CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Selalu Dapat Stik Kecil, Pelanggan Bawa Penimbang Ke Restoran

21-8-2021 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6536| Komen: 70

Description: Seorang pelanggan restoran tidak berpuas hati apabila stiknya kelihatan lebih kecil dan menggunakan alat penimbang di meja bagi membuktikannya.
Seorang pelanggan restoran tidak berpuas hati apabila stiknya kelihatan lebih kecil dan menggunakan alat penimbang di meja bagi membuktikannya.

Antonio Chacon mengatakan stiknya kelihatan seperti makanan kanak-kanak dan dakwaannya terbukti betul setelah dia membuat timbangan.


Antonio keluar untuk makan ulang tahun bersama keluarganya awal bulan ini di Texas Roadhouse di Pueblo, Colorado, lapor INDIA TIMES.


Kredit foto: Kennedy News and Media

Pemuda berusia 22 tahun itu memesan makanan kegemarannya iaitu tulang rusuk dan stik serta kentang goreng, namun daging itu kelihatan sangat kecil ketika hidangan tiba di hadapannya.

Dia berlari ke kereta dan mengambil beberapa alat penimbang dari kotak untuk mengetahui berat sebenar stik tersebut.

"Ini adalah hari lahir saya. Saya memesan tulang rusuk dan stik. Saya mendapati stik itu kelihatan sangat kecil ketika mereka membawanya.


"Saya pernah makan di sini sebelum ini dan tidak pernah terfikir untuk menimbangnya," katanya.



Antonio berkata, dia memberitahu pengurus dan pelayan restoran tersebut dan mereka tidak percaya.

Setelah mengadu dan menimbang daging tersebut, kakitangan membuat makanannya semula dan meminta tukang masak utama untuk menghantar makanan ke meja Antonio. 


Sumber: mStar

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 21-8-2021 01:05 PM
Aku pon kecewa kalo kene camni. False hope. Kat iklan kemahen meracun org tapi bila order, kdg2 jauh panggang dr api. Iklan awal2 dah buat disclaimer ckp for illustration purpose but still, consumer rights come first.
Aritu aku beli daging btg pinang tempatan secara online dgn satu company based in Seri Kembangan. Ni dah 3rd time aku order but will be my last. Aku geram sbb daging tu berat tak cukup 1kg bila aku timbang. Ikan tenggiri potong pon sama, minta 1kg dapat 820gm. Aku email kat company tu minta explanation, sampai sudah tak reply. Dlm FB company tu, komen suci murni je ade. I bet ramai yg kene mcm aku tapi komen tak kuar.
Quote _blackbird 21-8-2021 01:10 PM
amboi... bday boy sampai berlari ambik penimbang yaa
Quote MsPercy 21-8-2021 01:12 PM
Iols pon penah kena. Beli la rendang daging kat fb...sampai2 je..awat ringan. beli 1kg. Timbang dpt 800gm++ mmg last la beli.
Itu bahaya jual by kg. Org akan timbang
Quote Supersirap 21-8-2021 01:18 PM
Betul juga tindakan saudara ini, dahlah harga mahal and dapat pula portion yang kecil
Quote sarahmirza 21-8-2021 01:19 PM
MsPercy replied at 21-8-2021 01:12 PM
Iols pon penah kena. Beli la rendang daging kat fb...sampai2 je..awat ringan. beli 1kg. Timbang dpt  ...

Yang menjual tu menipu la ye...
I pernah beli sambal tumis ikan bilis jual by kg....
Timbang minyak je dh brp gram, ikan bilis mcm takde...
Sekali tu je la beli..
Quote bbasir 21-8-2021 01:47 PM
i dlu pernah beli laici online. i order la 3 kg mcm tu... sampai kat umah mmg la 3 kg... sekali 3kg tu termasuk tangkai yang panjang2... kalau ikut berat buah saja tak sampai 3 kg pun.. penjual nak i makan sekali tangkai tu agaknya. dafuq
Quote merrissa 21-8-2021 02:33 PM
bbasir replied at 21-8-2021 01:47 PM
i dlu pernah beli laici online. i order la 3 kg mcm tu... sampai kat umah mmg la 3 kg... sekali 3kg  ...

