CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shaza Bae Lantang Bersuara Tentang Isu Semasa Dan Hal Politik

25-8-2021 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3587| Komen: 10

Description: Gelaran Dewi Remaja 2019/2020 yang dimenangi menjadi titik tolak buat pemilik nama Shaza Bae ini untuk terus mencipta nama dalam bidang seni.
Gelaran Dewi Remaja 2019/2020 yang dimenangi menjadi titik tolak buat pemilik nama Shaza Bae ini untuk terus mencipta nama dalam bidang seni.

Tidak mahu menjadikan platform yang pernah mengangkat nama beberapa bintang terkenal tanah air itu sekadar bergelar juara, Shaza, 26, atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri mahu terus mengorak langkah.


Bukan saja perlu bekerja keras dalam bidang yang diceburi, sebaliknya Shaza mahu menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya untuk membina kesedaran pada masyarakat mengenai sikap ambil peduli, prihatin dan kemanusiaan.

Kredit foto: IG

Malah, tidak dinafikan Shaza yang juga pelakon drama Marry Me Senorita antara artis muda yang dilihat lantang bersuara di media sosial membabitkan isu semasa.


Namun, apa yang disuarakan bukan sekadar cakap kosong. Ia sekali gus membuktikan ungkapan 'Beauty With Brain' itu ada pada dirinya.

"Bagi saya, Dewi Remaja dulu dan sekarang berbeza. Saya adalah saya dan seperti apa yang dilihat hari ini. Saya tidak mempunyai platform besar dan 'followers' di media sosial juga tidak banyak. Tapi, sebagai manusia, saya sudah ada sikap ambil peduli terhadap masyarakat.



"Saya sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling. Rakyat kita berhempas pulas. Saya tak berpihak pada mana-mana parti politik pun. Cuma, tahap kesedaran saya pada sesuatu perkara lebih tinggi. Tentu saja saya kena ambil berat terutama orang susah termasuk penggiat seni yang yang dalam kesusahan. Sebenarnya ia bukan lantang bersuara, tapi sebagai empati manusia. Saya selalu mendapat mesej (DM) di Instagram untuk minta bantuan.

"Soal cerdik atau tidak, saya tak nak letak apa-apa mengulas mengenainya. Cuma, apa yang selalu saya ingin tonton di kaca TV adalah orang sebegitu iaitu cerdik. Malah, saya harap menjadi orang sebegitu juga," katanya.



Dan, tidak cukup dengan itu, sepanjang hampir setahun terbabit dalam bidang seni, Shaza mengakui setiap hari adalah proses pembelajaran untuknya mengenal diri dan membentuk kerjaya dibina.

"Dalam bidang ini ada banyak sangat lapisan, tak ada salah, tak ada betul. Semua orang ada cara masing-masing untuk kekal relevan dan cari rezeki. Orang mungkin nampak menjadi artis gah, tapi di belakang kamera kena bekerja keras juga.

"Dulu saya agak skeptikal juga kenapa kena cetuskan kontroversi. Namun, lama-kelamaan saya belajar. Ada yang tidak suka kontroversi, tapi lebih suka pendekatan menjadi biasa-biasa saja. Jadi, saya cari titik tengah dan kena fahamkan setiap situasi. Sudah tentu saya nak kekal relevan dengan apa dibuat sekarang dan harapnya ia membantu.

"Pada awalnya saya pun macam artis baharu lain yang semua nak cepat, tapi apabila sudah terbabit sepenuhnya dalam bidang ini, saya kena lalui proses sama seperti kebanyakan bintang terkenal lain yang masih kekal sehingga sekarang. Apa yang penting kena sabar," katanya.



Watak Yaya dalam drama Perempuan Tanpa Dosa berjaya memperkenalkan lakonan Shaza di kaca TV. Selepas itu, dia diberi peluang pula melakonkan watak antagonis menerusi watak Rossa Arabella/Rosmisah Sukardi menerusi drama Marry Me Senorita.

