View: 2090|Reply: 4
|
Main Sama-sama Sebelum Campak Anak Saudara Dari Tingkat Enam
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dicampak dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Lucknow, baru-baru ini.
Media tempatan melaporkan, kanak-kanak malang itu didakwa dicampak bapa saudaranya yang mabuk.
Menurut polis, ibu mangsa, Priyansha Dwivedi membuat laporan polis mendakwa ahli keluarganya, Kuldeep Pandey mencampak anaknya dari tingkat enam pangsapuri tersebut.
Gmbar hiasan
“Dwidevi memberitahu, ahli keluarganya datang ke rumahnya dan anak-anak mereka bermain bersama.
“Suspek yang didakwa tidak mempunyai hubungan baik dengan suami Dwidevi mencampak anak pasangan tersebut ketika dia bermain dengan anak saudaranya,” jelas polis.
Laporan itu juga menyebut suspek dalam keadaan mabuk dan dia berpura-pura memaklumkan kanak-kanak tersebut terjatuh secara tidak sengaja.
Jelas polis, Dwidevi hanya mengetahui anaknya dicampak selepas kanak-kanak yang bermain dengan anaknya melaporkan perkara tersebut.
Sehubungan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan forensik akan melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian kanak-kanak tersebut.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
See. Arak memang patut dilupuskan didunia ini. Bukan haramkan ketum. Budussss. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga heol dicampak dari tingkat paling atas apartment |
|
|
|
|
|
|
|
patutla islam tu haramkan arak..ni la sebab2 nya..kata xbaik sgt hubungan..nape bg ank main..dah la mabuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|