mmg begitu lah kan peniaga

xde rs bersalah langsung

mcm ikan la...isi perut timbang tp bile mintak siang dia p buangg...ni xde sapa komen ka...ke mmg gitu...ntah aku x mkn ikan...aku mkn ayam je..ayam pon isi je...mmg tepat timbangan nya
Quote merrissa 21-8-2021 02:33 PM
sarahmirza replied at 21-8-2021 01:19 PM
Yang menjual tu menipu la ye...
I pernah beli sambal tumis ikan bilis jual by kg....
Timbang min ...

entah la x pernh timbng...aku cuma doa if dia tipu...timbangan dosa dia la meningkt WAKAKKAKAKAK
Quote dubuk 21-8-2021 02:36 PM
bbasir replied at 21-8-2021 01:47 PM
i dlu pernah beli laici online. i order la 3 kg mcm tu... sampai kat umah mmg la 3 kg... sekali 3kg  ...

bagi lah pokok sekali cakap kat dia

Quote Nham22 21-8-2021 02:38 PM
bbasir replied at 21-8-2021 01:47 PM
i dlu pernah beli laici online. i order la 3 kg mcm tu... sampai kat umah mmg la 3 kg... sekali 3kg  ...

Xpe.. Nanti beratla timbangan die di akhirat nnti...
Quote LadyCarefree 21-8-2021 03:02 PM
MsPercy: Iols pon penah kena. Beli la rendang daging kat fb...sampai2 je..awat ringan. beli 1kg. Timbang dpt 800gm++ mmg last la beli.Itu bahaya jual by kg. Or ...


My colleague beli rendang minyak dgn makmertua nogha harga yahudi xsedap. 500gm tp minyak je 300gm kot. LOL.
Quote maydanoz 21-8-2021 03:02 PM
kl aku tak nk komplen kt resto nak suruh replace ..kot food tu kena pedajei..kl tak puas ati aku ban je resto tu, and review and rating kt page
Quote nakkomenjugak 21-8-2021 03:18 PM
Iol nak buat camni kat kepci nanti
ayam comel nyaaaa!
ko bagi anak ayam ke apaa?
Quote Fortiori02 21-8-2021 03:20 PM
LadyCarefree replied at 21-8-2021 03:02 PM
My colleague beli rendang minyak dgn makmertua nogha harga yahudi xsedap. 500gm tp minyak je 300 ...

Teruknya sampai lbh separuh minyak. Bek niaga minyak je kan.

Tp mmg ramai peniaga x jujur gini, gambar bkn main helok, sekali yg sampai nan hado. Mmg terus tak beli dah la pastu kat org gitu.
Quote Fortiori02 21-8-2021 03:23 PM
maydanoz replied at 21-8-2021 03:02 PM
kl aku tak nk komplen kt resto nak suruh replace ..kot food tu kena pedajei..kl tak puas ati aku ban ...

Tu la, buatnya dia ludah ke pijak ke makanan ko sblm serve kat ko kan, better blah je. Byk gi kedai lain.
Quote Babai 21-8-2021 03:25 PM
djzara81 replied at 21-8-2021 01:05 PM
Aku pon kecewa kalo kene camni. False hope. Kat iklan kemahen meracun org tapi bila order, kdg2 jauh ...

Ko pakai online platform yang mana?
Quote pooh~key 21-8-2021 03:28 PM
bbasir: i dlu pernah beli laici online. i order la 3 kg mcm tu... sampai kat umah mmg la 3 kg... sekali 3kg tu termasuk tangkai yang panjang2... kalau ikut be ...


Panjang sangat pulak tu tangkainya iya sister?
Quote TeropongThaico 21-8-2021 03:33 PM
Kalau iols itu yg terakhir i pergi kedai tu dah. Lagi baik dari complain lepas tu kang dia pedajei iols bagi makanan yg mungkin yg dia dah buat bukan2... Kena ludah ke hape. Jangan pergi dah lepas tu
Quote spicygirl3 21-8-2021 03:53 PM
Ramai aje yang nak menipu.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.057881 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top