CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafiq Farhain Tak Nak Tayang Kekasih, Hubungan Dengan Ibu Tiri Okay-Okay Je

24-8-2021 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3547| Komen: 16

Description: Penyanyi Syafiq Farhain mengakui sudah mempunyai kekasih, namun enggan berkongsi lanjut mengenai wanita pilihannya itu.
Penyanyi Syafiq Farhain mengakui sudah mempunyai kekasih, namun enggan berkongsi lanjut mengenai wanita pilihannya itu.

Syafiq, 27, atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim berkata, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk menjalani kehidupan bercinta itu secara relaks.



Foto: IG

"Ya, saya memang sudah ada kekasih. Saya bukan nak berahsia dan tak nak beritahu, cuma lebih suka relaks saja. Kalau boleh tidak mahu hebohkan bagi tahu sudah ada kekasih.

"Kalau ada sesiapa tahu, biarlah dia tahu tapi tidak juga sampai tahap jangan beritahu orang lain. Bagi saya, tidak semua perlu tahu soal peribadi. Saya lebih suka berkongsi perkara lain seperti kerjaya," katanya dalam sidang media pertandingan E-Sukan Mobile Legend: Anonymoz Merdeka Challenge yang diadakan secara dalam talian, hari ini.




Pada sesi temu bual sama, penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku itu turut berkongsi mengenai hubungannya dengan ibu tirinya , Juriah@Julia Bachok selepas pemergian bapanya, Allahyarham Saleem yang juga penyanyi popular pada 2018.

"Minggu pertama selepas arwah tiada, masih ada krisis sikit tapi saya tidak ambil peduli sangat. Saya tak suka sangat dengan masalah.

"Alhamdulillah, selepas itu dan sampai sekarang ada juga berhubung tapi boleh dikira dengan jari. Kalau ditanya hubungan saya dengan keluarga sebelah sana, okay saja. Kalau di belakang saya tak tahulah," katanya.



Berkongsi mengenai pembabitannya dalam pertandingan E-Sukan Mobile Legend: Anonymoz Merdeka Challenge yang bakal diadakan pada 29 sehingga 31 Ogos ini, Syafiq berkata, dia tidak sabar untuk menghiburkan peserta terbabit.

"Sebelum ini ada juga persembahan dalam talin, tapi sudah lamalah. Kalau sebelum Covid-19 pula, persembahan dalam dua kali seminggu.




"Kali ini lama juga tidak ada persembahan. Apabila ditawarkan untuk menghiburkan peserta pertandingan, rasa seronok sangat. Memang rindu. Walaupun secara dalam talian, tapi rasa gementar juga sebab sudah lama tak nyanyi depan orang. Kekok akan ada, harap tak buat silap," katanya.

Selain Syafiq, turut terbabit dalam program itu ialah penyanyi Harry Khalifah.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 24-8-2021 11:17 AM
Nasib baik ko bijak dik x berhenti kerja bomba aritu utk jd retis.. tgok skrg ada gaji tetap kan..
Quote zamzam 24-8-2021 11:23 AM
aku suka anak saleem ni. tak mencapab guna nama bapak sana sini. suara dia oklah jugak tp kadang sengau dia ada sikit lebih,
Quote Themilo 24-8-2021 12:12 PM
dapppppp....
Quote supermum 24-8-2021 12:22 PM
Video dia acah pasang tudung tu lawak.ni mesti selalu tengok adik beradik dia buat hahahha
Quote Olumis 24-8-2021 02:34 PM
Boleh nampak keperibadian dia yang baik. Good job Syafiq
Quote rayray28 24-8-2021 02:43 PM
sape ke yg pernah komen nmpk dia ni tgh berdating kan...moga bahagia together
Quote nononcrux 24-8-2021 04:37 PM
zamzam replied at 24-8-2021 11:23 AM
aku suka anak saleem ni. tak mencapab guna nama bapak sana sini. suara dia oklah jugak tp kadang sen ...

ooh ni ank saleem eh.. ok la low profile takde la buat kontrolbasi
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 08:59 PM
tastehhhh nyaaa
moga kita berjodohan
Quote September14 24-8-2021 09:07 PM
Drpd kes dedulu dia mmg baik diam jer… mak dia pndai didik
Quote 3chanceno 24-8-2021 09:14 PM
Pandai budak nie bawak diri syukur ada kerjs tetap & menyanyi tu cuma sambilan
Quote anaktoyol 24-8-2021 09:25 PM
rayray28 replied at 24-8-2021 02:43 PM
sape ke yg pernah komen nmpk dia ni tgh berdating kan...moga bahagia together

ha ah...somewhere kl..pompuan putih2 kurus..tak tinggi..tak rendah...iras2 muka bini dr benirusani
Quote ezacbee 24-8-2021 09:26 PM
Tak pasti jgn kongsi dik oiii
Quote Ciktiekus 25-8-2021 06:02 PM
Laaa baru 27 ke..mati2 igt mid 30s
Quote sleepandream 25-8-2021 08:14 PM
tahun ni ada big stage ke chuols? senyap jahh?
Quote FY08 25-8-2021 11:00 PM
Brenti je dr jd pyanyi dik ...aku xsggup nk dgr sore sengau tu...dgr intro muzik pun aku dh tuka siaran radio lain...nightmare suara dia
Quote awenda507 26-8-2021 01:46 PM
Bagus ade keje tetap tp akak xblh blah dik suara kau sengau pd pendengaran akak ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064823 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top