CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Tak Lengkap Vaksin Jangan Datang Sekolah

24-8-2021 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2997| Komen: 25

Description: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional mencadangkan agar guru yang tidak lengkap suntikan vaksin dilarang daripada mengajar di sekolah.
Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional mencadangkan agar guru yang tidak lengkap suntikan vaksin dilarang daripada mengajar di sekolah.

Presidennya, Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan tidak wujud kluster sekolah sebaik sesi pembelajaran bermula pada 3 Oktober depan.

“Kami terkilan dengan tindakan 779 guru di Johor yang menolak vaksin. Ini memberi persepsi dan kesan kurang menyenangkan bagi seluruh warga Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Foto: Kosmo

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang iaitu kira-kira 779 guru di Johor menolak untuk me-nerima vaksin Covid-19.


Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, Aminuddin Awang mengakui mereka tidak pernah menerima laporan mengenai guru menolak vaksin sehinggalah dedahkan baru-baru ini.

Katanya, sekiranya wujud aduan sekali pun ia hanyalah mengenai kelewatan segelintir guru menerima tarikh temu janji suntikan vaksin tersebut.

“Kita tak pernah terima aduan seperti itu, biasanya ia (aduan) tentang guru yang belum terima tarikh suntikan. Itulah yang biasa kami tekankan sebelum ini.

Pada masa sama, Aminuddin berkata, beliau yakin semua guru yang dijadualkan kembali mengajar di sekolah pada 3 Oktober depan telah menerima suntikan vaksin sepenuhnya.

“Jika masih ada yang belum lengkap divaksin sekali pun, masih ada masa lagi untuk mereka disuntik sebelum sesi persekolahan tersebut dibuka jadi tidak timbul masalah di situ,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 24-8-2021 09:50 AM
ini jenis makpak bodo yang tutup pintu bila nampak antivaksin
Quote johnazizul 24-8-2021 09:58 AM
Mak bapak yang tak yakin kepada cikgu tak vaksin tapi negatif covid, daripada fully vaccinated tapi positif covid.
Quote stingerlympics 24-8-2021 10:02 AM
Ticher @chzy semakin tertekan

Kahkahkahkahkahkah
Quote zamzam 24-8-2021 10:03 AM
kemaruk replied at 24-8-2021 09:50 AM
ini jenis makpak bodo yang tutup pintu bila nampak antivaksin

bangkem takut jarum eh??jgn marah tanya jerr
Quote kemaruk 24-8-2021 10:06 AM
zamzam replied at 24-8-2021 10:03 AM
bangkem takut jarum eh??jgn marah tanya jerr

bangkem dah lengkap 2 dos
Quote cikmouse 24-8-2021 10:06 AM
Bgslaaa... cikgu2 tuuu boleee laaaa sambung lepak kt umah jerrr..
Quote insulin 24-8-2021 10:07 AM
Mujurlah dilarang ke sekolah. Kalau dibuang kerja atau potong gaji?
Quote rikiruj 24-8-2021 10:13 AM
Actually tujuan utama dalah untuk protect guru2 pasal budak2 normally effect covid tak teruk.  Yang teruk orang tua yang tak divaksin.  Bila buka sekolah memang impossible nak control bebudak ni patuh SOP.. depa apa kira peluk2, close contact etc.. so penularan tu memang expected.  Cikgu lak kalau yg muda2 sihat tak ambik vaksin kalau kena maybe stage 1 or 2 tapi ingat.. kome juga boleh bawak penyakit tu balik rumah.. kalau yg duduk dgn ibu bapa yg berumur, atau laki comorbid, boleh mendatangkan bahaya juga.  Sindiri mau ingatla..
Quote zamzam 24-8-2021 10:14 AM
kemaruk replied at 24-8-2021 10:06 AM
bangkem dah lengkap 2 dos

tahniah...tunggu booster ye...haha
Quote zamzam 24-8-2021 10:16 AM
rikiruj replied at 24-8-2021 10:13 AM
Actually tujuan utama dalah untuk protect guru2 pasal budak2 normally effect covid tak teruk.  Yang  ...

cikgu2 bijak pandai ni lebih percaya laki si ina dari DG. Netizen apa tau? haha
Quote stingerlympics 24-8-2021 10:16 AM
zamzam replied at 24-8-2021 10:03 AM
bangkem takut jarum eh??jgn marah tanya jerr

Kena ultimatum dgn bini...
"Abg kalau takut jarum vaksin...mulai sekarang saya pun akan takut "jarum" abg.....

Your choice.....

Pasrah la kena cucuk..
Saper nak miss celup jarum oiiiiiii

Kahkahkahkahkah
Quote kemaruk 24-8-2021 10:18 AM
zamzam replied at 24-8-2021 10:14 AM
tahniah...tunggu booster ye...haha

jangan jadi penagih vaksin je sudeyyy
Quote white_musk 24-8-2021 11:47 AM
kemaruk replied at 24-8-2021 09:50 AM
ini jenis makpak bodo yang tutup pintu bila nampak antivaksin

Akak khuatir makpak itu akan dikenakan batu karang kerana tahan kencing kerana takut pergi ke tandas semasa bekerja kerana takut akan orang yang tidak vaksin...

semoga wifenikmat baik2 saja...
Quote manzilla 24-8-2021 12:19 PM
Cadangan bersifat diskriminasi dan pro-vaccine-supremacist ini pasti diluluskan oleh kerajaan tidak sampai sebulan pun.
Quote lurve82 24-8-2021 12:30 PM
Seronok la cikgu2 tu smbg wfh je..
Quote manzilla 24-8-2021 12:41 PM
Saya rasa bukan itu yang akan berlaku. Apa yang mungkin akan berlaku ialah guru mesti hadir ke sekolah untuk bertugas, tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kerana belum cucuk. Jadi guru tak cucuk mesti ambil cuti tanpa gaji sampai 'cukup syarat' untuk memasuki kawasan sekolah, atau dipecat kerana ponteng.  
Quote exclusive_vvip 24-8-2021 12:52 PM
yg KKM plak, dendiam je ye psl staf KKM yg tolak vaksin..
Quote TeropongThaico 24-8-2021 01:21 PM
manzilla replied at 24-8-2021 12:41 PM
Saya rasa bukan itu yang akan berlaku. Apa yang mungkin akan berlaku ialah guru mesti hadir ke sekol ...

Ya yg ini yg sepatutnya. Jangan ambil mudah sangat. Tak pun buka je la tahun depan terus.
Satu hal pulak nak tengok baju sekolah kasut sekolah muat tak lagi. Maklum la duduk rumah je berbulan2. Apa sangat aktiviti deols selain dr makan tidur & game online ni
Quote caca_eric 24-8-2021 01:27 PM
exclusive_vvip replied at 24-8-2021 12:52 PM
yg KKM plak, dendiam je ye psl staf KKM yg tolak vaksin..

Still tak aci
Ramai yg sbnrnya takut vaksin tp terpaksa gak vaksin demi tugas & lindung family..
Jadi mereka merisikokan diri demi kepentingan umum..
So org yg tak cucuk vaksin ni tak ke susahkan org.. tak boleh kerja.. masuk hospital lama2..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.067404 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top