CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas 30 Tahun, Bayi Pada Cover Album Tuntut RM630,000 Dari Nirvana

26-8-2021 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7302| Komen: 62

Description: Spencer Elden, bayi yang menghiasi gambar kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal Nirvana membuat tuntutan berjumlah RM630,000 daripada band rock tersebut.
Spencer Elden, bayi yang menghiasi gambar kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal Nirvana membuat tuntutan berjumlah RM630,000 daripada band rock tersebut.

Ini kerana menurut laporan BBC, dia mendakwa gambar digunakan Nirvana pada tahun 1991 itu menyalahi undang-undang dan tanpa mendapat persetujuan.


Kredit foto: Ars Technica

Kata Elden, tuntutan tersebut dibuat atas kesalahan eksploitasi kanak-kanak kerana memperlihatkan gambarnya dalam keadaan berbogel.

Dia yang kini berusia 30 tahun turut mendedahkan, ibu bapanya juga tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian bagi membenarkan gambarnya itu digunakan pada album.


Bagaimanapun, gambar bayi yang tidak diseksualkan secara amnya tidak dikategorikan sebagai pornografi kanak-kanak di bawah undang-undang Amerika Syarikat (AS).

Namun, peguam Elden, Robert Y Lewis berpendapat, kepingan dolar AS yang turut ditampilkan dalam gambar itu menampakkan bayi itu kelihatan 'seperti buruh seks'.


Kredit foto: The New York Times

Kes undang-undang juga menuduh bahawa Nirvana telah berjanji untuk menutup kemaluan Elden dengan pelekat, tetapi perjanjian itu tidak disahkan.

Elden mendakwa identiti sebenarnya dan namanya sering terkait dengan eksploitasi seksual komersial yang dilaluinya sebagai anak di bawah umur.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 26-8-2021 01:17 PM
Abum wajib beli....semua lagu best....
Quote spicygirl3 26-8-2021 01:21 PM
Good luck bro
Quote awenda507 26-8-2021 01:36 PM
Cover album punnn..
Quote Thunderclouds 26-8-2021 01:39 PM
Oh well, whatever, NEVERMIND
Quote JohnyEnglish 26-8-2021 01:46 PM
takkan mak bapak kau x tau diorang pakai gmbar kau.takkan pakai ambik dr gogle jah.mesti mak kau dh sapu duit tu dulu
Quote LaRRa. 26-8-2021 01:46 PM
Wow..just wow..good luck wit dat bro. But you'll proud..like..forever
Quote dua_chzy 26-8-2021 01:48 PM
Go Spencer!
Quote mclaren 26-8-2021 01:50 PM
Skuau replied at 26-8-2021 01:17 PM
Abum wajib beli....semua lagu best....

Yesszaa...

Saya pun ada Nevermind. Downloaded dalam phone too to listen to while running (pre covid).
Quote auntyonion 26-8-2021 01:51 PM
Caranya mcm parents dia tak tahu gambar ni digunakan..pastu perjanjian nak censored bahagaian penis tu..tp x censored pon..sungguh aku keliru {:question
Quote Dorotheas 26-8-2021 01:59 PM
Ksian nmpk kote dia..saman je si Courtney tu berjuta2 pun bagus
Quote alesandra 26-8-2021 02:03 PM
Edited by alesandra at 26-8-2021 02:06 PM

kenapa xnak saman label juga...david geffen ke hapa. cover tu bukan ke termasuk dari decision dari label jugak.most decision psl cover tu dtg dari label bukannya nirvana sgt.dahlaa la kaut untung mcm harey lepas kurt mati.and by the way....dia nak duit bagi jela..semua alasan child pornography bs tu tolonglahhh.dah 30 thn kot ....
Quote alesandra 26-8-2021 02:08 PM
JohnyEnglish replied at 26-8-2021 01:46 PM
takkan mak bapak kau x tau diorang pakai gmbar kau.takkan pakai ambik dr gogle jah.mesti mak kau dh  ...

patut diasaman parents dia sendiri jugak neh
Quote noell 26-8-2021 02:12 PM
dia patut mintak royalti bg setiap album yg terjual baru la berbaloi berjuta terjual tuh
Quote I.K.A888990 26-8-2021 02:20 PM
sape je la yg xtutup part tu
Quote mclaren 26-8-2021 02:27 PM
alesandra replied at 26-8-2021 02:03 PM
kenapa xnak saman label juga...david geffen ke hapa. cover tu bukan ke termasuk dari decision dari l ...


Tak semestinya all covers mesti authority nya from labels. Contoh macam Appetite for Destruction tu tak silap semua put together by Slash frpm various sources with input from other members (rasanya la, cerita lama sangat dah ingat lupa), only part yang extremely explicit je yang they all later on removed some, sebab label tegur takut tak lepas censor board masa tu.

Maybe Nevermind pun Geffen wasn't involved? Entah......
Quote alesandra 26-8-2021 02:35 PM
mclaren replied at 26-8-2021 02:27 PM
Tak semestinya all covers mesti authority nya from labels. Contoh macam Appetite for Destruction ...

geffen records wasn't involve?owh puhhlisss.nirvana clueless psl benda2 neh.alangkah dari  independent label sub pop nak  sign  ke geffen pon diorg mintak nasihat  level susan silver je...
Quote nakkomenjugak 26-8-2021 02:43 PM
erkkk baru sekarang keee nak sue2 ni?
Quote nononcrux 26-8-2021 02:43 PM
totey cik je
Quote mclaren 26-8-2021 03:05 PM
alesandra replied at 26-8-2021 02:35 PM
geffen records wasn't involve?owh puhhlisss.nirvana clueless psl benda2 neh.alangkah dari  indepen ...

Not to say tak involved. AFD pun under Geffen jugak but Guns did their own cover.

So ada 50-50 situ.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055663 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top