CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Sama-sama Sebelum Campak Anak Saudara Dari Tingkat Enam

30-8-2021 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2676| Komen: 4

Description: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dicampak dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Lucknow, baru-baru ini.
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dicampak dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Lucknow, baru-baru ini.

Media tempatan melaporkan, kanak-kanak malang itu didakwa dicampak bapa saudaranya yang mabuk.


Menurut polis, ibu mangsa, Priyansha Dwivedi membuat laporan polis mendakwa ahli keluarganya, Kuldeep Pandey mencampak anaknya dari tingkat enam pangsapuri tersebut.


Gmbar hiasan

“Dwidevi memberitahu, ahli keluarganya datang ke rumahnya dan anak-anak mereka bermain bersama.

“Suspek yang didakwa tidak mempunyai hubungan baik dengan suami Dwidevi mencampak anak pasangan tersebut ketika dia bermain dengan anak saudaranya,” jelas polis.

Laporan itu juga menyebut suspek dalam keadaan mabuk dan dia berpura-pura memaklumkan kanak-kanak tersebut terjatuh secara tidak sengaja.

Jelas polis, Dwidevi hanya mengetahui anaknya dicampak selepas kanak-kanak yang bermain dengan anaknya melaporkan perkara tersebut.


Sehubungan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan forensik akan melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian kanak-kanak tersebut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 30-8-2021 09:45 AM
See. Arak memang patut dilupuskan didunia ini. Bukan haramkan ketum. Budussss.
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 03:51 PM
Moga heol dicampak dari tingkat paling atas apartment
Quote edayildiz 30-8-2021 03:54 PM
patutla islam tu haramkan arak..ni la sebab2 nya..kata xbaik sgt hubungan..nape bg ank main..dah la mabuk
Quote Fortiori02 31-8-2021 09:12 PM
Jahat pak sedaranya..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.257577 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top