at 31-8-2021 12:10 PM
Bos alibaba ni lah jugak kan yg tekan pekerja die. Pergi toilet ada timing tak bleh lebih 10min. Sam ...

haah kan smpai pekerja kene berkhemah dekt dgn warehouse
tp kite happy la...brng kite nk tu sampai cepat

giler best ...dh la murah amazon prime tu.....tv dpt..brng pon dpt cpt...nk return pon mudah
Quote merrissa 1-9-2021 05:37 PM
edee_91 replied at 31-8-2021 12:40 PM
sebab tu aku tak pernah nak sanjung manusia2 top 10 top 30 top 50 waima top 1000 terkaya sekali pu ...

alaaaa samalah hakikat di dunia pekerjaan pon..yg dpt nama org atas...yg buat keje nak mati tu org bawahan yg nama dia x dipetik langsung ponnnn
Quote scorpionkiki 12-9-2021 10:34 PM
Edited by scorpionkiki at 12-9-2021 10:37 PM
kitmal9545: Ali Baba dah hampir kena cancel di China...


Kan....artist bwh jack ma pun mcm kena cancel beramai2 dah tu. Hunan tv pun tunggu masa...yg best tu depa nak taici pd xiao zhan sbg salah sorang yg nak kena cancel, aleh2 dia dipilih govt china jd ambassador asean games  

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.047139 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top