CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelandangan Rogol Dan Bunuh Warga Emas

20-8-2021 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3864| Komen: 26

Description: Seorang lelaki gelandangan warga India dihadapkan ke dua mahkamah di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol dan membunuh wanita warga emas bulan lalu.
Seorang lelaki gelandangan warga India dihadapkan ke dua mahkamah di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol dan membunuh wanita warga emas bulan lalu.

Di Mahkamah Majistret, P Ponloganadhan, 60, didakwa membunuh wanita tempatan berusia 63 tahun itu di lorong belakang sebuah kedai di Jalan Damai 25/60 Taman Sri Muda, di sini, antara 1.12 pagi dan 2 pagi pada 26 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Kredit foto: Bernama


Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Di Mahkamah Sesyen, Ponloganadhan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita itu di tempat, tarikh dan masa sama dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Helina Sulaiman tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kedua-dua kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 November depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Uzair Abd Munir dan Ainul Amirah Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam Thiru Logeswary. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 20-8-2021 03:30 PM
euw dia bunuh sekali mangsa tu..lama x dgr psl lps rogol bunuh..hntr balik yindia sana la pakcik ni..skrg ni dk fikir takut covid..tak terfikir langsung psl kes rogol ni..
Quote Skuau 20-8-2021 03:37 PM
Edited by Skuau at 20-8-2021 03:56 PM

warga asing(warganegara India dlm kes ini)...pon manusia juga....harap dia dh divaksin... tuk Msia capai herd immunity-forumer lain...(..tetapi x dpt halang dia drp merogol seterusnya membunuh)
Quote dua_chzy 20-8-2021 03:42 PM
Datang tempat orang, buat macam kat negara dia. Moga dijatuhkan hukuman gantung sampai kiok.
Quote namieamuro 20-8-2021 03:57 PM
dtg sini buat onar hrp dpt hukuman mati teros dr menyemak dlm penjara tu. bazir duit pembayar tax je
Quote Artemesiaa 20-8-2021 04:00 PM
Selayaknya dihukum seberat mungkin
Quote downiey 20-8-2021 04:09 PM
kejamnyee.
Quote imanjannah 20-8-2021 04:15 PM
gdlandangan warga India? rogol dan bunuh..
Quote TravellingBear 20-8-2021 04:20 PM
kalau aku tak click tadi mmg mati2 igt berita negara india. Gelandangan sinonim dgn bau yg tidak menyenangkan. simpati pada mangsa
Quote kuzaime 20-8-2021 04:26 PM
Ingatkan kejadian dekat negara India, tapi kejadian kat sini n pemangsa asal dr India kat sana rogol mcm dah kes biasa, baik budak2, yg muda2 sampai ke tua pun x selamat. Dia bawak perangai keji tu kat sini pulak
Quote Kurex 20-8-2021 05:03 PM
Parashit


Quote Belibis 20-8-2021 05:26 PM
Untung lah dah dapat tempat tinggal free.makan pun free.nak tunggu gantung pun kurang2 10 tahun lagi.
Quote mama_neko 20-8-2021 05:44 PM
kalau mmg dri sana.. mmg nafsu kuda ka apa.. yang dia rogol tu pun dah pangkat nenek dah pun... bawak perangai pariah tu mai sini...
Quote ellejo 20-8-2021 05:53 PM
saja clickbait. dia pun sama warga emas umur 60 rogol rakan sebaya umur 63.
Quote anakkerengga 20-8-2021 05:53 PM
Gelandangan ni sbnrnya pati ke apa ni… knp tak kena tgkp dgn imegresen… ntah2 gelandangan kat malaysia ni ramsi warga asing yg pati
Quote Ciktiekus 20-8-2021 05:55 PM
Yg merogol pon warga emas
Quote nakkomenjugak 20-8-2021 06:44 PM
camne boleh sampai sini?
deyyyyyyy!!! (sambil jelir lidah)
ko pikir sini yenna mainlandddd???
main raypey2 fooki bermacam golongan umo???
hantar dia balik
Quote ainashiqa 20-8-2021 07:23 PM
Gila la diia ni. Ingat negara dia je dey
Quote Fortiori02 20-8-2021 08:22 PM
Dtg sini merogol, membunuh pulak ko ye. Harap kena hukuman gantung sampai mati.
Quote TOPwind 20-8-2021 08:38 PM
dua_chzy replied at 20-8-2021 03:42 PM
Datang tempat orang, buat macam kat negara dia. Moga dijatuhkan hukuman gantung sampai kiok.

bontot kuali lagi..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054260 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top