CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangan Bergelang Pink, Tapi Keluar Beli Makanan

21-8-2021 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2581| Komen: 12

Description: Pasir Gudang: Dua lelaki memakai gelang merah jambu yang dilihat melanggar arahan kuarantin wajib dengan keluar membeli makanan di Taman Sierra Perdana, Masai, di sini, sudah dikesan polis. Ketua P ...
Polis menyiasat dua lelaki memakai gelang merah jambu yang melanggar arahan kuarantin wajib dengan keluar membeli makanan di Taman Sierra Perdana, Masai, Pasir Gudang.

KHarian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 1 minit 32 saat memaparkan dua individu terbabit keluar dari rumah.



Kredit foto: Harian Metro

"Berikutan tular video suspek itu, siasatan lanjut dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.

"Kedua-dua individu tempatan berusia 23 dan 46 tahun itu berjaya dikesan. Mereka adalah kontak rapat kepada pesakit Covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin bermula 14 Ogos lalu hingga Selasa ini," katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 8 malam pada 18 Ogos lalu itu disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.




Suspek boleh dikompaun RM5,000 manakala Seksyen 269 Kanun Keseksaan pula membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka akan dipanggil bagi membantu siasatan selepas selesai menjalani arahan perintah kuarantin wajib. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 21-8-2021 12:10 PM

Dua lelaki memakai gelang merah jambu
Quote Supersirap 21-8-2021 01:28 PM
Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku
Quote mxsssgi81 21-8-2021 01:38 PM
Ade percubaan gelang pink utk mendapatkan vaksin di PPV.. Naya pak Karim...
Quote auntyonion 21-8-2021 02:34 PM
Kompaun max jelah..bebal amat {:dot
Quote bottombikini 21-8-2021 02:50 PM
ada gelang lagi ke skrg
Quote Fortiori02 21-8-2021 02:56 PM
Masak je la ataupun order online soh budak delivery tinggal dpn pintu. Takpun mintak mana2 family yg dekat anta makanan dpn pintu. Byk je option sbnanya. Ni mmg jenis kaki miang nak bejalan ni.
Quote nakkomenjugak 21-8-2021 03:21 PM
banyak yang dibeli. beli untuk member ke apa?
member2 negatif takde ke yang boleh tolong belikan?
banyak persoalan
Quote spicygirl3 21-8-2021 03:54 PM
Patut la kes covid tak turun turun!!
Quote makiting 21-8-2021 04:00 PM
Rakyat asing ke ni? Beli makanan kat mamak situ ke kat wak radol?
Quote Trumpettt 21-8-2021 04:07 PM
Sampai bila pun tak habis covid camni....
Quote makiting 21-8-2021 04:08 PM
Sekarang mcm ramai org pakai mcm ni… adakah menutup gelang yg dipakai.. oppsss
Quote belalai 21-8-2021 09:27 PM
Tiada kesedaran sivik lh..bahaya di mana-mana

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.157881 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top