CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syok Sangat Ziarah-Menziarahi, Kelantan Terus Catat Kluster Baharu

24-8-2021 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4065| Komen: 54

Description: Kelantan terus mencatatkan pertambahan kluster dalam kalangan komuniti membabitkan aktiviti ziarah dan sosial.
Kelantan terus mencatatkan pertambahan kluster dalam kalangan komuniti membabitkan aktiviti ziarah dan sosial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat kluster terbaru di negeri berkenaan dikesan daripada aktiviti ziarah di beberapa daerah yang sudah menjangkiti 53 individu.


Beliau berkata, empat kluster berkenaan adalah daripada keseluruhan 10 kluster dalam kalangan komuniti yang dikesan hari ini.

Secara keseluruhan, katanya, terdapat 30 kluster yang dikesan oleh KKM termasuk 18 kluster tempat kerja serta dua dalam kalangan kumpulan berisiko.

Memperincikan mengenai kluster komuniti di Kelantan, beliau berkata, kluster pertama dikenali sebagai Kluster Jalan Bunut Susu di Pasir Mas.


Gambar Hiasan


"Kluster ini membabitkan aktiviti ziarah di Kampung Bechah Palas, Jalan Bunut Susu, Pasir Mas. Kes indeks bagi kluster ini ialah lelaki berusia 48 tahun warga tempatan yang dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Ogos lalu. Sehingga kini ia sudah menjangkiti lapan individu.

"Kluster Kampung Paya juga di Pasir Mas dan sudah menjangkiti lapan individu. Kes dalam kluster ini ialah lelaki berusia 33 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Ogos lalu. Ia membabitkan aktiviti ziarah di di Kampung Paya Mengkuang, Chetok, Pasir Mas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kampung Kayu Rendang di Kota Bharu yang sudah menjangkiti 14 individu yang membabitkan aktiviti ziarah di Kampung Kayu Rendang, Kota Bharu.

Katanya, kes indeksnya ialah lelaki berusia 20 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Ogos lalu dan sehingga kini ia sudah menjangkiti 14 individu.

"Kluster Kampung Pulau Sa di Pasir puteh yang sudah menjangkiti 23 individu. Ia membabitkan aktiviti ziarah di Kampung Pulau Sa dan kes indeks ialah lelaki berusia 21 tahun yang dilaporkan positif pada 17 Ogos lalu," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 24-8-2021 02:27 PM
kesiannya kat org nak buat kja. mntak2 la tak serius sampai ada jd yatim piatu disebabkan sikap penting diri org lain
Quote krustykrab 24-8-2021 02:58 PM
Diorg mmg suka bertandang rumah org, selalu suka buat makan2 sambil membawang..
Quote MISZZZ 24-8-2021 03:50 PM
sek kito jange pecoh,
Quote Kitty_catz 24-8-2021 04:08 PM
mana ko tawww.. ekecli budu tu lagi power dr pfizer moderna smerrrrrrr
Quote edayildiz 24-8-2021 04:10 PM
sskjp
Quote n3ar 24-8-2021 05:04 PM
mu kecek molep sketttt, sek sek kawe baik blako !!

sek kito mandi lanjey !! ini semuo pitnoh nok jatuhke kerajaae isle pah

- nate berok
Quote JohnyEnglish 24-8-2021 06:51 PM
Ziarah menziarahi kan ke amalan molia lg berpahala???
Quote Fortiori02 24-8-2021 06:51 PM
Ziarah, jgn tak ziarah, haaa, kan dah mendapat.
Quote Artemesiaa 24-8-2021 06:55 PM
Benda yang dah jadi kebiasaan bukan mudah nak diubah walau apa pun orang lain nasihatkan.
Quote Aerhys 24-8-2021 07:00 PM
Silent super spreader yg sudah divaksin kah? Not really surprising since I did expect new cases melonjak seluruh negara selepas kelonggaran dan ramai manusia yg degil dan angkuh perasan kebal tapi membahayakan nyawa orang lain. Boleh jangka varian baru lambda dan seangkatan mencemar duli di tanah malaya tidak lama lagi once the border is open too. It's a door to the end. Prepare for the worst.
Quote sekngucing 24-8-2021 07:49 PM
sekolah teknik bunut susu pasir. mas dah tukar nama jd sekolah teknik pasir mas sahaja

sebabnya.. tiapkali pergi ke negri luar atau luar daerah.. org akan tanya apa benda tu bunut susu

sebenarnya bunut susu tu sejenis spesis pokok jejawi/ara/beringin/banyan
Quote Thunderclouds 24-8-2021 08:12 PM
Jenih ketegaq. Mertua i xsudah2 meratip kt shuben mu xleh kelik kooo..mu xleh kelik ko..xmau paham! Hahahaha
Quote sharlenetexas 24-8-2021 08:16 PM
Kawan iols datang rumah iols bising kata kat dia sekejap je. Jumpa kat depan rumah je. Nampak mcm kejam tapi kita nak jaga diri dan family.

Quote YPM_Addora 24-8-2021 08:56 PM
itu lah, rentetan dari raya haji tak surut lagi, tunggu lah minggu cuti sekolah, sebabak lagi kes nya org sibuk nak kenduri anak kawen. Doh lah SOP ke laut dalam, dgn pakcik2 yg antivaksin lagi.Pusing
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 09:59 PM
amalan molia jangan ditinggal gituuu
sekali hambekkk
Quote heythere123 25-8-2021 12:36 AM
orang kelantan memang degil pon. Kawan mak iols cerita, orang kampung dia siap buat makan2  lagi last week. satu kampung tu kena PKPD sebab kluster makan2 tu
Quote cmf_premierleag 25-8-2021 12:43 AM
Padan muka la
berbuih2 mulut org dah kata JANGAN ZIARAH ms raya
Tp degil gedebe nak mamposss
Cash lah!
Quote syakuntala 25-8-2021 07:31 AM
Patutlah asik naik jer jumlah covid...
Quote kasibiman 25-8-2021 07:53 AM
Kurung jah puok nim dlm gok aye

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.355849 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top