CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebak Tengok Frontliner Ambil Dua Beranak Orang Asli Positif Covid-19

17-8-2021 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2654| Komen: 17

Description: Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang petugas barisan hadapan, mencari dan memujuk dua beranak masyarakat Orang Asli yang disahkan positif COVID-19 di Kampung Orang Asli Langkap, menye ...
Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang petugas barisan hadapan, mencari dan memujuk dua beranak masyarakat Orang Asli yang disahkan positif COVID-19 di Kampung Orang Asli Langkap, menyentuh hati ramai.


Video yang dimuat naik ke akaun TikTok @thedressar1 pada Jumaat, sudah menerima lebih lebih 300,000 tontonan.

Ia dimuat naik pemiliknya, Azrul Zubir, 31, yang merupakan penolong pegawai perubatan, sehari selepas menyelesaikan tugasnya sebelum itu.


Kredit foto: TikTok Thedressar1

"Saya perlu mendaki bukit setinggi 500 meter bagi mencari dua beranak berkenaan manakala ibunya berusia 18 tahun dan anaknya baru berusia sembilan bulan.

“Lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) tentulah sukar untuk kami mendaki serta mencari dua beranak tersebut. Akhirnya saya dibantu oleh Tok Batin untuk mencari dua beranak berkenaan yang rumah mereka jauh ke dalam dusun,” katanya seperti yang dipetik portal Utusan Malaysia.


Menerusi video itu, Azrul menjelaskan dia terpaksa mencari kedua beranak itu kerana tiada telefon bimbit yang boleh dihubungi, serta lokasi rumah mereka yang jauh di dalam dusun.



"Mujurlah (mereka) nak bekerjasama dan ikut turun, saya dapat pujuk mereka untuk dibawa ke hospital," katanya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 17-8-2021 12:34 PM
Sian depa. Gws…
Quote imanjannah 17-8-2021 12:58 PM
moga dpermudahkan.. huhu
Quote Suchi 17-8-2021 01:02 PM
Sampai dlm hutan pun kobid dh sampai. Iols sedang pertimbangkan nak nyorok bawah tanah ke apa mcm dlm filem Hidden tu.
Tapi dlm filem plot twist rupanya depa tu dah dijangkiti virus lari nyorok bAwah tanah tanak frontliner yg cari depa jumpa.

Quote Skuau 17-8-2021 01:13 PM
punca drp sapa drng dpt ni??? depa bkn selalu merayau keluar pon.
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 01:27 PM
sampai ke situ haa
moga cepat sembuh
Quote Ismacun 17-8-2021 01:35 PM
Skuau replied at 17-8-2021 01:13 PM
punca drp sapa drng dpt ni??? depa bkn selalu merayau keluar pon.

Mungkin dpt masa keluar gi klinik check up baby tu kot..kan br 9 bulan ..masih dlm pemantauan klinik utk suntikan imunisasi.. Kesiannya..nsb nak bg kerjasama.. semoga mereka cpt2 baik
Quote mama_neko 17-8-2021 04:00 PM
Ismacun replied at 17-8-2021 01:35 PM
Mungkin dpt masa keluar gi klinik check up baby tu kot..kan br 9 bulan ..masih dlm pemantauan klin ...

mungkin la.. sbb depa ni kadang kenderaan pun takdak, jadi masa perjalanan pun boleh dapat bila depa dok menumpang kenderaan or ikut public transport..
Quote binipopeye 17-8-2021 04:35 PM
kuat betul semangat frontliner... baju PPE full set redah hutan.. basah lencun wooo kt dalam.. nasib baik si ibu bagi kerjasama..
Quote Fortiori02 17-8-2021 05:18 PM
Kesian family ni. Harap diberikan kesembuhan segera utk ibu & baby.

Syabas gak kpd penolong pegawai perubatan & pihak yg terlibat yg berusaha bantu family ni.
Quote xastor9 17-8-2021 05:19 PM
baca headline ni tetiba teringat ustat sayu.. main sebak-sebak..
tapi betullah kena asingkan yang positif dari penduduk lain. kita tahu komuniti diorg ni walaupun kecil tapi rapat. better putuskan rantaian jangkitan dulu. harapnya baby & ibu selamat semuanya..
Quote edayildiz 17-8-2021 05:21 PM
covid dh sampai ke ceruk hutan...msti jangkit time dorg keluar pekan cari groceries
Quote intan244 17-8-2021 11:31 PM
macam mana dpt info ada org asli kena covid? diorg xde tepon xkan call sendiri. mgkn org klinik kesihatan yg report masa buat check up ek.
Quote honeybee1802 17-8-2021 11:56 PM
Waduh..sampai kampung org asli covid ni...lgkan virus campak ke haper ritu yg dekat gua musang tu..depa lari deeper to the forest..kalo jd gini yg kesian..kena ke musim hujan banjir..
Quote dua_chzy 18-8-2021 12:03 AM
Sikit2 sebak. Sikit2 sebak. Pft.
Quote dua_chzy 18-8-2021 12:04 AM
Sadar pun kau negara kau masih mundur masih ada tempat begini di Semenanjung. Kan bagus hada kabel car free pi situ? Pft.
Quote ina_na 18-8-2021 02:09 AM
Kwn2 sekolah aku org asli (OA) dia org ni sbrnye senang je bg kerjasama..setahu Aku dia org Bab covid ni pun sgt ambik berat..tu sbb ade kg OA tutup tuk org luar..lg 1 Kalo Kita org luar ni kn tau cara je..ckp baik2 ke tok batin dia..nanti senang settle..jgn berlagak mampos nanti..OA skrg ni ramai dah pandai2.. jd guru besar,cikgu..
Quote pichee 18-8-2021 05:06 AM
OA kt kg i pn ada yg lari ke hutan bila ada kalangan mereka kne covid. 1 bas kne angkut g swab test.

Ada yg masih di hospital dan ada yg sembuh dan ada juga yg meninggal.  Last time, 3 van kkm n bantuan2 dtg masuk kg utk vaksin...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.064616 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top