Penangan watak antagonis itu benar-benar meninggalkan kesan pada penonton sehingga di ruangan komen peminat meluahkan rasa amarah mereka.

"Seperkara saya suka mengenai dunia lakonan adalah kita boleh masuk dalam dunia orang lain. Jadi, apabila mendapat watak antagonis, watak itu sangat berbeza dengan saya. Dalam masa sama, saya memang nak teroka lagi.



"Ini yang sangat menarik apabila dapat sesuatu dan penonton terkesan, jadi saya berasakan lakonan tak syok sendiri. Apatah lagi jika mendapat pujian dan orang kenal, saya berasa teruja dan dihargai.

"Kalau boleh saya nak cuba pelbagai watak. Apa saja saya nak buat. Ia buat saya seronok nak berlakon, biarpun persediaan nak menjadi pelakon dan masuk lokasi bukan mudah. Paling penting mental juga kena kuat. Perkara sebegini yang orang tak nampak," katanya.

Bagaimanapun, Shaza melahirkan rasa bimbang jika ditawarkan watak sama.



"Bimbang juga kalau dapat watak sama. Saya percaya dalam lakonan pasti akan ada sesuatu yang baharu. Macam saya, kalau teringin nak sesuatu watak ini, saya akan dapat. Contohnya watak untuk drama terbaharu nanti. Jadi, saya percaya rezeki," katanya.

Selain berlakon, Shaza juga berjaya menonjolkan bakatnya dalam bidang pengacaraan apabila mengacarakan program HLive! dan terbaharu, Hero Remaja.




"Bidang lakonan dan pengacaraan adalah minat saya. Ia saya bina dari kecil. Program HLive! banyak membantu saya meningkatkan skil pengacaraan. Pada awalnya tak rasa bagus, bukan sekarang berasa diri sudah bagus, tapi banyak saya sudah pelajari dan nak kena perbaiki lagi.

"Ini semua juga atas dasar saya kena buat kerja rumah dan minat dalam diri. Semua yang berlaku dalam diri saya hari ini juga saya belajar dari pengalaman," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Justsha 25-8-2021 02:01 PM
i like her walaupun tak outstanding mcm contestant lain. mmg beauty w brain & tak tumpang populariti cousin nya kek nis.
Quote nakkomenjugak 25-8-2021 02:14 PM
baee?? bae young joon?
Quote Reira77 25-8-2021 03:09 PM
Lawa feature muka sheols. Astaga tgk nadhir tu teringat catalogue brand forest kat shopee. Comot nau heols dlm tu.
Quote annadonna 25-8-2021 03:14 PM
dia ni yang ada degree seni persembahan drama dari UM tu kan? Patutlah lain cara bercakap. Ada brain.
Quote chinta89 25-8-2021 03:52 PM
x minat dia ni sori kpd peminat sheols huhu
Quote jackreacher 26-8-2021 07:08 AM
She mmg ada brain. Suka dewi/hero remaja skrg pilih juara yang cerdik-cerdik tak bimbo.
Quote bulalof 26-8-2021 08:21 AM
make yourself useful Shaza....
Quote lyshafull 26-8-2021 11:56 PM
Iols x pernh taw kewujudan dia tapi lawa muka lain dri yg lain not typical la semoga sukses dlam bidg hiburan
Quote imanjannah 27-8-2021 05:22 AM
tak kenal, tapi cntik budak ni.. klu berlakon ok boleh gi jauh..
Quote fealefea 27-8-2021 07:51 AM
Sorry ye. Dewi Remaja kene cantik. Sbb ni je platform nak glamer. Kalau x mmg x ke mane. Semakin hauk peserta dr semasa ke semasa. Tgk je la tv pon ambik peserta x menang sbb lg lawa dr juara. Ptt Dewi remaja tu sendiri groom org lawa bimbo jadi bijak.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.161599 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top