CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Menteri Afghanistan Kini Kayuh Basikal Hantar Piza

30-8-2021 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3845| Komen: 27

Description: Bekas Menteri Informasi Afghanistan, Syed Ahmad Shah Saadat yang kini mendapat perlindungan suaka di Leipzig, dilaporkan meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai penghantar makanan.
Bekas Menteri Informasi Afghanistan, Syed Ahmad Shah Saadat yang kini mendapat perlindungan suaka di Leipzig, dilaporkan meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai penghantar makanan.

Media tempatan berjaya merakamkan gambar Syed Ahmad dalam perjalanan menghantar pesanan piza kepada pelanggannya di Leipzig.



Kredit foto: The Quint

Beberapa keping foto yang menyaksikan Syed Ahmad menaiki basikalnya di sekitar bandar dan menghantar pesanan dari pintu ke pintu dikongsi media tempatan dan Al Jazeera Arabia sebelum ia menjadi tular.

Syed Ahmad sudah setahun meninggalkan Afghanistan selepas bimbang dengan agenda Taliban dan kini terpaksa menyara kehidupannya dengan pekerjaan baharu itu.

Beliau juga dilaporkan mengesahkan bahawa gambar yang tular di media sosial adalah dirinya ketika temu bual bersama Sky News Arabia.

Sementara itu, wartawan Jerman yang mendakwa melihat Syed Ahmad di jalan turut menegur bekas menteri itu sebelum menceritakannya semula di Twitter.



Kredit foto: Reuters

"Beberapa hari lalu, saya menemui lelaki yang mengakui dirinya adalah Menteri Informasi Afghanistan, dua tahun lalu. Saya bertanya kepada beliau, apa yang dibuatnya di Leipzig.

"Beliau memberitahu bahawa sedang menghantar pesanan melalui perkhidmatan penghantar makanan Lieferando," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 30-8-2021 10:44 AM
kalau menteri2 kat negara isketambola, dah takde jawatan pun hidup senang lenang tujuh keturunan
Quote matamata 30-8-2021 10:58 AM
Lambatla kau... Org dah buat thread pasal benda ni dah lama dah... Tak tau pakai function search ke?
Quote mawarika 30-8-2021 11:02 AM
Lain sungguh dgn menteri menteri di negara inderapura kayangan koikoi.. harta dieorg 7 keturunan tak habis. Bini muda ada.. anak takpayah kerja jadi gangster muka haus pun jd rebutan. Syurga dunia Betul. Boleh gado dgn netizen, sambil ejek ejek netizen miskin.
Quote dua_chzy 30-8-2021 11:08 AM
Jika ini Nazri Aziz, mampokah netizens Malaysia simpati dalam sinis?
Quote R2D2 30-8-2021 01:32 PM
matamata replied at 30-8-2021 10:58 AM
Lambatla kau... Org dah buat thread pasal benda ni dah lama dah... Tak tau pakai function search ke? ...

hampir semua Editor CARI dlm CI masalah sama
buka thread lewat
time nak buka tak search betul2

tu sebab hampir semua thread yg dibuka
semua dah dibuka awal
complaint pun
MOD tak ada kuasa nak tutup thread mereka
hadap je la


Quote matamata 30-8-2021 01:36 PM
R2D2 replied at 30-8-2021 01:32 PM
hampir semua Editor CARI dlm CI masalah sama
buka thread lewat
time nak buka tak search betul2

Jgn bagi peluang sgt, kalau sekali sekala boleh terima lagi... Ini kerap sgt... Bahasakan je.... Aku nak maki carut nanti kena yellow card pulak..
Quote che-cikL 30-8-2021 02:18 PM
Dah puas report, my report button pun sampai dah kena disable dah ni
Quote angelofish 30-8-2021 02:21 PM
tak menabung kat luar negeri ke
Quote whitebeard 30-8-2021 02:37 PM
R2D2 replied at 30-8-2021 01:32 PM
hampir semua Editor CARI dlm CI masalah sama
buka thread lewat
time nak buka tak search betul2

@admin6 terus la
Komplen kat dia
Quote whitebeard 30-8-2021 02:37 PM
Ini tandanya dia tak makan rasuah kumpul harta masa berkuasa?
Boleh jadi
Quote R2D2 30-8-2021 02:43 PM
whitebeard replied at 30-8-2021 02:37 PM
@admin6 terus la
Komplen kat dia

Admin, SMOD, MOD
semua tiga level
dh report la
mereka dh maklum pasal ni
lama dah
ada part yg mereka tak dpt ubah
tu sebab kalau thread kena move ke Tular
thread yg sama Editor CARI bukak
memang tak dpt move


Quote whitebeard 30-8-2021 03:46 PM
R2D2 replied at 30-8-2021 02:43 PM
Admin, SMOD, MOD
semua tiga level
dh report la

pasrah saja la kalau gitu

Quote edayildiz 30-8-2021 03:51 PM
ketinggalan train la..cite basi
Quote edayildiz 30-8-2021 03:52 PM
R2D2 replied at 30-8-2021 01:32 PM
hampir semua Editor CARI dlm CI masalah sama
buka thread lewat
time nak buka tak search betul2

admin jer blh tutup thread editor cari dlm kelas tersendiri ni hihi
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 04:00 PM
#dahadalaheditor

takpelah kerja halal
Quote Gianna111 30-8-2021 04:15 PM
munteri meleyzia sila ambil ikhtibar...
Quote juruterra 30-8-2021 05:14 PM
uori replied at 30-8-2021 10:44 AM
kalau menteri2 kat negara isketambola, dah takde jawatan pun hidup senang lenang tujuh keturunan

kan..kesian menteri afghanistan hilang jawatan di negara sendiri merempat jd rider kat negara org. ex menteri negara kita siap dh ada beberapa buahrumah kt luarnegara utk retirement with lots of cash in bank luar negara sebagai persediaan pencen di samping anak kicik boleh ke kindergarden di sana, anak besar pun tumpang mewah
Quote CikYaYaYa 30-8-2021 08:02 PM
Bekas menteri di negara ku yang terchinta ini xkejer pon hartaa xabiss 7 keturunan. Harta luar negara pon kepok2
Quote pyropura 30-8-2021 08:16 PM
Cuba lah tubuhkan UMNO kat Afghan sinun, insyaallah  nasib mintiri somua akan terbela, boley jadi kaya raya, ada rumah di London, Aussie, Nuijilen. Siap boleh wulang alik Paris Padang Rengas.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053727 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top