CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berjaya Dalam Rayuan, Hukuman Penjara 13 Bulan Farid Kamil Diganti Denda RM5,500

24-8-2021 05:30 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9548| Komen: 71

Description: Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, 40, dijatuhi hukuman penjara 13 bulan pada 2 Jun tahun lalu kerana menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggo ...


Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, 40, dijatuhi hukuman penjara 13 bulan pada 2 Jun tahun lalu kerana menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Farid menangguhkan pelaksanaan hukuman itu dengan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin sementara peguamnya memfailkan rayuan.

Terkini, Mahkamah bersetuju untuk menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000 dan RM500 bagi hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan, lapor Free Malaysia Today.


Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan dibuat keatas kes oleh pelakon tersebut.

Beliau berkata, ia mengambil kira perayu telah membayar pampasan dalam bentuk kompaun kepada dua pihak, termasuk anggota polis terbabit.

Selain itu, Farid juga menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung.

Farid yang diwakili peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke membayar dendanya.


Terdahulu, suami kepada aktres Diana Danielle itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di Pejabat Pertayaan Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 1.20 tengah hari, 11 Januari 2018. 

Dia turut didakwa menyebabkan kecederaan kepada Nizam dan seorang awam, Asyraf Ahmad pada tempat dan waktu sama. Dia bagaimanapun membayar kompaun RM5,000 kepada Nizam dan RM8,000 kepada Asyraf seperti dibenarkan mengikut peruntukan Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.- CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 24-8-2021 06:01 AM
Comey anak2 dia
Quote Buritan 24-8-2021 06:45 AM
Oo  aku ingat dah masuk dahh..
Quote Normabaru 24-8-2021 07:08 AM
ahaha.
dah agk da.confirm lepas..pasni blh la btanding jadi wakil rakyat..dh resign blakon pon sbb ni khuenss..lols
Quote blue^panther 24-8-2021 07:08 AM
Baru aku tau boleh bayar denda untuk tangguh hukuman, pastu bayar denda lagi utk ganti hukuman penjara......oh dunia ini, penuh kepalsuan......
Quote Adrif 24-8-2021 07:46 AM
blue^panther replied at 24-8-2021 07:08 AM
Baru aku tau boleh bayar denda untuk tangguh hukuman, pastu bayar denda lagi utk ganti hukuman penja ...

agak menakutkan.. dan menyedihkan bila fikir balik, huhu
Quote Kurex 24-8-2021 08:41 AM
semudah itu je.. tapi tak terkejut pun
Quote Burong_Hantuk 24-8-2021 09:14 AM
Edited by Burong_Hantuk at 24-8-2021 09:18 AM

SHAH ALAM – Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari yang sebelum ini diperintah untuk dipenjarakan selama 13 bulan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis tiga tahun lalu, digantikan dengan denda RM5,500.


Memetik laporan Free Malaysia Today, mahkamah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000 manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Farid terhadap hukuman tersebut.

Beliau berkata, ia mengambil kira perayu telah membayar pampasan dalam bentuk kompaun kepada dua pihak, termasuk anggota polis terbabit

Selain itu katanya, Farid, 40, juga menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung.

Dalam prosiding itu, Farid diwakili peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke.

Pada 2 Jun 2020, Sinar Harian melaporkan, Farid Kamil dijatuhi hukuman 13 bulan penjara bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dan empat bulan penjara bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Quote Burong_Hantuk 24-8-2021 09:17 AM
Setia btl wife dia... to
Quote husna_amal 24-8-2021 09:31 AM
Untunglah takat bayar denda je. Giler tak adil
Quote krustykrab 24-8-2021 09:40 AM
See..ada duit semua boleh jadi...
Quote piep 24-8-2021 09:50 AM
wahh senang nya.. denda pon x byk sgt.. sian la si sofi jikan awal2 dulu siap back up dia
Quote haruslah 24-8-2021 09:55 AM
Fight sampai menang kekdahnya
Kalau mampu
Quote markonahlah 24-8-2021 09:56 AM
Sng dia lepas ....
Quote Mopiko 24-8-2021 10:16 AM
Buritan replied at 24-8-2021 06:45 AM
Oo  aku ingat dah masuk dahh..


yang dulu je dia dah masuk kan.. 9 bulan tu


Quote belalai 24-8-2021 10:27 AM
harap2 insaf btul lh ye..
Quote jijilaaa 24-8-2021 10:28 AM
teringin nak tau acaner dia boleh tukar hukuman dengan denda? kalau camtu org biasa cam kita boleh buat gitu tak? setakat 5k tu insya allah mampu laei
Quote aemon 24-8-2021 11:44 AM
aku x kesian kat dia ni.aku kesian kt dd je..perangai jantan ni mmg jibauk dari dlu.
Quote winky1 24-8-2021 12:06 PM
aemon replied at 24-8-2021 11:44 AM
aku x kesian kat dia ni.aku kesian kt dd je..perangai jantan ni mmg jibauk dari dlu.

Korban sbb tak mahu perkara yg sama berulang pada anak2 mungkin.
Quote missbigrockstar 24-8-2021 12:09 PM
Bila mana duit boleh membeli segala nya

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.090757 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top