CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kesetiaan Siti Sarah Melonjak Semula, Duduki Carta Pertama Lagu Strim Paling Tinggi Di Malaysia

30-8-2021 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2311| Komen: 7

Description: Kuala Lumpur: Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah masih dirasai oleh peminat muzik tempatan apabila single pertamanya berjudul Kesetiaan yang dilancarkan pada 2002 kini menduduki carta pertama L ...
Kuala Lumpur: Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah masih dirasai oleh peminat muzik tempatan apabila single pertamanya berjudul Kesetiaan yang dilancarkan pada 2002 kini menduduki carta pertama Lagu Strim Paling Tinggi di Malaysia untuk minggu ke-33.


Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) hari ini, lagu ciptaan komposer terkenal Ajai itu berjaya menduduki carta nombor satu selama dua minggu berturut-turut.

Lebih mengujakan, tiga lagi single nyanyian Siti Sarah turut menduduki carta Top 10 sebagai Lagu Strim Paling Tinggi sepanjang 13 Ogos hingga 19 Ogos tahun ini.



Antara lagu yang distrim peminat tempatan adalah single duet berjudul Semakin Benci Semakin Cinta nyanyian Siti Sarah bersama suaminya Shuib yang berada di tangga kelima.


Ini diikuti single pada 2003 berjudul Saat Hilang Cintamu di tangga keenam manakala lagu Semakin terbitan Indigital Music di tangga kesembilan.


Kredit foto: IG


Barangkali kejayaan semua lagu nyanyian Siti Sarah itu adalah salah satu cara untuk peminat mengubat kerinduan terhadap ibu kepada empat cahaya mata itu.

Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, (HCTM). -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 30-8-2021 11:25 AM
meols dengar Kesetiaan je. Sebab feel dia lain sikit.
Quote KucingBisu 30-8-2021 11:28 AM
Masih tak percaya lg dia dah takde
Quote markonahlah 30-8-2021 11:38 AM
Kalau dgr balik lagu kesetiaan rasa sayu je
Quote slyfynx 30-8-2021 11:48 AM
Thread dah ada
Quote KamikuP 30-8-2021 04:00 PM
Man thread yg dh ada tu
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 04:08 PM
Iol dengar menari denganku ft zahid
dengan au au au au apa entah lagu tu tajuknya
those were bops.
Quote whadda 30-8-2021 09:14 PM
Ni memang lagu wajib aku karaoke.. lebih2 lg kalau tengah selsema suara jadi sengau.. terus rasa fefeeling suara sarah.. alfatihah tuk arwah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.064536 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top