CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Tentera Dipecat Kerana Enggan Vaksin, TDM Jawab Tuduhan Liar

23-8-2021 09:06 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17575| Komen: 238|Original author: Oleh : Cari-Azza

Description: Selepas tular kisah seorang anggota tentera yang dipecat selepas enggan menerima vaksin, Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi satu kenyataan media dikeluarkan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat pada ...




Seorang anggota tentera berpangkat sarjan yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19, dipecat selepas 19 tahun berkhidmat.

Wan Ramly Wan Seman, 39, dari Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan, bakal kehilangan pencen yang layak diperolehnya dalam tempoh 16 bulan lagi.


Beliau menerima arahan pemberhentian perkhidmatan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan berkuat kuasa 26 Ogos ini.


Foto : FMT


Selepas tular kisah itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi satu kenyataan media menegaskan setiap anggota diwajibkan mengambil vaksin.


Ianya bagi mengekang penularan yang mungkin akan berlaku dalam kalangan anggota TDM, boleh menjangkiti keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

"Tindakan seseorang anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima vaksin, boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap."

Pengambilan vaksin dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar mereka hidup secara berkelompok. Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM kini sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan, turut berdepan dengan kebolehjangkitan COVID-19, menurut laporan Portal Awani.


Foto : Sinar Harian

Tindakan itu diambil selepas bapa kepada tiga anak itu menolak pemberian vaksin pada 7 Julai lalu ketika diarahkan berbuat demikian.
Beliau sepatutnya dijadualkan tamat perkhidmatan pada 21 Januari 2023, bagaimanapun selepas tindakan yang akan dikenakan, Wan Ramly berkemungkinan kehilangan pencen yang layak diperolehnya.- CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 23-8-2021 09:26 PM
Uishhhh....mcm kejam je......
Quote jahcomel 23-8-2021 09:31 PM
Ya Allah...xboleh wat gitu, dia dh bkhidmat lama...smoga kamu dlindungi Allah, hnya Allah Y Maha Berkuasa...
Quote edayildiz 23-8-2021 09:34 PM
i baca kat telegram smlm..org dlm group tu cite..tp katanya xleh bgtau detail..tp i dok knl pun org tu..i baca jer
Quote MeghanK 23-8-2021 09:38 PM
bagi cuti dulu takleh ke..unpaid leave 3 bulan ke
Quote Decaffeinated 23-8-2021 09:39 PM
Kesalahan dia ialah engkar. Diorang kan sain mati.
Quote noor2 23-8-2021 09:46 PM
Dah la kedai gunting rambut pun diskriminasi kena ada sijil 2 dos ...anak aku rambut dah mcm sarang tebuan tapi dia umur 17 ..mana dipanggil lagi cucuk...


Bapaknya nk gunting dia xmo..yela lawa kedai gunting yg gunting lagi
Quote krustykrab 23-8-2021 09:54 PM
noor2 replied at 23-8-2021 09:46 PM
Dah la kedai gunting rambut pun diskriminasi kena ada sijil 2 dos ...anak aku rambut dah mcm sarang  ...

Cari org dtg gunting kat rumah noor..iol hari tu pun laki iol panggil org dtg rmh gunting rambut..
Benda tak susah asal pandai makan pandai simpan hihihi
Quote jahcomel 23-8-2021 09:55 PM
Somi sy pn tntera gak, dh lngkap 2dos sbln lpas tp kesannye masih trase sakit dada, brdebar2, sakit kpla, mdh penat mmg xslesa lh, sy senyap je sbb sblum nih sy ckp tu kesan beksin dia xcaye marah plk kt sy... Lantak dia lh
Quote LaRRa. 23-8-2021 09:56 PM
Feel sad for him
Quote iqbalriad 23-8-2021 09:57 PM
Decaffeinated replied at 23-8-2021 09:39 PM
Kesalahan dia ialah engkar. Diorang kan sain mati.

Kita tak boleh ada anggota yg jenis mcm ni. Boleh kalah perang. Kecuali mmg ada kebenaran atau alasan bertulis dari pegawai perubatan. Perkara mudah kenapa nak susahkan. Kalau org lain boleh kenapa dia tidak. Simple instruction. Just follow orders.
Quote tumpanglalu74 23-8-2021 09:58 PM
Saje nak bagi pening kepale piyem baru..  Kan?
Quote krustykrab 23-8-2021 09:58 PM
"Pengambilan vaksin dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar mereka hidup secara berkelompok. Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM kini sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan, turut berdepan dengan kebolehjangkitan COVID-19"

Alasan yg diorg bagi ni ada betulnya, ...tp nktau jgk sarjan ni ada alasan munasabah ke utk tolak vaksin tu...
Quote naina 23-8-2021 10:03 PM
jahcomel replied at 23-8-2021 09:55 PM
Somi sy pn tntera gak, dh lngkap 2dos sbln lpas tp kesannye masih trase sakit dada, brdebar2, sakit  ...

Asben Jah merokok tak
Quote naina 23-8-2021 10:05 PM
Sarjan ni kena ada alasan munasabah lah. Kalau tamatkan khidmat tu dah kejam. Apatah lagi tak dapat pencen. Jahat gila sistem. Angkara vaksin covid yang baru setahun dua ni.
Quote Decaffeinated 23-8-2021 10:07 PM
iqbalriad replied at 23-8-2021 09:57 PM
Kita tak boleh ada anggota yg jenis mcm ni. Boleh kalah perang. Kecuali mmg ada kebenaran atau ala ...

Pelik juga dorang ni kan dah di brain wash kalau suruh tembak dia tembak. Boleh pulak yang ni sempat tanya why?
Quote freakazoid 23-8-2021 10:11 PM
Dia kena pecat pasal engkar arahan. Dalam tentera mana boleh engkar arahan. Nak pulak anggota bawahan.
Quote exclusive_vvip 23-8-2021 10:19 PM
askar dan guru dah dipaksa..kenapa staf2 KKM yg xmo vaksin boleh dibiar pulak ek?
Quote kemaruk 23-8-2021 10:20 PM
pentaksub vaksin konfem kepuasan bila baca berita ni

"padam muka antivaksin tu" kata mereka dengan nada psycho
Quote lonelymd 23-8-2021 10:29 PM
Tentera kena ikut arahan.... antara hidup dan mati ni..

Lihat semua komen(238)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.053337 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top